Friday, February 05, 2010

SEDAQ tak SEDAQ..Melayu kena tipu lagi....



Aktivis Islam dari pelbagai NGO mengadakan demonstrasi di sebuah masjid di Jalan Macalister, Georgetown sebelum dan selepas solat Jumaat hari ini kerana membantah layanan kerajaan negeri terhadap orang Melayu-Islam Pulau Pinang.

Demonstrasi selama hampir 45 minit di luar masjid yang terletak kira-kira 100 meter dari Komtar itu, adalah anjuran Sedaq - gabungan kira-kira 50 NGO Melayu-Islam.

Ia diadakan sebagai membantah dakwaan berlakunya diskriminasi dan peminggiran orang Melayu-Islam di Pulau Pinang oleh kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.



Sambil memakai ikat kepala sambil meluangkan 'Sedaq' dan laungan 'Hidup Melayu', mereka mengecam kerajaan negeri kerana didakwa tidak memperduli dan menghiraukan nasib orang Melayu-Islam Pulau Pinang.



Kain rentang anti-kerajaan negeri turut dibawa oleh mereka yang menyertai demonstrasi tersebut.

Enam pemimpin Sedaq, termasuk presiden Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang, Rizal Faris Mohideen dan presiden Gabungan Pelajar Melayu Semananjung (GPMS), Jais Karim, menyampai ucapan mengecam pentadbiran Guan Eng, sambil dipantau oleh pihak polis.


Demonstrasi tersebut diadakan selepas mendapat permit polis yang dikeluarkan oleh pemangku ketua polis daerah Timur Laut, Gan Kong Meng. Bagaimanapun, para pegawai polis mahu menghenti ucapan mereka daripada diteruskan selepas didakwa "melampau hadnya".


Mereka kemudiannya berucap dalam nada yang agak lebih lembut. Selepas solat Jumaat, kira-kira 300 orang berarak ke Komtar untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Guan Eng. Mereka juga bertindak membakar patung Guan Eng di luar bangunan Komtar, dan anggota bomba kemudian memadamkannya.


Sebelum itu, kerajaan negeri telah menaikkan kain rentang yang memaparkan data bantuan yang diberi kepada golongan miskin pelbagai bangsa.

Ia menjelaskan bahawa tindakan mengusir penjaja tanpa lesen di negeri itu oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang adalah dibuat secara saksama.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *


Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

7 comments:

  1. Layari Neutral Daily 'Informasi Neutral Tanpa Kepentingan'

    Jika sudi boleh linkkan di blog tuan.. terima kasih..
    http://neutraldaily.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Hairan betul dengan Melayu yang berdemonstrasi tu...dulu masa Guan Eng kena penjara kerana mempertahankan maruah budak Melayu yang kena seligi dengan "orang besaq" tak dak pun Melayu buat demonstrasi suruh seret "orang besaq" tu ke mahkamah.La ni bukan main meroyannya.

    ReplyDelete
  3. salam

    sedaq yang tak sedaq diri...boduhnya sedaq sampai ketahap boleh dibodohkan umno..

    ni semua nak tutup kemaluan umno yang semakin besar kerana memang jelas umno bee end tak bleh nak menandingi apa yang pakatan buat...

    lihat saja statistik bantuan dan peruntukan untuk islam di pulau pinang...lebih 200% peningkatan berbanding apa yang bee end umno bongok dulu beri...

    jadi untuk tutup kemaluan umno..maka depa buatlah sedaq...demi meraih populariti...hahaha...

    weh sedaq...satu pesan aku...

    udah2 la tu kena bodoh...hangpa tu pun umno...bertopeng konon NGO...hahaha

    hangpa tau dak tindakan hangpa lah yang merosakkan melayu.>?? memalukan bangsa..??

    kalau hangpa berani...pi demo bantah najib...mana pi 500juta duit commission beli kapai selam...pemimpin pujaan hangpa kaya raya..hangpa dapat apa...dapat bodoh la...pakat anak cucu hangpa akan kekal bodoh lagu tu la...hahaha

    woooiiiii...hangpa dengaq tak..??

    bodoh piang punya umno...

    ReplyDelete
  4. SEDAQ jadi untuk tutup kemaluan umno

    ha aha ha.........KEMALUAN,KEMALUAN.

    ReplyDelete
  5. Kalau SEDAQ berani buat kat Guan Eng mesti berani buat kat Najib juga baru adil.

    ReplyDelete
  6. haaa haaa haaa betui2 melayu ka yang berdemonstrasi... 1 lagi kain rentang tu tulih apa? "sanggup mati demi islam dan melayu"...poooorah

    islam, islam la, melayu melayu la. apa kira bangsa kalau agama lingkup.

    apa yang nak diSEDAQkan? depa kata melayu kena tipu...bodoh punya melayu, kena tipu 50 tahun dengan orang lain la ni baru nak mengamuk...salah melayu jugak dulu2 ada tanah juai kat orang lain...

    sapa baca blog ni hangpa tanya bidin mana pi rumah dia kat binjai dulu...pada aku bukan salah orang yg beli tanah tp bodohnya org yg juai tanah....

    dey melayu...selagi hangpa sokong tak tentu hala, selagi tu lah hangpa diperbodoh. mau dok pikiaq sapa yang dok pekena hangpa sampai terlena terlondeh seluaq. nanti org huluq seringgi dua hangpa terus dok berdemo....

    dulu puak2 ni jugak kata berdemo tak bertamadun? hee hee heee...spesis melayu bodoh yang diperbodoh.

    (maaf kalau terkasaq, geram sangat kat melayu macam ni, nampak sangat minda tertutup, tak SEDAQ diri, tak tahu nak pikiaq)

    ReplyDelete
  7. tu lah hang dok sokong pr tu pasai apa?aku dah tahu lama dah puak pr tu
    bukan nak bela hang..cuma nak kuasa ja....

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.