Monday, March 01, 2010

Wajah sebenar Fairus

SIDANG MEDIA

Pertamanya AMKPP ucapkan tahniah kepada UMNO yang berjaya mengutip dan memungut Fairus mantan TKM 1 P.Pinang untuk kembali ke lubuk asalnya iaitu UMNO.

AMKPP sedikitpun tidak terkejut malah sudah menduga dan menghidu lebih awal serta mengetahui wajah sebenar Fairus, sebab itu tahun lalu kita mendesak supaya Fairus digantikan.

Fairus dalam ucapannya semalam berkata bahawa beliau masuk umno atas dasar mempertahankan prinsip memperjuangkan agama, bangsa, tanah air serta kepentingan rakyat Malaysia.

Hari ini AMKPP mendedahkan wajah sebenar Fairus. Beliau sebenarnya tidak layak langsung menggunakan alasan ‘demi kepentingan islam’ walhal sewaktu beliau menjadi Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang juga merangkap Exco Agama, 7 kali beliau TIDAK PERNAH LANGSUNG menghadiri mesyuarat dengan JAKIM sehingga menimbulkan kemarahan Presiden PKR & pimpinan negeri termasuk Y.A.B Lim Guan Eng. Inikah yang dikatakan nak membela agama Islam?


Jika benar dengan penyertaan beliau ke dalam UMNO bagi mempertahankan isu ‘ALLAH’, bagaimana pula dengan kenyataan YB Datuk Seri Nazri Aziz penggunaan perkataan ‘ALLAH’ ini boleh digunakan oleh di Sabah, Sarawak, Pulau Pinang & Wilayah Persekutuan? Apakah perkara ini beliau tidak sedar?

Bagi AMKPP, penyertaan beliau ke dalam UMNO akan terus menjadi liability kepada parti itu yang semakin mereput dan ditolak rakyat.

Amizudin Ahmat

Ketua AMK Kepala batas

Exco Angkatan Muda Malaysia


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

8 comments:

  1. ye ke?Yb Tab Tee Beng macam mana?Ada lagi YB2 mau keluar PKR mcm mana? Uruskan prestasi parti anda,sebelum rakyat uruskan ada. Period.

    ReplyDelete
  2. tu la seri mersing,mai duduk dalam parti kami,tak betoi kita lawan,baru bersih satu satu parti itu,mai call saya pasai ten beng 019 5082933m zul.kamim parti yang tolak pemimpin yang loi.bapa dia gerakan maka kepada gerakan lah dia balik.

    ReplyDelete
  3. buang je la gamba fairuz tu..dah la mucung cam tikus je.. hehe

    ReplyDelete
  4. jadi kepada umno lah dato seri anwar akan kembali.. awat laa hangpa ni mangkok sgt?aduhaiii

    ReplyDelete
  5. KENYATAAN NAZRI AZIZ BERDASARKAN UNDANG2.

    KALIMAH ALLAH HANYA UNTUK MUSLIM SAHAJA.

    KHASNYA DALAM PENERBITAN.

    NAK TANYA SIKIT, BAGAIMANA BUKTI DI ATAS DAPAT TUNJUKKAN YANG FAIRUS TIDAK HADIR.?

    SAYA KONFIUS SIKIT.TQ

    ReplyDelete
  6. panglima perang cyber...

    pi la tanya panglima Fairus...

    suruh dia saman saya jika saya bohong tentang kehadirannya dalam mesyuarat Jakim....

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.