Thursday, April 01, 2010

UMNO ejen Israel hingga sanggup hukum Anwar


Kerajaan Umno-Barisan Nasional berada dalam keadaan terdesak sehingga terpaksa mempertahankan hubungannya dengan syarikat komunikasi pro Zionis-Israel, APCO Worldwide apabila membuat keputusan untuk menghadapkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke jawatankuasa khas Parlimen.

Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali berkata demi mempertahan isu APCO yang semakin memakan diri Umno-BN, kerajaan mahu mengenakan tindakan ke atas Anwar kerana mahu menutup skandal itu.

"Saya tidak terkejut dengan tindakan kerajaan. Ini membuktikan bahawa Umno dalam keadaan tertekan dan sanggup pertahankan Zionis dan APCO untuk mengorbankan Datuk Seri Anwar.

"Speaker telah mengarahkan Datuk Seri Anwar untuk memberikan keterangan di Parlimen. Walaupun saya telah bangkitkan prosedur itu tidak tak kena, kalau prosedur digunakan 37(1) ia mestilah dibangkit ketika ahli Dewan sedang bercakap, tetapi perkara ini dibangkitkan setelah selesai ucapan Ketua Pembangkang bebrapa hari selepas itu," jelas Azmin.

Kata beliau, meskipun Anwar mengemukakan bukti yang cukup jelas mengenai peranan APCO dan slogan 1Malaysia yang diciplak dari slogan Satu Israel, namun kerajaan tetap meneruskan tindakan mereka untuk menghukum Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

"Kenyataan Datuk Seri Anwar berdasarkan bukti yang cukup kuat dan kukuh termasuk beberapa perjanjian yang telah ditandatangani antara Umno dan kumpulan Zionis.

Jadi apalagi yang mereka tidak puas hati?," soal beliau.Azmin yang juga Naib Presiden KEADILAN berkata, Pakatan Rakyat akan tetap mempertahankan kenyataan Anwar berdasarkan bukti yang dikemukakan sebelum ini .

"Umno dalam keadaan terdesak untuk hadapkan Datuk Seri Anwar ke jawatankuasa khas tetapi kita akan gunakan ruang ini untuk pertahankan kes kita dengan bukti cukup kukuh supaya rakyat tahu siapa sebenarnya agen Zionis dan dalam perkara ini bukan setakat Zionis tetapi golongan perisik yang pernah berkhidmat dengan rejim Israel," tegas Azmin lagi.

Azmin menegaskan berlaku salah tafsir dalam peruntukan itu yang sepatutnya diguna pakai hanya terhadap anggota Kabinet kerana mereka terlibat secara langsung dalam mengemukakan rang undang-undang di peringkat jemaah menteri dan bukan Ahli Parlimen yang sekadar membahaskan undang-undang tersebut.

"Maka yang dimaksud dengan mengelirukan Dewan ini ialah sekiranya seseorang menteri itu bercakap dalam Dewan dengan tidak berasaskan fakta betul dan tepat dalam keadaan beliau mengetahui bahawa ia boleh ditafsir sebagai mengelirukan Dewan.

"Bukan ahli Dewan kerana kita bukan menteri kabinet dan kita tidak ada akses kepada maklumat kerajaan. Kalaupun dikatakan mengelirukan Dewan, kita telah mengemukakan bukti yang kukuh termasuk perjanjian malahan Ahli Parlimen BN agak terkejut keupayaan Datuk Seri Anwar mempertahankan tuduhan ini dan mengemukakan bukti yang cukup jelas dan terperinci," kata Ahli Parlimen Gombak itu.

Ditanya penafian APCO, beliau berkata "APCO Malaysia menafikan kenyataan pembangkang, tetapi APCO Worldwide menafikan kenyataan APCO Malaysia.

Kalau kita tengok dalam tempoh 24 jam ada dua keterangan daripada APCO yang berbeza antara satu sama lain. Ini membuktikan APCO Worldwide telah mengesahkan memang benar mereka pernah berkhidmat dengan rejim Israel seperti yang dinyatakan Datuk Seri Anwar," jelas Azmin.

Malah akhbar Straits Times Singapore memetik dokumen-dokumen Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat yang mengesahkan hubung kait Apco dengan kerajaan Israel yang selari dengan hujah-hujah Anwar di Parlimen.

“Ketua pembangkang telah mengambil peluang ini untuk berikan keterangan, penjelasan dan bersandarkan kepada bukti-bukti yang cukup kuat dan kukuh.

“Ini termasuk beberapa perjanjian yang ditandatangani oleh kerajaan Umno dan kumpulan Zionis ini.”

“Apco Antarabangsa sudah pun mengesahkan memang membenarkan mereka pernah berkhidmat dengan rejim Israel seperti yang dinyatakan oleh Datuk Seri Anwar,” tegas Azmin.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat
(Din Binjai)

2 comments:

  1. APCO APCO!
    Anwar Peliwat Cetek Otak Asyik Pusing Cakap Orang!

    Begitulah juga pengikutnya.....

    "Anwar Ibrahim harus bertaubat" - Karpal Singh

    ReplyDelete
  2. umno memang zionist laknat APCO, tk usah n kdalih lagi.
    kerja fitnah umno semua stail freemason yahudi laknat
    umno adalah syaitan yahudi

    anwar bukan belit,.tapi umno terlalu bodoh bangang lembu gila beruk pekak utk memahami anwar.

    semua peimimpin bodoh lembu ckp semua umno dgr tkpe guna otak

    umno adalah lembu gila penyakit lembu gila

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.