Thursday, May 06, 2010

13 MEI DIULANG LAGI..UMNO MEMANG TERDESAK

Dewan undangan negeri Pulau Pinang kecoh hari ini apabila Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim memberi amaran bahawa tragedi 13 Mei akan berulang jika rakyat hilang keyakinan dengan pihak berkuasa dan sistem sedia ada.

Mengulas bidasan orang ramai berhubung kematian remaja 14 tahun - Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati polis, Azhar menyoal sama ada rakyat mahu tentera mengambil alih negara memandangkan polis didakwa tidak lagi berkesan.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng (DAP-Air Putih) menjawab, DAP bukannya tidak menghormati jasa polis tetapi mereka tidak mengiktiraf Tan Sri Musa Hassan yang disifatkan sebagai tidak layak menjadi Ketua Polis Negara.

"Tidak ada salahnya kita mengkritik Musa Hassan (Tan Sri) kerana bagi kita dia tidak layak menjadi Ketua Polis Negara, ditambah lagi insiden terbaru melibatkan kematian Aminulrasyid (Amzah)", katanya

Azhar kemudian mengulangi lagi kenyataannya meminta agar pasukan tentera mengawal negara bagi menggantikan polis dan kenyataan itu menyebabkan beberapa penyokong kerajaan meminta Azhar menarik balik pandangannya kerana ia bersifat menghasut.

Ketua pembangkang itu kemudian menarik balik kenyataannya itu selepas akur dengan arahan Speaker supaya berbuat demikian.

Bagaimanapun beberapa ahli dewan undangan negeri Pakatan Rakyat tidak berpuas hati dan mencadangkan Azhar dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

Usul untuk merujukkan Azhar (BN-Penaga) ke jawatankuasa itu dicadangkan oleh Jagdeep Singh (DAP-Datok Kramat) dan disokong oleh lebih 10 anggota penyokong kerajaan.

Jagdeep Singh semasa mengemukakan usul itu berkata ketua pembangkang itu melanggar peraturan 46 DUN yang melarang mana-mana anggota DUN menyebut perkataan yang berunsur hasutan dan memberontak serta bermusuhan antara kaum.
Speaker DUN Datuk Abdul Halim Hussain yang meluluskan usul itu berkata, notis usul mengenai tindakan itu akan dihantar kepada Azhar.

Sementara itu, Azhar ketika ditemui Bernama berkata beliau bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan dan tidak khuatir terhadap sebarang tindakan yang bakal dikenakan.

“Saya bercakap seperti itu setelah Umno dan BN dihina dan dituduh sebagai rasuah, samseng dan sebagainya dan saya sanggup berhadapan dengan sesiapa pun walaupun dibawa ke mahkamah," katanya.

* Itulah modal umno dari dulu kini dan selamanya...umno tahu memang terlalu sukar untuk menawan kembali P.Pinang....13 Mei senjata terdesak umno lapok....




* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

5 comments:

  1. eh bendera parti apa tu?? cam kenal je... ehehehe...macam parti lim keng yek ngn ko su kun je.. ehehehehe

    ReplyDelete
  2. apasal takut sangat dengan 13 mei??? tiap tahun ada 13 mei.... biasa je!!! ooooo ada special draw ker???? ceh kalau setakat perang melayu dengan cina, no hal lah.... biasa jer melayu tikam china doll dan china tikam gadis melayu!!!!

    ReplyDelete
  3. “Saya bercakap seperti itu setelah Umno dan BN dihina dan dituduh sebagai rasuah, samseng dan sebagainya dan saya sanggup berhadapan dengan sesiapa pun walaupun dibawa ke mahkamah," katanya.
    ===================================
    He! He! He! Sapa pulak la yang menghina UMNO? Kan UMNO tu dah hina? APa UMNO tak rasuah? Ops! Silap, bukan rasuah... kesalahan teknikal. Sapa kata? Sapa lagi? Najiblah, semasa kat Bagan Pinang dulu.

    UMNO samseng? Dak kot. Pekida tu apa? Sapa yang suka buat kacau masa pilihanraya? Dak! UMNO semuanya malaikat.

    UMNO, UMNO yang menghina diri sendiri dengan beraneka karenah. Rakyat Malaysia bukannya tongong macam UMNO. Kani tau apa hampa buat Azhar oooiii!!!

    ReplyDelete
  4. Saya anak bekas mangsa 13Mei, Kejadian yang berlaku kerana kebodohan kita sendiri raayat yang ketika itu terlalu taksup dengan satu2 Party yang dianuti, kepercayaan karut yang disogok diminda kita semua melebehi dan melampaui ajaran ugama yang kita anuti. Semua yang dilakukan adalah untuk menjaga mengaut membaham kekayaan yang ada dibumi bertuah ini.
    Sedarlah wahai pemimpin2 yang ada. Apabila anda semua mati nanti tidak kira siapa, sebesar mana gelaran, sebanyak mana harta yang ada, segagah mana kuasa anda miliki, Mayat anda semua akan dikambus didalam tanah juga saperti kami yang miskin, papa dan tidak mempunyai apaapa kuasa. Dimana Mulia, dimana kuasa, dimana wang dan harta.

    ReplyDelete
  5. Terimakasih di atas semua pandangan anda...semoga kita berani katakan yg benar walaupun pahit...

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.