Wednesday, March 03, 2010

12 MP PKR berdiri teguh menyokong Anwar

12 Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat tampil menyatakan komitmen mereka untuk terus mendokong perjuangan parti.

Tindakan itu sekaligus menafikan momokan kononnya lebih ramai ahli parlimen PKR akan meninggalkan parti itu.

“Kami mengambil ketetapan sekeras- kerasnya menolak dakwaan kami akan meninggalkan parti seperti mana yang dispekulasikan pihak- pihak tidak bertanggungjawab untuk menggugat kesatuan dan perpaduan dalam Keadilan.

“Hakikat sebenarnya adalah Umno-BN yang berasa gusar melihat gelombang kedua sokongan rakyat kepada pimpinan Pakatan, Terutamanya berkaitan kes fitnah kedua yang melibatkan Datuk Seri Anwar ibrahim. Umno-BN cuba mengalihkan tumpuan kepada kemerosotan ekonomi negara dan isu-isu nasional yang semakin parah dan tidak menunjukkan tanda-tanda penyelesaian,”kata Ahli Parlimen Telok Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama sembilan lagi Ahli Parlimen yang didakwa kononnya akan keluar parti.

Sembilan lagi Ahli Parlimen adalah, Ahmad Kassim (Kuala Kedah), Azan Ismail (Indera Mahkota), Abdullah Sani Abdul Hamid (Kuala Langat), Ab. Aziz Ab. Kadir (Ketereh), Yusmadi Yussof (Balik Pulau), S. Manikavasagam (Kapar), Datuk Rashid Din (Merbok), Amran Ab Ghani (Tanah Merah) dan Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan).

Dua lagi Ahli Parlimen, yang turut menandatangai kenyataan bersama itu iaitu n. Gobalakrishnan (Padang Serai) dan Gwo-Burne Loh (Kelana Jaya) tidak dapat hadir kerana masing-masing menghadir mesyuarat daerah dan berada di luar negara.

Dalam sidang media itu, mereka juga menegaskan akan tetap mempertahankan prinsip keadilan dan keurtuhan Pakatan Rakyat.

“Kami juga ingin menegaskan bahawa sokongan kami tidak berbelah bagi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum Keadilan dan juga pemimpin Pakatan,”tambah Kamarul.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

5 comments:

  1. di MANA 2 lagi ahli Parlimen Wanita? Fuziah Salleh (AP Kuantan) & Zuraida Kamaruddin (AP Ampang)...???

    adakah depa pun termasuk sekali dgn AP Kulim Bandar Baru serta AP Wangsa Maju...???

    Jeng jeng jeng...

    ReplyDelete
  2. dan lagi satu, mana YB AP Batu? Tian Chua? dia pun dah geng dengan Wangsa Maju, Kulim, Kuantan & Ampang..???

    AP Ampang, pernah hadir bersama AP Nibong Tebai tempohari di HQ PKR sebelum AP Nibong Tebai mengadap Lembaga Disiplin...

    jeng jeng jeng...

    ReplyDelete
  3. esok la pula..biar bersiri...yg tu pun nak kena bagi tau ke..he..he..

    ReplyDelete
  4. Tahniah pada YB yang masih setia kepada "PEJUANGAN RAKYAT" dan tidak mengikut jejak mereka yang memperjuangkan PERUT sendiri!

    walaubagaimana pun perkara ini haruslah diambil perhatian seriuos bukan saja dari pimpinan tertinggi PKR saja malah seluruh kepimpinan PAKATAN RAKYAT perlu berusaha keras menghentikan kerja terkutuk UMNO?bn untuk menjahanamkan PAKATAN RAKYAT.

    Ramai telah maklum megenai hasrat UMno/bn untuk mendapatkan semula mejoriti 2/3 Parlimen untuk membolehkan mereka meminda akta & melakukan persempadanan semula kawasan pilihanraya sebagai stratigi akhir bagi terus kekal berkuasa pada PRU13 yang akan datang.

    Diharap kepada yang berhormat YB2 yang masih kekal berperinsip akan terus berpegang teguh pada asas perjuangan & tidak hanyut oleh limpahan RM yang sedang ditaburkan oleh uMno pengkhianat bangsa. Sedarlah bahawa duit itu adalah duit yang dicuri daripada rakyat!

    "JANGAN KHIANATI AMANAH YANG TELAH RAKYAT BERIKAN!"

    Kepada DSAI tolong buat sesuatu, jangan dibiarkan DSAI terus ditikam dari belakang.
    Dan jangan dibiarkan rakyat terus dibelenggu kebimbangan, keresahan & akhirnya melunturkan sisa semnagat perjuangan yang masih tersisa! Jangan dibenarkan rakyat terus termakan propaganda2 yang ditaburkan oleh Umno?bn, yang kebelakangan ini semakin hebat digerakkan.

    PAKATAN RAKYAT.... please... please.... please.... do something!

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.