Tuesday, May 11, 2010

Kalabakan letak jawatan?

Pengarah Strategi KEADILAN Chang Tian Chua mendedahkan bahawa kedudukan Umno-Barisan Nasional semakin tenat berikutan desas desus yang mengatakan bahawa Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Ghapur Salleh akan meletakkan jawatan.

Tian dan pasukannya akan membuat penelitian bagi mengesahkan tentang hal tersebut. Beliau beranggapan bahawa pergolakan berpanjangan yang berlaku dalam BN berpunca dari gerakan 16 September yang dilancarkan pada tahun 2008.

"Selepas PRU ke-12, Umno-BN melalui satu proses yang tidak stabil. Ramai Ahli Parlimen yang telah hilang kepercayaan kepada Barisan Nasional. Apa yang dikatakan sebagai penghijrahan bermaksud perubahan pendekatan dan budaya politik yang bermula pada 16 September," jelas Tian.

Beliau memaklumkan kepada Suara Keadilan bahawa, walaupun tiada perubahan kerajaan pada waktu itu, namun ia membawa impak yang besar. Najib yang memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri mengambil kesempatan diatas apa yang disifatkan sebagai kelemahan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi untuk mengambil alih tampuk pemerintahan.

Perkara tersebut bukanlah tindakan akhir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengukuhkan kedudukannya, bahkan beliau menggunakan pelbagai taktik termasuk membeli Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan memberikan tekanan dan ugutan kepada Ahli Parlimen yang disyaki tidak cenderung kepada Umno-BN.

"Jadi tak hairanlah kalau ada Ahli Parlimen Umno-BN yang difitnah dan dipinggirkan kerana dianggap tak setia kepada Najib," katanya.

Ketika ditanya mengenai pendapat yang mengatakan bahawa peranan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim yang dilihat lebih merosakkan Umno, beliau bersetuju dengan mengatakan bahawa Ahli Parlimen tersebut itu tidak bersikap bebas. Mereka sebenarnya adalah alat yang diperalatkan untuk berkhidmat kepada Umno-BN.

"Umno-BN akan terus mempergunakan mereka. Sama ada Zahrain atau mana-mana individu bebas, sebenarnya mereka telah disediakan skrip yang telah ditetapkan oleh Najib," kata Tian.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

3 comments:

  1. betoi ka kalabakan yg letak jawatan? tak kot? bayan baru kottt...??? kah kah kah kah...yahoooo...prk bayan baru la pulokkk....

    ReplyDelete
  2. sekarang adalah musim polis tembak menembak...

    mungkin polis akan tertembak zahrain agaknya...

    ReplyDelete
  3. polis nak tembak zahrain mungkin ada sebab...mungkin jj6 arahkan...tapi yang saya nampak, sharpshooter dok TEMBAK semua yang dok ada..termasok la kpn terlampauu... yah...polis babi 1mesia 1israel...

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.