Friday, March 05, 2010

Jawapan buat warkah untuk Anwar nukilan Zukri Aksah

Assalamualaikum sdr Amizudin.

Berikut adalah tulisan saya untuk menjawab nukilan sdr Zukri Akshah. Saya cuba post kan komen ini tetapi telalu panjang untuk diterima. So saya emailkan terus pada saudara. Jika ada kesudian dan jika ia tidak melanggari syarat saya serahkan komen saya pada saudara untuk tindakan lanjut. Tiada paksaan untuk diterbitkan, tetapi di penghujung komen ini saya ada minta saudara panjangkan kepada pejuang keadilan sdr Anwar. Ini pon jika tiada keberatan.

Sekian terima kasih

komen saya: Salam buat saudara zukri

Cerita yang dilalui oleh saudara memang dilalui oleh ramai lagi pencinta keadilan dan keamanan. Hanya mungkin nasib saudara lebih baik kerana mampu memanjat sehingga kejawatan yang tinggi dalam PKR. Seperti juga saudara, saya juga pernah mendaftar menjadi ahli PKN, status sekarang… wallahualam.

Saat getir yang dilalui 1998 mampu membakar jiwa remaja malah mereka yang veteran juga. Mandian air wangi dan menyegarkan dari water canon sudah seperti mandian di bawar shower di rumah. Gas penyegar mata sudah sebati ibarat menitiskan eye-mo ke mata masing-masing. Begitulah bersemangatnya para reformis yang ingin memperjuangkan kebebasan saudara Anwar.

Dari bermulanya gerakan ADIL (aku masih lagi menyimpan TAG BIRU itu) sehinggalah gerakan REFORMASI dan kemunculan sebuah parti sebagai wadah perjuangan, saya yakin orang-orang yang sama yang tampak selekeh, tidak berketerampilan, tidak nampak meyakinkan muncul ditempat-tempat perhimpunan.

Berarak berbatu-batu dari Awan Besar ke Jalan Kebun Baru, disembur, ditembak, dihambat, dipukul, dibogelkan dan ditangkap. Sehingga ada yang memanggil mereka ini orang gila, namun apakah mereka ini tahu erti SERIK, tahu erti TAKUT. Tidak… walau pun mereka sedar untuk membebaskan Anwar bukan tugas mudah.


Persoalan saudara, adakah Anwar nampak mereka, kenal mereka, tahu nasib mereka? Jawapannya mungkin ya, mungkin tidak. Adakah saudara Anwar mahu pun Wan Azizah bersalah? Itu pun tidak. Kerana apa? Kerana setiap orang yang berjuang pada peringkat ADIL dan Reformasi… mereka pejuang tulen, pejuang yang tidak memikirkan apa-apa, yang tidak minta dikenali waima sebotol air pon tidak mereka minta.


Lantaran Fasa ke 3 bergerak, penubuhan wadah politik bermula. Maka bermula detik ini, semangat perjuangan sudah mula berubah arah. Ada segelintir mahu dikenali, mahu merapati Anwar walau dengan apa cara sekali pon. Saya tidak kenal saudara, saudara bertuah dapat lorong untuk dikenali dikalangan pemimpin-pemimpin besar parti.


Saudara bertuah kerana ada ayah angkat yang boleh menjadi jambatan untuk saudara mengorak langkah politik. Bagaimana dengan mereka yang tidak punya apa-apa seperti yang saya nyatakan di atas; yang selekeh, tiada keterampilan, tidak meyakinkan. Adakah mereka ini tidak tahu apa itu perjuangan.


Mungkin saudara tidak mengerti apa itu percaturan politik. Wadah politik tetap sama, ada kedudukan, ada kuasa, ada kawan, ada lawan luar dan dalam, ada kepercayaan, ada tikam belakang, ada kejujuran, ada juga penyelewang. Itulah sepak terajang politik. Yang sering menjadi intipati dalam politiking ialah PELUANG.

Anwar sebagai orang politik perlu melihat skop yang lebih luas terutama untuk mengambil alih tampuk pemerintahan. Jika tidak berada di tempat yang tinggi, jangankan kuasa, suara pon tidak akan didengari orang. Jika saudara di tempat Anwar dalam keadaan terdesak, kesuntukan masa, mampukan saudara memilih, mengenali dan menyiasat latar belakang.

Saya menjangkakan saudara juga akan memilih rakan, sahabat, saudara mara yang lebih dikenali untuk membantu membangunkan kuasa politik. Inilah kesilapan Anwar dan dia telah akui dan perlu lebih berhati-hati dengan mereka yang ada disekeliling beliau sekarang ini.

Seperti Anwar yang bercita-cita menjadi pemerintah, begitu jugalah juak-juak yang ada disekeliling partinya malah rakan gabungan parti juga. Siapalah tidak teringin menjadi bapak menteri; yang ada kereta besar, rumah besar, dikawal siang malam, disambut, disanjung ditatang setiap masa. Sejarah melayu sudah menceritakan mereka yang rapat dengan sultan seperti bendahara serta sida-sida hingga ke tok penggawa, hidup mereka lebih mewah dari rakyat jelata. Siapa yang mampu menafikan.

Berbalik kepada isu perjuangan. Saudara Ezam memang pejuang tulen kerana siapakah yang mampu melakukan apa yang di telah dia lakukan. Mengenepikan kepenting diri dan keluarga demi seorang sahabat yang bernama Anwar.

Saya puji sifat perjuangannya. Akan tetapi seperti juga saudara, Ezam tewas bila dilambung badai besar dalam kepartian. Semangat juangnya luntur apabila melihat perkara yang sama berlaku dalam parti, sifat tamak kuasa, tamak harta mula berleluasa dalam parti. Jika Ezam, mahupun saudara, dan mereka yang sayangkan perjuangan bersikap jujur kepada kami, tindakan gempur dalam parti perlu dilakukan sepertimana semasa era reformasi dahulu.

Kalau Anwar sanggup digelar penderhaka hanya kerana memperjuangkan keadilan, mengapa tidak saudara sendiri, Ezam dan yang lain sanggup digelar penderhaka demi memperbetulkan budaya parti. Langkah keluar dari parti bukanlah langkah bijak untuk mencapai matlamat yang lebih besar iaitu mengembalikan keadilan di bumi Malaysia tercinta ini. Ini kerana saudara dan yang lain-lain telah mendapat tempat untuk terus bersuara dan menentang kezaliman yang menular dalam parti itu sendiri.

Kami pejuang reformasi yang selekeh, yang tidak berketerampilan dan tidak meyakinkan tidak mempunyai tempat dalam parti untuk sama berjuang. Tetapi harapan kami adalah kepada orang-orang seperti saudara, Ezam dan lain-lain yang sayangkan perjuangan untuk menjadi wakil dalam parti untuk mencapai cita-cita Negara adil, aman dan sejahtera.

Kami mungkin nampak bodoh, tetapi bukan kami bodoh. Perjuangan dan kuasa kami hanya dikertas undi. Oleh itu jika tiada wadah yang boleh kami sandarkan kepercayaan kami, maka kami akan tewas kepada mereka yang sukakan kemungkaran, sukakan pembaziran, sukakan kezaliman, sukakan penindasan. Jika itu yang terjadi, maka sia-sialah mandian wangi water canon dan gas penyegar mata yang kami harungi dahulu berkubur bersama kenangan yang pilu.

Kerana takut dipukul badai, berpindah jauh dari pantai

Inilah yang berlaku kepada 2 golongan iaitu pejuang separuh jalan dan pengkhianat agenda perjuangan

Kepada sharpshooter, harap panjangkan warkah ini kepada pejuang keadilan sdr Anwar.


Daripada : Azri Khairuddin


Nama Blog: LANG



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *


Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

6 comments:

  1. din, azri, buat apa u nak layan budak tak cukp sifat tuh, dia kan hanya beridolakan ezam, cuba ingat betui2 tulisan dia masa dia nginkut budak kotak tu dulu, kami di kuantan ni pon tak kan ngundi dia, nampak tak der karisma langsung, dia pernah jd calon pru ke 10 dulu dun semanbu kalau tak silap aku, tp saper nak undi dia, tgk pon dah tak der karisma, tgk bila pru 2008, calon pkr cina kalah pun ngan undi pos jer, saat akhir. dia ni sebenornya frust, dulu mengidolakan pembawak kotak, kotak kluar parti dia ikut, pas tu tersempit tak tau kemana, ingat Keadilan pilih dia tanding dulu sbb dia tu hebat ker, no no no sbbnya tak der org lain nak tu jerk, jenis manusia dok sedor diri laaa din, jgn dilayan sgt budak tuh, giler dan prasan glamer, aku org kuantan pon tak hingin dia menang, la ni duk melalut ngan pas plok dah, kalau ditakdirkan dia menang ( dok mungkin pun) maybe dia yang pertama lompat dr pahang, ahhahah

    ReplyDelete
  2. Din, sebenarnya aku x nak bg komen kat sini, saja masuk tgk ada artikel balasan, nak juga baca. Tapi bila baca komen yg satu ni aku terasa nak jawab.

    Mula2 kpd azri, ada sikit pembetulan, maksud bila aku cakap ustaz wahab yg membawa aku masuk keadilan, bukan dia bwk aku, tp kepercayaannya yg membawa aku ke keadilan, masa tu aku balik kuantan terus cari org adil (keadilan belum ada lagi).

    Ha... kpd pengomen yg sorang ni, knp x berani tunjuk nama? Din, hang batch aku jd exco AMK, hang tahu aku menang jd exco tanpa undi dr perwakilan pahang, jd toksah layan sgt yg ni. pahang ni smpi skrg dok politiking sama sendiri x habis2.

    kedua, mamat yg mak ayah dia terlupa beri nama nilah contoh yg aku pernah kata sbg anwarist, bg golongan ni, anwar langsung x blh sentuh. aku kritik sehebat manapun utk kebaikan anwar sendiri.

    psl PRU2004, hang tahu aku bertanding, 2004 bkn mcm 2008, 2004 musim dingin sbb tu PKR smpi tinggal 1 kerusi je, kat pahang PKR bertanding 7 DUN, dan peratus undi aku paling tinggi, hang blh confirm dgn azmin, pengarah pilihanraya masa tu.

    aku bertanding bukan sbb aku nak bertanding, cikgu dzul mtk aku bertanding. sbb apa? aku tlg cikgu dzul setup bhg indera mahkota secara formal slps persempadanan semula pilihanraya. selepas selesai semua, sempurna semua, sehari sebelum penamaan calon PRU2004 ada org call jafri (ketua perhubungan pkr pahang masa tu) & pemimpin pusat mintak nak masuk parti & bertanding dun semambu, hang cari sendirilah sapa.

    klu ikut mood 2008, nancy patutnya menang.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Sdr Amizudin kerana sudi buat posting di atas.

    ReplyDelete
  4. bro din

    ok lah dapat siar luahan hati reformis yang terkenal dan yang tak terkenal...

    tp bagi saya satu ja....konsep berjemaah itu penting. maybe zukri boleh berbangga dan terngiang2 laungan reformasi di hotel renaissance suatu masa dulu tp pada saya hebat lagi suara2 reformis yg turun di jalanan. lanjutan itu sebenarnya saya agak kecewa dengan tindakan meninggalkan parti hanya kerana merasa parti sudah tersasar sedangkan kita ada saluran utk membetulkannya, pada saya sayang (dan maaf utk zekri) krn dia sanggup meninggal perjuangan di tengah jalan. dan utk zekri jgn mudah melatah utk menerima komen dr pembaca sehingga sanggup bercerita pulak apa yg dibuat sblm2 ini. ini menampakkan ketidakmatangan saudara dlm handle issue yg ditimbulkan lebih2 lg pada pengkomen tanpanama.

    sebenarnya ramai reformis diluar seperti saudara lang sebutkan yg terus istiqamah meneruskan perjuangan ini dan kami akan terus berjuang. pada kami biar yang terkedepan itu kehadapan dan lagipun hati manusia siapa tahu. sometime memang mudah kita comment tp amat sukar utk kita bekerja, bayangkan saudara zekri pun berasa putus asa dengan parti sehingga sanggup meninggalkannya, apatah orang seperti anwar yang perlu memikirkan setiap strategy selain diasak kiri kanan.

    kadang2 memang mudah melontar strategy tp kekentalan jiwa penting utk merealisasikannya.

    bg kami kami memahami apa yg anwar alami.........dan saya akan terus mendokong perjuangan menentang kezaliman ini.

    akhirnya....
    jalan perjuangan tiada unduran
    ditegak ia kerana kebenaran
    biar rebah dipukul badaian
    namun tidak ditinggal di tengah jalanan.
    perjuangan bukan untuk ditinggalkan

    ReplyDelete
  5. salam, walaupun ulasan dah lama aku pelihat demokrasi cuba mencari jawapan :

    1. kenapa orang UMNO melompat Ke Keadilan dan kenapa Orang Keadilan melompat ke UMNO ? Hangpa main-main dengan cerai berai ni.Pas Baguih dok ada nak juga pi UMNO kenapa? tolong tanya Dr Keadilan Dr Halili.hehe

    2. PKR dengan DAP apa beza.tolong habag mai tajdid ke ape ke? dua-dua nak keadilan untuk semua jadi apa bezanye kalau bubar 2-2 boh nama baru.

    3. aku suka nak lihat, apa akan jadi pada PKR sesudah Anwar Ibrahim meninggal.Sekarang pun bergolak inikan pula bila anwar tiada.soalan sama kepada pakatan rakyat.apa akan jadi kalau Nik Aziz takde kat pas, Lim Kitsiang tiada. takkan anak anwar Izzah @ bini dia nak lead kuasa.?

    tolong habaq kat aku.aku budak baru nak belajar politik malaysia yang kreatif ni.

    Generasi Bundle

    ReplyDelete
  6. salam buat semua,

    sesebuah badan sahsiah yang ditubuhkan boleh berdiri dengan sendiri jika dasar perjuangannya tulen serta kukuh ditanam di dalam pemikiran ahli-ahlinya. Parti politik bukan lahir atas sebab pengasasnya. Ianya adalah sebuah badan yang memperjuangkan ideologi. Kalau sesebuah parti itu lahir atas dasar kekeluargaan maka ianya akan menjadi tidak demokratik. Dalam amalan berparti setiap peneraju serta jawatankuasanya akan dipilih apabila sampai tempoh seperti termaktub dalam perlembagaan masing-masing. Ianya tidak boleh diperturunkan sebagai warisan ataupun pusaka. Ianya melalui persetujuan mereka yang bergelar sebagai ahli. Maka itu adalah tidak layak bagi isteri atau anak kepada pengasas untuk mengambil alih tampuk kepimpinan secara pusaka apabila pengasasnya meninggal dunia.

    Hanya budaya politik dinegara ini, kebanyakan ahli keluarga mereka yang berpolitik akan berminat untuk meneruskan tradisi ahli keluarga yang sebelumnya. Dan lagi apabila sesebuah parti itu dapat memerintah dalam tempuh yang lama maka ada kemungkinan anak atau cucunya akan menjadi pemimpin besar suatu hari nanti.

    Penggabungan beberapa buah parti politik bukan sesuatu yang mudah. Pada dasarnya pasti terdapat perbezaan jelas pada ideologi perjuangan, yang hanya munkin sama ialah perkara-perkara umum yang boleh menjadikan beberapa buah parti itu bekerjasama. Umno tidak mungkin bergabung dengan MCA dan MIC dan gabungan yang lain. Kerjasama mereka adalah melalui BN. Begitu juga PR adalah gabungan PKR, PAS dan DAP. Hanya dari segi teknikalnya PR belum mendapat 'green light' untuk melabelkan gabungan ini di bawah satu lambang yang didaftarkan. Yang pasti PKR, DAP dan PAS tidak boleh bergabung dalam ertikata bubar dan bentuk kerana terdapat perbezaan ideologi.

    "politik Malaysia memang politik kreatif"

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.