Friday, May 14, 2010

Yusmadi akan lompat?

Akhirnya khabar angin yang sekian lama bertiup sepoi2 bahasa mencium pipi tembam menjadi kenyataan.

Terkini Ahli parlimen Wangsa Maju, Wee Cho Keong hari ini mengumumkan keluar dari PKR dan menjadi ahli katak Bebas.

Siapa lagi selepas ini? Adakah MP balik Pulau Yusmadi akan menyalin menjelma menjadi katak?

Adakah Anwar Ibrahim akan tingggal keseorangan menjadi wakil rakya
t PKR tunggal di P.Pinang?

Hanya ada 4 MP PKR di P.Pinang tahun 2008 tetapi Zahrain dan Tan Tee Beng telah bertukar warna menyalin kulit bertukar menjadi katak yang boleh hidup di dua alam.

Dalam Islam... katak adalah haram dimakan kerana boleh hidup di dua alam. Wakil Rakyat Bebas tapi mesra UMCO...memang sah dua alam.

UMCO akan terus memburu YB PKR yang bermasalah dengan umpan yang menarik dan lumayan. Musim pilihanraya kecil adalah musim paling sesuai katak baru akan muncul.

Broker-broker bertaburan memburu pemimpin PKR dan pimpinan A
MK Pusat mahupun Negeri tidak terkecuali diburu dan dihubungi untuk berbincang dan memberi tawaran serta projek yang agak lumayan.

Sharpshooter baru sahaja bertemu Yusmadi di Pejabat PKR Pusat Tropicana dalam mesyuarat AMK Pusat hari Ahad yang lalu.

Semasa makan selepas mesyuarat bersama Shamsul Iskandar, Yusmadi, Zulfikar dan Rahman, isu lompat ini memang kami sentuh dan bincangkan.

Terdahulu, Yusmadi adalah salah seorang yang tersenarai wakil rakyat yang akan lompat. Beliau dikatakan jarang balik ke Balik Pulau meninjau masalah rakyat. Beliau juga adalah mantan Ketua AMK P.Pinang yang terpaksa melepaskan jawatan setelah tidak mampu menyatukan AMK P.Pinang.

Beliau juga tidak dilantik menjadi ajk Pimpinan PKR P.Pinang di bawah pimpinan DR Mansor Othman. Mengapa? Dr Mansor Othman ada jawapannya.

Namun begitu Yusmadi adalah anak muda yang pintar dan banyak idea semasa dalam mesyuarat. Beliau berkebolehan dan sering diundang dalam Astro Awani. Beliau juga petah berhujah dalam Parlimen.

Cuma apa yang boleh sharpshooter katakan adalah harapan masih boleh terus diberi kepada anak muda termasuk Yusmadi kerana semua yang melompat adalah veteran bukan dari wakil rakyat anak muda.

Namun begitu, mahu tidak mahu, suka tidak suka, imej dan kredebiliti PKR tercalar gara-gara katak najis. Katak najis hidup dalam sumpahan rakyat kerana rakyat mengundi mereka atas dasar Pakatan Rakyat.

Tidak cukup dengan laugan reformasi tetapi PKR perlu lakukan transformasi demi memulihkan imej PKR yang tercalar.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

8 comments:

  1. ada buat kenduri doa selamat ka Yusmadi nak LOMPAT ni? dengaq perkhabaran nak buat di Sungei Petani? YB Johari AbduL sponsor kaa,,,??? kah kah kah kah...kasi tembak! jangan tak tembakkk...!!! piung, piung piung...tet tet tet treeeettt...kaba boom! kabooommm!!!

    mana aci buat jauh sangat kenduri tu? saya antara pengundi parlimen Balik Pulau nii...ini tidak adilll....!!!

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Teruskan perjuangan ada yang baik ini, permohonan dari saya, boleh masukkan blog saya di link anda sebagai tujuan untuk menyebarkan lebih luas lagi berita-berita yang berkaitan Islam kepada orang ramai, segala kerjasama ada akan diganjarkan dengan ganjaran setimpal dan dibanyakkan rezeki dari Allah.

    http://ustaznoramin.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. kalau ada yg nak lompat lagi rasanya bukan sekarang ni. tunggu prk lain pulak.

    ReplyDelete
  4. PRK mana pulak? PRK DUN Kedah kot? Ada peluang ka? Hmmm...

    ReplyDelete
  5. setiap yang baru perlu belajar dari pengalaman... dan pengalaman yang menjadikan dewasa...

    jika pilihanraya 2004 (kalau tak silap)... pkr hanya menang jumlah yang terlalu sedikit dibandingkan dengan parti yang lain... ini kerana calon yang ditonjolkan kurang popular dikalangan rakyat. 2008, ramai calon pkr menang kerana calonnya dikenali dikalangan pengundi.. bermaksud ada populariti dan ditambah dengan isu bn yang ditolak rakyat. Namun dimasa itu calon yang dipilih berdasarkan keakraban calon dengan pemimpin tertinggi tanpa menyelidiki latarbelakang sebenar calon seperti, harta benda, keluarga, kehidupan malah hutang piutangnya.

    Kalau dilihat dari MP dan ADUN yang melompat adalah dikalangan mereka yang mempunyai kehidupan yang meruncing, terumbang ambing, masalah perempuan, beban hutang dan sebagainya. ini hanya mengundang ruang untuk ditawarkan habuan lumayan. siapa yang sangggup dikejar dengan masalah walaupon punyai kedudukan tinggi. orang mengantuk disorongkan bantal, pasti tidak akan ditolaknya.

    Apa yang PR boleh lakukan ialah, persiapan calon untuk PRU13 lebih awal dengan membuat tinjauan, pemerhatian serta kaji selidik calon yang betul2 berkeupayaan, bersih dari masalah dan beban hutang agar ruang2 untuk dipikat tidak ada.

    ReplyDelete
  6. Kenapa yg jadi katak semuanya org PKR dan seorang saja dari DAP di Perak?

    Adakah kerana YB dari PKR ini adalah serpihan dari UMNO/BN dan mudah diumpan dengan kemewahan dan lain-lain.?

    Kenapa tak ada YB dari PAS yg menjadi katak pisang? Persoalan ini perlu dijawab dan kenapa BN mengumpan YB dari PKR saja?

    Lambat laun tinggal DSAI seorang diri terkontang kanting...seperti Semangat 46 dulu..tinggal KULI dan lama2...bubar parti S46 masuk UMNO.

    ReplyDelete
  7. din binjai bila pulak nak lompat? kalau nak lompat pun tak laku kot..

    ReplyDelete
  8. Ustaz Nor Amin...saya sudah tunaikan hajat anda...

    Hijat..yg tu kenduri arwah..

    Lang...2004 calon pkr semua kalah kecuali Kak Wan seorang saja menang di Permatang Pauh...

    Yg melompat majoriti PKR, 1 DAP di Perak dan seorang PAS di Bagan Serai, Hj Mohsin ahli PAS tetapi bertanding tiket PKR sebab itu Ahmad Awang marah sangat pada Hj Mohsin sampai solat hajat 7 malam...

    Kepada tanpa nama 1:47...pertamanya niat kena betul..kalau berjuang semata-mata kerana Anwar Ibrahim..pasti akan kecewa sebab Anwar bukan mlaikat dan dia akan mati...

    Niat perjuangan itu kena betul...yang melompat sebab niat tak betul...

    Untuk apa nak melompat...untuk fulus? Ingatlah rezeki di tangan Allah bukan di tangan UMNO...

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.