Sunday, April 11, 2010

Rakyat Malaysia wajib tahu agenda Apco

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan tidak menolak kemungkinan penglibatan firma perunding APCO Worldwide mempromosikan 1 Malaysia mempunyai agenda tersembunyi khususnya mengekang kebangkitan umat Islam.

Dalam satu sidang media di Pejabat Agung PAS siang tadi beliau berkata, insiden sama sudah berlaku di Mesir, apabila kerajaan negara arab itu memberi ruang kepada Mosad terlibat dalam menentukan dasar kerajaan secara tidak langsung.

"Mengambil contoh kerajaan mesir yang longgar memberi ruang kepada syarikat Israel masuk dan Mosad mengambil kesempatan tersebut.

"Rentetan itu berlakunya pembunuhan pengikut-pengikut Ikhwan Al-muslimin di Mesir," jelasnya.

Penglibatan Apco juga katanya bermakna negara Malaysia telah masuk ke perangkap Zionis Israel.

"Apabila syarikat konsultan wujud di di tempat strategik dalam pentadbiran negara sudah tentulah negara kita akan berdasarkan negara Israel itu sendiri,"

Sehubungan itu beliau memberitahu, pemuda PAS akan membuat siri jelajah ke seluruh negara bagi menjelaskan kepada seluruh rakyat berkenaan kesan penglibatan APCO terhadap negara.

Penjelasan tersebut jelasnya tertumpu kepada persoalan apa itu APCO, negara kelahiran, hubungkait dengan Malysia dan ancaman terhadap keselamatan negara.

"Pemuda akan membuat suatu roadshow diseluruh negara bagi menjelaskan apa itu APCO, dari mana asalnya dan apa hubungkaitnya dengan negara malaysia, dan ancaman terhadap kedaulatan Negara," katanya.

# sebab itulah tentera Amerika dibenarkan masuk ke perairan Malaysia, dibenarkan isi minyak dan terbaru Amerika nak belajar pula di Malaysia. Amerika dan Israel ibarat aur dan tebing.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat
(Din Binjai)

1 comment:

  1. Betul...kita sebagai umat Melayu dan beragama Islam dan tidak kira Cina,India,Iban Kadazan harus menginsafi dan memahami bersungguh-sungguh akan BESARNYA BAHAYA YANG SEDANG DIUNDANG DI NEGARA INI YANG SEDANG DIBAWA OLEH PEMIMPIN BIADAP NEGARA...APCO YA APCO.............

    Ingat...Yahudi inilah yang sedang menyembelih umat manusia di Palestin dan Yahudi inlah yang telah membunuh kanak-kanak,wanitamorang tua di khemah SABRA DAN SHATILA DULU.

    Kini Yahudi ini telah dijemput secara terhormat oleh pemimpin yang perut busuk dan biadap kepada agama islam dan bangsanya.

    JATUHKAN UMNO BN DALAM PILIHANRAYA UMUM KE 13 NANTI...

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.