Thursday, April 29, 2010

Nik Aziz sokong tindakan Zaid

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong dakwaan bekas calon pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim berhubung kenyataannya yang mendakwa sistem pilihan raya di negara ini tidak adil dan bersih.

Nik Abdul Aziz berkata, beliau bersetuju dengan dakwaan memandangkan perkara yang sama pernah berlaku di negeri ini.

“Saya yakin dakwaan itu kerana depan mata saya sendiri di Kelantan ini orang bagi duit terang-terang.

“Itu bukan cara demokrasi dan cara Islam. Itu cara UMNO, cara nafsu. Jadi kalau timbul masalah duit itu, memang saya percaya,” katanya selepas hadir pelancaran kumpulan dikir barat Sri Halaqat negeri di sini.

Beliau berkata, UMNO terpaksa guna duit kerana mereka tidak ada hujah bila berdepan dengan Islam.

“Bila berdepan dengan Islam, UMNO tak boleh buat apa melainkan guna ISA, guna ugut, guna duit. UMNO ini parti duniawi. Parti dunia, dia tak kira dalam kubur jadi apa, di padang mahsyar nak jadi macam mana.

“Inilah kecelakaan pemikiran orang Islam sekarang. Satu kecelakaan saya ulang. Bila berdepan dengan benda ini dia tak boleh nak buat apa. Sepatutnya UMNO menyerah kalah, menyerah kepada kebenaran,” katanya.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

1 comment:

  1. Ini lah hikmah kekalahan PRK HS.

    Kerana kita kalah,maka ia membuka mata untuk kita bertindak sedemikian ,kebetulan pula Calon kita saorang Peguam terkemuka.

    Tindakan ini tidak mungkin akan berlaku jika kita menang atau ianya dari calon lain(Bukan Zaid),di.mana kebiasanya hanya sekadar melakukan postmortem , kemudian mengharap perubahan akan berlaku di PRK,PRU selanjutnya..

    Sebaliknya dgn tindakan Zaid,akan membongkar segala kepincangan,ketidakadilan,rasuah,
    ugutan dan tidak di nafikan berleluasanya penipuan ole UMNO(BN).

    Menang kalah dlm tindakan ini bukan matlamat ,tetapi ia di harap dapat menyedarkan rakyat apa yg.sebenarnya berlaku.,dan untuk rekod generai akan datang.insyallah.

    Sasungguh nya perancagan Allah itu amat tinggi dan besar nilainya.

    Wallahuaklam.

    .

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.