Wednesday, March 03, 2010

Mereka tidak kenang langsung jasa Anwar

DI SEBALIK kita bersyukur dengan hikmah Allah menunjukkan kepada kita beberapa ekor pengkhianat rakyat, kita merasa simpati juga dengan nasib DS Anwar. K[lompatpartippinang.png]ali ini beliau dihadapkan dengan bebanan serta dugaan yang maha hebat. Calang-calang manusia, sudah pasti tersungkur di perteng ahan jalan. Tetapi DS Anwar telah ditarbiyah dengan kekuatan kerohanian yang kental di samping dokongan rakyat bawahan terhadapnya.

Memang tidak dapat dinafikan, kelemahan utama DS Anwar adalah terlalu berbaik sangka terhadap orang lain. Akibatnya, ketika beliau bergelut dengan tuduhan fitnah liwat ke atasnya, terdapat beberapa rakan yang diberi kedudukan oleh DS Anwar menikamnya dari belakang.

Berbagai alasan yang diberikan oleh pengkhianat itu untuk menghalalkan cara mereka mengkhianati kepercayaan rakyat. Namun demikian, alasan-alasan mereka langsung tidak masuk oleh akal kita kerana mereka sehingga kini gagal membuktikan apa yang mereka tidak puas hati dengan kepimpinan yang memberikan kedudukan kepada mereka.

Apa yang kita tahu adalah ada di antaranya keluar dari parti kerana gagal mendapat projek jutaan ringgit, ada yang tidak mendapat projek untuk keluarga mereka, ada yang mengalami masalah hutang kereta dan menuntut parti membayar hutang-hutangnya.

Itulah pengkhianat yang bertopengkan seperti Malaikat yang kununnya keluar parti atas prinsip memperjuangkan rakyat, bangsa dan ugama. Memang tepat sekali ada di antaranya yang memilih untuk bersama Umno yang pastinya dipercayai boleh menjamu perut-perut mereka sehingga kenyang. Biarlah mereka makan semahu-mahunya sehingga pecah perut mereka.

Perlukah kita bimbang dengan situasi ini? Tidak sama sekali. PKR pernah mempunyai hanya seorang sahaja MP di Parlimen iaitu DS Wan Azizah. Tetapi berkat yang satu itu yang berjuang dengan ikhlas untuk rakyat, Allah membalasnya dengan apa yang kita perolehi sekarang. Proses pembersihan di dalam parti mesti dilakukan mulai sekarang, dan kita harap PKR tidak lagi terlalu berbaik sangka atau memberi ihsan kepada sesiapa jua yang terang-terang tidak mematuhi semangat setiakawan dan persefahaman di dalam PR.

Mereka wajib dikeluarkan segera dari parti. Jangan kita bimbang dengan kehilangan berpuluh-puluh orang yang inginkan perut mereka kenyang dengan membiarkan rakyat menderita. Kita wajib bersyukur jika kita hanya memiliki hatta seorang pemimpin yang benar-benar ikhlas berjuang untuk membela nasib rakyat. Kita mesti bersedia kehilangan ramai lagi pengkhianat-pengkhianat selepas ini. Kita ingin melihat menjelang Pilihanraya Umum akan datang, berapa orangkah yang sanggup berlapar dan bersusah bersama rakyat.

Kita wajib bersyukur di atas tindakan mereka keluar dari parti kerana sekiranya mereka masih berada di dalam parti, seandainya InsyaAllah, kita memerintah negara ini, mereka ini lah yang akan meruntuhkan kerajaan yang kita tubuhkan nanti. Allah telah membantu kita mengenal siapa pengkhianat yang sebenarnya terlebih awal.

Percayalah bahawa masih ada beberapa orang lagi yang sedang lapar berada di dalam parti kita. Kepada kepimpinan parti, jangan pedulikan permintaan mereka untuk mengenyangkan perut-perut mereka sendiri, biarlah mereka bertindak untuk keluar parti dan kita tunjukkan jalan ke pintu keluar dengan segera.

PR mesti dibersihkan dari pengkhianat-pengkhianat seperti ini sebelum rakyat menghukum kita. Rakyat tidak akan menghukum kita semata-mata pengkhianat ini keluar, tetapi rakyat akan menghukum kita jika kita masih lagi sanggup memelihara manusia hina ini. Mulai sekarang, giatkan usaha mencari petualang-petualang durjana ini dan tendang mereka keluar sebelum rakyat menendang kita. Mereka tiada nilai walau sebesar atom kepada kita tetapi amat bernilai kepada parti yang sememangnya memerlukan orang seperti itu./wfauzdin.blogspot.com



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

6 comments:

  1. PKR adalah parti yang bersifat bidan terjun. Ini kerana penubuhannya memang berkaitan rapat dengan kes DSAI. Mahu atau tidak walaupun dasar perjuangannya berlandaskan keadilan, equality dan menghapuskan rasuah, faktor simpati kepada DSAI dan kebencian kepada TMM adalah tunjang kepada penubuhan parti tersebut.

    Kalau diikuti rentetan peristiwa disebalik penubuhan PKR ianya bermula dari gerakan ADIL. Gerakkan ini telah dimulakan untuk memikirkan cara mana untuk membantu DSAI yang berhadapan dengan bermacam-macam ketidaktentuan. Sejurus dari gerakan itu maka gerakkan lebih besar (mass) telah mengambil alih dengan dipelopori oleh Ezam. Gerakan ini dikenali sebagai Reformasi.

    Atas dasar perjuangan untuk membawa perubahan dan keinginan membawa DSAI keluar dari tahanan yang sememangnya bukan cara yang beretika maka satu tapak perlu diujudkan sebagai landasan perjuangan yang lebih ampuh. Maka atas usaha sebahagian yang bijak pandai politik (bukan semua yang berdemo itu mahir dalam pentadbiran politik, tertubuhlah parti yang dikenali sebagai KeADILan (sebelum bergabung). Maka logonya bersimbulkan mata kerana menepati isu mata lebam dan poster-poster DSAI waktu gelombang reformasi. (saya masih perasan poster itu muncul kembali sekarang).

    Masa awal-awal pilihanraya yang diceburi oleh PKR, hanya satu kerusi sahaja dimenangi di parlimen. Kenapa? apa yang membolehkannya menang ketika itu? Simpati... itulah satu-satunya alasan terbaik. Selepas DSAI bebas maka dia telah menjual idiologinya kepada seluruh rakyat supaya perspektif simpati berubah kepada perjuangan rakyat.

    Hasil kerjasama dengan pakatan yang lain, gabungan ini mampu menggugat dominasi BN selama lebih 50 tahun. Maka DSAI telah sekali lagi menjadi faktor ketakutan dalam BN terutama Umno.

    Ingat apa yang saya katakan sebelum ini. PKR bersifat bidan terjun... mereka yang menjadi ahli kebanyakannya atas dasar simpati, kecewa, marah.

    Simpati; simpati atas DSAI yang diperlakukan melebihi dari penjenayah perang yang telah membunuh ratusan ribuan manusia.

    Kecewa; kecewa dengan permainan politik dalam Umno dan keruntuhan moral akibat dari ketamakan kuasa dalam parti.

    Marah; marah kerana parti tidak lagi benar-benar memperjuangkan dasar parti dan ada juga yang marah sebab tidak menerima apa-apa hasil dari perjuangan sebegitu lama dalam parti.

    Atas dasar-dasar ini maka DSAIlah tempat bergantung ahli-ahli yang masuk parti atas sebab di atas.

    Apa terjadi? Apabila kedudukan diberi, kepercayaan diserah, malah ada yang berpeluang menjadi calon walaupon wibawanya hanya layak kelaut. Mereka ini dalam senyap mengharapkan hajat mereka dapat dipenuhi oleh parti atau sekurang-kurangnya dari DSAI sendiri.

    Adakah mereka ini faham akan dasar perjuangan yang dibawa oleh DSAI? berdasarkan alasan yang diberikan ternyata mereka memang buta atau sengaja buat-buat tak faham. Mungkin rasa tidak puas hati atas sebab-sebab tertentu.

    Persoalannya; sudah tentu masih ramai lagi ahli yang sejenis dengan yang diatas tetapi masih menanti peluang untuk jadi calon atau jawatan dalam parti. Sampai ketika nanti perkara yang sama akan dilakukan. Adakah parti akan melayan kehendak setiap ahli-ahlinya demi atas nama mengenang jasa?

    ReplyDelete
  2. Pembetulan buat lang..Parti Keadilan ditubuhkan ekoran dari cabaran Dr.Mahathir kepada para penyokong DSAI yg berdemo disekitar KL pada waktu itu..Beliau mencabar jika penyokong2 DSAI gentle,tubuhkan parti politik dari terus-terusan berdemo..Nampaknya Lang masih kecil lg waktu kes DSAI berlaku sebab beliau terlepas kenyataan2 Dr.Mahathir terhadap penyokong DSAI dlm akhbar2 arus perdana..Setiap petubuhan parti politik bertitik tolak dari isu dan landskap politik..Semua parti termasuk UMNO mengalami proses kelahiran yg berkait dgn landskap politik ketika sebelum kelahirannya dan simpati ini terlalu dibesar-besarkan oleh Lang..Kenapa Keadilan mendapat satu kerusi pada awal penglibatannya?Kerana majoriti masyarakat bukan melayu menganggap isu DSAI merupakan masalah dalaman org2 melayu..Perlu diingat ketika itu,ramai penyokong DSAI (terutama anak2 muda)tidak layak mengundi kerana belum mendaftar sebagai pemilih..Itulah landskap politik diwaktu itu..Tetapi adakah simpati itu memainkan peranan pada Tsunami 2008 sehingga keputusannya tidak dijangka waima oleh pakatan pembangkang..Tsunami 2008 berlaku bukan atas kekuatan pembangkang 100% tetapi disebabkab kelemahan demi kelemahan urustadbir negara,peningkatan kadar jenayah,pertentangan antara Dr.M & Paklah,masalah dalaman komponen BN,dan sabotaj dalaman dari dlm UMNO sendiri yg tidak senang dgn Paklah dan menantunya..Ini yg membuatkan berlakunya swing vote tak sampai 5 tahun selepas BN menang besar pada PRU 2004..Istilah bidang terjun ini tidak lg sesuai setelah PKR mencapai usia lebih dari 10 tahun..Parti bidang terjun ini lbh sesuai pada parti Makkal Sakti yg ditaja oleh Najib yg sekarang bercakaran tak sampai 1 tahun penubuhannya..Walau apapun pandangan Lang,kenyataannya adalah berdasarkan persepsi yg belia bentuk sendiri sebelum beliau menulis..Tulisan beliau terlalu tebal dgn sentimen anti PKR..Mind setting beliau ini mungkin relevan pada manusia2 diatas pagar yg mengundi atas pertimbangan untung rugi dan keselasaan utk berpihak tetapi tidak pada pencinta2 keadilan..Landskap politik hari ini terbentuk dari kesan2 tindakan dan percaturan politik UMNO/BN sendiri,cara urus tadbir negara oleh UMNO/BN sendiri..Pakatan Rakyat memperoleh sokongan rakyat pun atas kelemahan UMNO/BN sendiri..Jika urus tadbir negara cekap,jenayah menurun,tiada isu besar yg x mampu dijawab,nescaya sokongan rakyat tetap utuh dibelakang mereka..Tetapi mengapa berlaku sebaliknya sekarang ini?Sebenarnya Lang adalah penulis bidan terjun yg tidak bersedia berdepan dengan penolakan terhadap gaya politik UMNO/BN yg sudah ketinggalan..

    ReplyDelete
  3. Salam buat lang..Maaf kan saya krn melabel saudara seolah-olah anti PKR..Sy faham yg saudara maksudkan adalah ahli-ahli yg masuk PKR atas sebab2 yg saudara nyatakan diatas..Memang ada kebenaran atas apa yg saudara nyatakan berikutan apa yg telah menimpa beberapa ahli yg meninggalkan parti..Sama-samalah kita mengharapkan agar PKR terus maju kehadapan dengan apa yg telah mereka lalui dan pelajari sejak dari 2 tahun kebelakangan ini kerana jalan kemenangan atas nama keadilan sememangnya berliku dan mencabar yg menuntut Istiqamah dlm melansungkan agenda perjuangan..

    ReplyDelete
  4. tak mengapa sdr keluhum, walaupon saya telah membaca pendapat saudara tentang tulisan saya, saya memahaminya dan tahu saudara mempunyai pandangan tersendiri ke atas penulisan saya.

    Bukankah kita dilahirkan dalam negara demokrasi, bebas mengeluarkan pendapat (walaupon hakikatnya demokrasi di sini hanya lah demokrasi ala-ala saja dan bukan demokrasi tulen). Walau bagaimana pon saya berterima kasih kerana ada juga pembaca yang ingin membaca komen saya dan menyuarakan pendapat. Saya suka akan perkembangan ini. Sama-samalah kita menyemarakkan semangat demokrasi yang mula menapak dalam jiwa merdeka kita.

    p/s: untuk makluman sdr keluhum, saya bukanlah anak muda seperti yang disangkakan, saya telah setengah abad dan memang suka membuat pemerhatian dalam situasi politik tanah air.

    ReplyDelete
  5. semua pandangan anda bagus...terimakasih atas semua pandangan....

    buang yg keruh ambil yg jernih...

    ReplyDelete
  6. Anwar asyik guna ayat fitnah&konspirasi jahat menjatuhkannya. Dulu zaman reformasi pon sama. Tp dlm mahkamah dia menafikan dgn fakta dan hujah yg menarik. Berbeza kes terbaru die memilih utk berdiam dan byk penafian dr guam bela disangkal oleh pendakwa. Dan pihak pembelaan kelihatan mahu menolak kes spti tiada unsur paksaan atau samasuka dgn membangkitkan isu2 mengapa pendakwa tidak melawan. Dulu ramai marahkan dr.m mahafirau zalim dektator, paklah ikut ckp menantu dan najib rosmah 1mdb. Bila dr.m berhenti semua puji kejayaan die bgnkan negara. Dulu dituduh membazir dan menghabiskan duit rakyat buat putrajaya dab difitnah buat rumah kediaman rasmi di putraja utk keguaan die lepas bersara. Konon nye hadiah kerajaan kpd jasa beliau. Sy pecaya apa diperkatakan masa itu dan melihat tiada kepentingan membangunkqn putraya jauh dipinggir bandar.Ramai marah dgn kos pembagunan putrajaya tp kini menjadi rebutan. Semua tuduhan org tentang dr.m zaman reformasi hilang bila dr.m letak jawatan dan fitnah dilupakan dan bertukar pada siapa jadi PM. Itu lah kehebatan politik dinegara kita. anwar lg hebat xjadi pm lg pon teruk dh. Dipenjarakan pastu dituduh perkara sama. Bagaimana org hebat sprti anwar terjerat dgn isu yg sama dan perangkap yg sama siap ada video. Lim kit sing dan haji hadi xkene pon. Yg kene lim guan eng sama cam khir toyo. Isu mat sabu mustafa dlu nasib die xckp konpirasi cubaan menjatuhkan diorg. Golongan politik berginikah yg kita nk angkat sebagai pemimpin. Tiada intergriti moral dan tidak jujur dlm berbicara. Baik persiden MCA siap mengaku bersalah letak jawatan dan bertanding balik pastu menang br power. Skrg sy tertarik dan permikiran presiden pas berfikir. Lantak la kehilangan ahli atau terpaksa keluar dlm pakatan janji matlamat menegakkan islam terlaksana walaupon te
    Resiko menawan pitrajaya seakan punah. Pemimpin meletakan kepentingan agama negara melebihi dr kepentingan peribadi. Sangup duduk semeja dgn najib dan org bn semata2 membela nasib rakyat rohinya. Pas mencalitkan arang kemuka sendiri sangup bersekongkol dgn musuh.pespektif rakyat berubah keseluhan nye dan mendakwa presiden pas telah dibeli dan digulakan oleh org bn. Memilih keputusan yg tidak popular menbuat majlis bersama bn. Tokoh ini patut kita angkat menjadi PM. Bila benar ckp benar, bila salah ckp salah. Lebih mementingkan masalah rakyat dr berpolitik. Berani bersama2 musuh menyertai aktiviti yg memberi maknafaat kpd rakyat dan agama. Manusia yg hebat yg boleh mengakui menerima kesalah diri dan bersetuju dan mengikut pendapat org wlaupon itu musuh kita. Politi matang dr PAS. Harap Pas berjaya gantikan Umno bkn PKR yg lebih menjaga kepentingan diri sblm membuat keputusab

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.