Thursday, February 18, 2010

Zul Noodin keterlaluan

Anggota Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Noordin dianggap gemar mendapat publisiti murahan bagi mengalih perhatian rakyat terhadap masalah peribadinya.

Malah tindak tanduknya tambah keterlaluan apabila menyifatkan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai lupa sejarah.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Hisham Fauzi berkata, kenyataan yang dibuat Zulkifli hanya ingin menarik perhatian masyarakat terhadapnya.

Oleh itu, beliau menasihatkan agar Zulkifli berhenti bermain wayang dan memberi tumpuan kepada tugas asas.

Tambahnya, dengan mengeluar kenyataan berkenaan, menunjukan keangkuhan Zulkifli, di mana beliau sahaja betul dan orang lain dianggap salah.

“Sepatutnya beliau lebih menumpukan kepada bagaimana boleh membantu rakyat yang diwakili di kawasannya.

“Beliau juga seharusnya melihat fakta bahawa beliau hanyalah seorang ahli Parlimen yang baru dan belum banyak pengalaman sebagai wakil rakyat,” katanya pada kenyataan media di sini, hari ini.

Semalam, anggota Parlimen Kulim Bandar Baru itu membidas kenyataan Mursyidul Am PAS kerana menyifatkan wakil rakyat yang keluar atau melompat parti sebagai pengkhianat rakyat dan negara.

Hisham berkata, Tuan Guru Nik Abdul Aziz seorang ahli politik yang lama dan sangat berpengalaman luas mengenai sepak terajang politik.

“Berbanding dengan Zulkifli, tidak mungkin beliau lebih memahami apa yang berlaku semasa kerajaan campuran BN-PAS dahulu,” ujarnya.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

1 comment:

  1. YB Zulkifli Nordin bagai seorang pelacur tua yang telah hilang sengatnya semasa melayan pelanggan. Ramai pelanggan yang merungut kerana servis yang diberi tidak memuaskan.Maka YB ini telah menghabiskan ribuan ringgit membeli jamu mak dara dan jamu2 yang seangkatan dengan dengan tujuan untuk kembali beraksi dengan seoptimumnya. Segala apa yang dicanangkan adalah kerana semata2 utk menarik perhatian Najib dan kuncu2nya agar dapat bertanding pada PRU13 akan datang. Bangkai kalau dh busuk buang kat mana pun masih busuk.

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.