Tuesday, April 27, 2010

Rakyat masih bersama Pakatan Rakyat

Walaupun hati agak sedikit kecewa dengan kekalahan di Hulu Selangor, namun ada banyak perkara yang kita boleh berbangga sebenarnya.

Seminggu sharpshooter berkampong di Hulu Selangor dan lebih tertumpu di Dun Batang Kali membantu YB Amirudin Shari menyusun strategi dan gerak kerja.


Beliau seorang wakil rakyat yang begitu mudah didekati, adakala dia memandu adakala sharpshooter memandu untuk uruskan kerja jentera parti.

Keputusan membuktikan Pakatan Rakyat menang di Dun Batang Kali dan Kuala Kubu Baru sekali gus menafikan hajat BN untk menang besar dengan majoroti 6,000 undi.

Zaid Ibrahim (23,272) pula mendapat lebihan 95 undi tambahan dari arwah Dato' Zainal (23,177).

BN pula kehilangan 30% undi Cina. Ini bermakna MCA ternyata gagal menawan kembali undi masyarakat Cina untuk menyokong BN.

Ternyata BN tidak boleh berbangga dengan kemenangan di Hulu Selangor dan kalau ditolak undi pos BN (647), mereka menang hanya dengan majoriti 1078 undi. Tidak berbaloi dengan pelaburan lebih 64 juta untuk menawan Hulu Selangor.

Dalam 10 prk yang berlangsung selepas PRU 12, 7 kerusi dimenangi oleh Pakatan Rakyat (Kuala Terengganu, Permatang Pauh, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Penanti, Manik Urai dan Permatang Pasir) dan BN hanya menang di 3 kerusi iaitu Batang Ai, Bagan Pinang dan Hulu Selangor.

Keputusan ini membuktikan kemenangan Pakatan Rakyat 70% dan sekaligus menunjukkan rakyat masih bersama Pakatan Rakyat dan sharpshooter cukup yakin Hulu Selangor akan menjadi Ijok kedua di mana dalam prk BN menang tetapi dalam PRU 13 BN akan tumbang....InsyaAllah...takbir.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

4 comments:

  1. Allahuakbar...!!!

    Semoga pada prk-prk serta PRU akan datang, parti komponen baru SPR dan Polis Raja Di Mesia dapat join lawan dengan beer-end vs pakatan rakyat...terang lagi bersuluh jadi kat Ulu Selangor, PR p buat repot polis, polis pulak buat repot kat PR...berapa ramai pimpinan serta petugas PR yang polis tangkap boh dalam? ada pimpinan serta penyokong atau petugas amNO-apCO-beer end kena tangkap boh dalam sedangkan depa yg provok lebihh...??? cilakak betouiiii...!!! gggrrrrrrrr....

    ReplyDelete
  2. kelemahan kita juga perlu diperbaiki...dalam masa yg sama kerajaan negeri selangor juga perhatikan sama hulu selangor...

    jgn jadi macam bn...bila nak undi baru nampak muka...

    ReplyDelete
  3. "Masih" belum cukup..sebab masih menunjukkan yg rakyat mungkin berubah di PRU 13! Apa yg perlu ialah rakyat setia dengan PAKATAN!
    Sedih sebab masih ramai org Melayu yg belum berani sokong PAKATAN!Kenapa dan mengapa sedangkan pada 1998 hakikatnya majoriti Melayu telah berpantang arang dengan UMNO!!Kenapa sekarang tidak! Apa beza sekarng dengan 1998! Isunya masih sama..kezaliman..penindasan..isu Fitnah II dan macam2 lagi..apa org Melayu terlalu dangkal dan singakat ka fikiran sebab x nampak apa beza PAKATAN dengan BN..PKR dan PAS perlu lakukan sesuata dan dengan cepat..x yah tunggu PRK baru nak masuk kampung!Apa beza Hulu Selangor dengan Kuala Terengganu dan Bukit Gantang! Semua tempat ini merupakan kubu kuat UMNO..tapi PAKATAN masih menang!??Kalu rasuah..benda ni dah lama dah..x yah le nak jadi satu sebab utama..sebab dari merdeka samapai sekarang memang dah biasadah salah guna kuasa tu..so..kena fikir2..jgn tunggu PRU13 baru nak dapat jawapan..dah terlambat dah masa tu!

    ReplyDelete
  4. jangan gusar kekalahan pada P.094 bukanlah kekalahan sebenar, tetapi atas penipuan besar oleh Najib dan jentera kerajaan yang disogok. anggaplah ini sebagai satu latihan kepada PRU 13.

    mulai sekarang kita kena kembali menyemak pengundi-pengundi di setiap kawasan DUN/PARLIMEN agar pengubahan atau pemindahan secara senyap oleh SPR akan dapat dikesan lebih awal.

    Zaid tidak kalah di Hulu Selangor tetapi mengekalkan undi terdahulu, kita tetap berpeluang meraih kembali kerusi Parlimen Hulu Selangor dan mengekalkan SELANGOR pada PRU 13.

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.