"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).
"Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan kerana kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.
* Kalau tidak beri lesen judi pun mereka berjudi juga. Jadi lebih baik beri lesen judi, kerajaan UMCO dapat juga duit untuk tampung kos sukan negara.
Kalau macam tu, eloklah juga kerajaan umco beri lesen rogol sebab kalau tak beri pun kes rogol berlaku juga dan bertambah meningkat.
Kontijen | 2006 | 2007 | 2008 |
Perlis | 28 | 27 | 40 |
Kedah | 221 | 313 | 313 |
Pulau Pinang | 115 | 161 | 177 |
Perak | 183 | 226 | 234 |
Selangor | 421 | 562 | 640 |
Kuala Lumpur | 142 | 221 | 184 |
Negeri Sembilan | 103 | 153 | 194 |
Melaka | 125 | 139 | 130 |
Johor | 343 | 473 | 534 |
Pahang | 143 | 194 | 206 |
Terengganu | 127 | 130 | 136 |
Kelantan | 152 | 167 | 246 |
Sabah | 199 | 196 | 231 |
Sarawak | 129 | 136 | 149 |
Jumlah | 2431 | 3098 | 3414 |
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...Amizudin Ahmat (Din Binjai)http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
SUARA HATIKU:
ReplyDeleteKerajaan juga patut mempertimbangkan memberi lesen dan menghalalkan kesemua rumah pelacuran berasaskan rational yang sama sebab kalau tak beri lesenpun pelacuran akan terus berlaku. Kemudian kerajaan wajar menghalalkan zina dan juga sumbang mahram sebab perkara tersebut terus berlaku walaupun haram. Lebih baik dilesenkan setidak-tidaknya kerajaan dapat hasil. Rasional ini boleh diguna pakai bagi lain-lain maksiat seperti mencuri dan memberi dan mengambil rasuah yang diharamkan oleh Allah.
Dan orang-orang ini mendabik dada kononnya mereka memperjuang dan mempertahankan Islam sepertimana mereka melarang non-muslim mengguna perkataan ALLAH.
Mereka yakin bahawa dengan melesen dan menghalalkan apa yang Allah haramkan maka gejala dan maksiat tersebut dapat dikawal dan dikurangkan atau dihapuskan. Kalau tidak mengapa mahu dilesenkan judi pertaruhan Piala Dunia?
Kemudian tunggulah apa bentuk BALA yang akan Allah turunkan. Tak begitu Awang Adek?
http://ibnabdhalim.blogspot.com/
suara hatiku sama dengan suara hatimu...
ReplyDelete