Tuesday, May 25, 2010

Guan Eng lanyak Ketua Pembangkang

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membidas Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda), Datuk Azhar Ibrahim berhubung isu projek perumahan kos rendah di Taman Kuala Sungai Pinang.

Azhar yang juga Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun) sebelum ini menyalahkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) ekoran masalah banjir kilat akibat sistem perparitan tidak sempurna di kawasan pembinaan projek berkenaan.

Namun menurut Guan Eng, masalah tersebut sebenarnya berpunca dari kesilapan pelaksanaan projek Perda itu sendiri.

"Pihak berkuasa tempatan MPPP, telah pun menjalankan siasatan serta mendapati punca masalah yang melibatkan banjir kilat dan menyusahkan penduduk ini adalah kerana kesilapan dalam pelaksanaan projek Perda tersebut," katanya.

Kerajaan negeri sebelum ini memberi kelonggaran kepada Perda membangunkan projek tersebut, namun akibat masalah itu kerja-kerja pembinaan oleh Perda tersebut dihentikan.

Menurut Guan Eng lagi, kelonggaran yang diberikan kerajaan negeri memberikan projek berkenaan kepada Perda di bawah ketua pembangkang telah disalahgunakan dan diambil kesempatan.

"Walaupun kerajaan negeri berniat baik dan ingin membantu Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang yang dipengerusikan oleh ketua pembangkang yang juga Adun Penaga, namun begitu ia telah disalahgunakan dengan mengambil kesempatan di atas ketulusan yang kita berikan.

Tambahnya lagi, itulah akibat yang diterima oleh kerajaan negeri hasil daripada ketulusan yang ditunjukkan tanpa mengambil kira ideologi politik semua pihak.

Mulai saat ini tegasnya, kerajaan negeri akan lebih tegas dalam mana-mana projek yang dilaksanakan supaya ia tidak disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu dengan menyalahkan PBT dan kerajaan negeri.

"Mereka ini tidak juga mengenang budi kerajaan negeri, sebaliknya lebih menyukarkan keadaan dan memberi kesulitan kepada penduduk yang terlibat dengan projek pembangunan yang mereka laksanakan apabila sistem perparitan yang tidak sempurna sepertimana yang berlaku di Taman Kuala Sungai Pinang," jelasnya.

Lim berkata demikian semasa menyampaikan ceramah di Penaga, Kepala Batas, Seberang Perai Utara malam tadi.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Rosidi Hussain.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

3 comments:

  1. mmg tertunggu2 gak nak denga cite ni..tak habih2 si ADUN Penaga ni dok sibuk nak dedah konon.. eheheehe..

    dia ni patut jadi ADUN Jambatan Pulau Pinang je la.. ahahaha

    ReplyDelete
  2. inilah adun tua keparat yang tak sedar diri

    ReplyDelete
  3. adun Jambatan buat apa...kami nak mintak supaya kutipan tol pada kenderaan awam dihapuskan di Jambatan Pulau Pinang...motor pun masih kutip rm1.40..apa ni? hiway PLUS pun tak kena, ni jambatan kena...kenakan bayaran tol cuma pada kenderaan perdagangan sahaja...

    pasai adun penaga yang masih tak sodar diri tu, bagi dia jadi adun jamban saja..tak pun adun dermaga, pelabuhan...jaga kapai masok keluaq...hahahahaha

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.