Saturday, February 13, 2010

Zahrain ditawarkan menteri......

Rakyat Pulau Pinang terutamanya penyokong Pakatan Rakyat tidak langsung terkejut dengan tindakan Zahrain keluar PKR.

Ribut yang telah dijangka...itulah ayat yang paling sesuai digunakan.

Sebulan lalu saya telah difahamkan bahawa Zahrain telah bertemu Najib dan rundingan telah berlaku.

Saya difahamkan beliau ditawarkan jawatan Menteri sekiranya beliau berjaya membawa 8 orang lagi MP Pakatan Rakyat keluar parti.


Zahrain yang begitu kemaruk jawatan dan pangkat serta gelaran akan sanggup buat apa saja asalkan beliau akan menjadi menteri biarpun jawatan MENTERI PASOLA.

Biarkan..biarkan...siluncai gedebab terjun dengan labu-labunya...

Inilah masalahnya bila Zahrain dan rakan-rakan sepusat dan sepusing dengannya gagal menghadam erti perjuangan kepada rakyat.

Wahai Zahrain..janganlah kamu gentar serta takut....bila datang kepadamu...dua orang atau....roh Altantuya Rosmah atau Najib..menawarkan kepadamu..kemewahan....wang ringgit..pangkat serta habuan...janganlah kamu gentar serta ragu-ragu...mereka adalah spesis seperti kamu jua...maka kamu ambilah kesemuanya... sepertimana Kassim Baba bertemu harta karun...Sesungguhnya
dari UMNO kamu datang....kepada UMNO akhirnya kamu akan kembali.... Al-Fatihah...

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

3 comments:

  1. kekekekekekeke... menteri apa jadah la depa nak bagi kat dia ni? hah elokkk... penyamun kena bohong dengan penyangakkk...jalan pun terhegeh2..sakit pinggang, ada ati nak jadik menteriii...cehhhhh

    hehehehehe...bro sharpshooter,skrip tu macam teks talkin untuk manusia2 yg belum mati? ataupun teks tazkirah selepas talkin oleh Sahibul Samahah Ustaz Shahul Hamid?

    ReplyDelete
  2. Apa yang berlaku dalam pakatan rakyat kini menampakkan kejayaan kerajaan BN melaksanakan dasar pecah dan perintah terhadap PR. Syabas dan tahniah kepada BN, perang psikologi kamu telah menampakkan kejayaan.Beberapa isu yang diutarakan BN telah menimbulkan krisis dalaman dalam PR antara pemimpin sehingga menyebabkan rasa syak wasangka antara satu sama lain. Yang banyak menerima kesan daripada isu ini ialah PKR. Sememangnya PKR menjadi fokus utama BN kerana di situlah terdapatnya tokoh yang mampu menggugat kepimpinan BN hari ini. Oleh kerana itulah seorang demi seorang pemimpin PKR menjadi sasaran mereka. Dan apabila mereka berjaya mengurangkan kerusi PKR dalam barisan PR, maka jawatan Ketua Pembangkang mungkin akan beralih kepada pemimpin PR yang lain. Maka sekurang-kurangnya BN dapat mengurangkan "stress" mereka dan secara tidak langsung dapat menjatuhkan kredibiliti dan maruah Datuk Seri Anwar Ibrahim pada kaca mata masyarakat. Harapan saya, Datuk Seri dan para pemimpin dalam PKR dan PR seluruhnya, jangan biarkan anda diperkotak-katikkan strategi halus BN ini, walaupun saya percaya sokongan rakyat terhadap PR semakin bertambah, tetapi menimbulkan keraguan di hati mereka... PADAH yang akan mengunjung masa depan negara. Tolonglah, semua harus mengambil tanggungjawab bersama, jangan egoistik kerana semua ini akan memalapkan Harapan Baru Malaysia.
    - Penyokong PR walaupun ahli salah satu parti dalam BN.

    ReplyDelete
  3. PR punya pemimpin semua tak layak nak tadbir negeri..lagi lagi negara..tengokla kepimpinan pkr mcm mana..si din ngan hijat amk..pelapis pemimpin masa depan..tapi bodoh takda akai..pendidikan pun kurang..si din rasuah kuari pun dia amik lagi nak ckp byk..abehla pr, mcm mana nak berjaya.. 3 parti yang ideologi amat berbeza sekali..brapa lama boleh tahan?takkan kita nak judikan negara sendiri...aku lebih rela lawan dlm bn dan perbetulkan bn sendiri dgn apa cari sekalipun dari bg undi kat PR yang akan merosakkan negara dgn pertelingkahan sesama sendiri..

    pas mau negara islam..dap tentang abis negara islam..yg dok buat pas dan dap tak gaduh hanya anwar ibrahim..sejauh mana kita nak harap kat anwar ibrahim saja? kaliber anwar pun boleh dipertikaikan sebagai pemimpin..terutama sekali semasa menjawat jawatan menteri kewangan..dia setuju nak amik pinjaman dari IMF..wahai saudara sekalian,pi la tanya dia smp skrg dia tak reti nak jawab kenapa dia boleh terpedaya dgn IMF..

    pembelian talam corp oleh kjaan sgor adalah satu tindakan bodoh dan tak memberi manfaat kepada negeri mahupun rakyat..300 juta lebih dibelanjakan untuk apa?feasibility studies dibuat oleh beberapa institusi kewangan menunjukkan itu adalah satu tindakan yang merugikan kepada negeri.. mcm mana PR nak tadbir ekonomi negara? bagi rugi lepas tu juai negara kat IMF dan world bank ka?

    wahai rakyat malaysia,bangun dan bangkitlah dari terus terpedaya dgn retorik politik murahan PR..banyak ahli ahli PR sendiri sudah ragu dgn kebolehan PR..BN dok diam takyah buat apa apa pun..namun kepincangan dlm pr amat nyata..

    tapi dari mengakui kepincangan tersebut, sedih sungguh kerana ahli2 pr ditipu dgn pemimpin2 mereka..depa kata angkara umno..dari nak mengaku,depa tuduh org..

    dulu aku sokong hgpa..percaya dgn harapan yg hgpa nk bg..tapi skrg aku sedar yg hg pa ni semua lagi teruk dari bn..jadi antara dua jin,pilihlah jin ygkurang jahat..jin bn ni taklah seteruk hgpa..maki hamun saja kerja..kritikan untuk pembangunan negara dari segi sosial,ekonomi atau akhlak langsung tadak..yg hgpa tau maki hamun saja..oi hijat ngan din,ukurlah baju di bdn sendiri dulu..pikiaq la sikit dosa hgpa

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.