Sunday, June 06, 2010

1 Malaysia 1 Israel enggan keluar senarai barangan Israel

Pengerusi Sekretariat Ulama Asia, Ghani Shamsuddin mengecam keengganan kerajaan Malaysia mengeluarkan sebarang senarai barangan Israel yang wajar diboikot bagi menunjukkan sokongan padu kepada rakyat Palestin.

Ghani ketika dihubungi TV Selangor berkata, kerajaan Malaysia harus menyatakan pendirian tegas mereka berhubung keganasan yang berlaku di bumi Gaza.

"Memang sesuatu keganjilan apabila dari satu sudut kita menentang dan tidak menyukai keganasan Israel tetapi dalam sudut lain, kita panggil dan biayai khidmat mereka untuk memulihkan imej. Ini adalah tindakan yang sangat bertentangan," katanya.

Kata Ghani, sudah tiba masanya kerajaan Malaysia bukan hanya memboikot produk keluaran Israel sebaliknya memperketat kawalan ke atas kemasukan jenama baru dari negara Zionis itu.

Beliau kesal kerana kerajaan Umno BN tidak konsisten dalam menyatakan pendirian apabila ia melibatkan kepentingan negara Israel.

Untuk rekod, Malaysia antara negara yang menghalang rakyatnya memasuki wilayah Israel tetapi merelakan produknya berleluasa di pasaran tempatan.

Malah kerajaan Malaysia melantik Apco Worldwide, sebuah firma perunding yang diresapi anasir zionis memberi nasihat dari sudut pentadbiran.

"Kita melarang rakyat Malaysia menziarahi Israel tetapi dalam masa sama, kita pula mengundang mereka. Bukan sahaja datang tetapi memberi mereka berpuluh juta untuk khidmat mereka," katanya.

Tambah beliau, Malaysia yang mengisytihar pendirian sebagai negara Islam, sepatutnya sudah memboikot produk negara Isreal yang diketahui jelas menyalurkan kewangan kepada rejim Zionis.

"Sudah sampai masanya kerajaan Malaysia harus bersikap amanah terhadap pendirian mereka, agama dan identiti sebagai seorang Muslim - memusuhi keganasan, kezaliman, ketidakadilan dan penjajahan semua bentuk," katanya.





* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

7 comments:

  1. salam..Sudah smpai masanya ahli-ahli UMNO yg mengaku diri sebagai Islam memikirkan apakah kepimpinan parti anda patut disokong lg..Fikirkan wahai saudara ku..Kemana negara ini hendak mereka bawa??Mengapa kini mereka berdiam diri dlm isu Israel??Ini bukan lg isu politik wahai saudara2ku..Ini bkan lg isu politik..Jgn lg biarkan diri anda ditipu mereka..Ini soal pembuktian akidah mu dihadapan ALLAH..Jgn mengejar Redha manusia krn yg akan melindungi kita di mahsyar nanti adalah ALLAH,bukan kepimpinan parti..Mereka tidak mampu melindungi kamu kerana mereka sendiri menderita memikul dosa2 mereka bersekongkol dgn yahudi yg dilaknat ALLAH..Apa yg kita dpt jwb apabila saudara2 kita rakyat Palestin mendakwa kita dipadang mahsyar nanti???

    ReplyDelete
  2. pALah melalot ulama sekoq ni.
    kalu boikot cth handphone nokia mcm na nk berhubung?
    balik zaman batu berhubung pakai burung ka?
    tok sah naik kpl terbang pi haji pi mana mana kalu dah hampir smua benda kat dunia ni ada kepentingan yahudi..

    kalu btul nak boikot hang seru ahli ahli partai pas ni demo ramai2 longgok hp nokia hangpa ramai2 bakaq ka gelek ngan jentolak.kata mau boikot buat la dulu.tak pyh tunggu senarai.
    tuh negeri serambi mekah ramai rakyatnya pengusaha tembakau.kerajaan negeri dpt cukai dr company2 tembakau antarabangsa yg byknya mlik yahudi.boikot dulu penanaman tembakau kat negeri tuh.


    gila punya ulamak.

    ReplyDelete
  3. Jgn harap la puak2 ne nk dedahkan senarai barangan2 tuh coz benda2 tu suma dapat masuk ke negara ini pun melalui depa..Aku slama ne dok makan maggie pun x tau yg benda tuh mai dari Israel..Cibai + cilaka hang perbodoh rakyat bg makan produk2 depa tuh..Ne blum masuk ubat2tan kt hospital dan farmasi lg..Jgn harap k'jaan dedah senarai tuh..Kita ada bloggers utk sebarkan risalah dan senarai2 tuh..Dedah sekali nama pemegang2 saham dan yg berkepentingan dlm produk2 tuh,biar rakyat tahu siapa org yg ditengah-tengah kepayahan Palestin,dia boleh buat duit dgn Yahudi Laknatullah jd org dihormati di negara kita ne..

    ReplyDelete
  4. looo...setakat nak berhubung bli la baranagn buatan malaysia ke,china ke,jerman ke.ape masalahnye...tujuan nye boikot barangan israel bkn nye mampus pon klu boikot.klu dah bli nak buat cam ne kan.tp klu blum beli lagi kita patut la boikot.pakai otak la

    ReplyDelete
  5. sokong dawaikoko, kalu tak dak hp nokia susah nak download gambar telanjang. kalu pakai hp yg ada takwim solat tu sat lagi susah pulak nak tengok gambaq carut ye dawai?. coca cola pun tak bole nak boikot jugak. berapa juta dah orang palestine mati sbb tak boleh minum coca cola. jom ikut dawaikoko, sokonglah barangan zionis israel, jom jadi barua israel.
    dawai tak mau buat demo sokong israel ka? aku nak join skali

    ReplyDelete
  6. azmie.
    maaflah aku tak mendownload prkara yg sebutkn tuh.
    point of argument is how to replace so much products n services yg dah jadi keperluan majoriti umat islam sedunia hari ni dtg nya dr byk cmpny mnc dan tnc yg berkepentingan yahudi? ada pilihan lain kah?
    tak kan nak santak minuk jus penegang kemaluan yg byk melayu islam mampu keluarkan?

    jgn jd butA 95 peratus persenjataan umat islam hari nie dtg nya dr mana?

    sbb tu aku percaya ulama kat atas ni mangkok.

    n aku sgt2 teringin nk tgk partai yg byk ulama nie boikot perusahaan tembakau sbb clear cut benda tuh dlm kwalan depa.ka skdr suruh org islam boikot n desak partai kerajaan dgn statement2 stupid mcm ni untk cari publisiti.

    ReplyDelete
  7. Salam dawai koko+..Aku bukan ulama,tp aku dulu pon UMNO mcm hang sejak thun 1990 lg..Hang kat mana masa tuh??ke tgh isap lolipop lg?Hang masuk la lm blog2 agama pasal barangan2 Israel tuh..bc
    huraian ulama dlm memberi panduan mcm mana langkah2 nk membiokot barang2 tuh..Jgn hang nk ikut logik hang lps tuh nk tibai ikut suka & ckp mcm org x blajaq tatabahasa jer..Klu kebergantungan terhadap servis dan barangan tuh x dpt ditukar,kita terpaksa la guna juga sebab kita @ negara2 laen x da kepakaran nk replace benda2 tuh..Kan senarai tuh banyak..Hang pilih la mana yg hang rasa hang mampu nk replace..Klu hang biokot 1 dari barangan tuh pun dah memadai coz ia tetap bg efek wlwpon dgn membiokot 1 barang saja..bab minuman neh pon aku rasa hang x peka..berapa byk dh minuman cordial keluaran industri kecil tempatan dh wujud..Klu hang dok masuk 7E saja memang la x jumpa..Klu hang nk sokong kerajaan pon itu bkn masalah aku,tp hang pon kena la main peranan jugak,jgn hang nk ambik tempat malaikat plak nk kira markah ulama ka sapa2 ka..Hang nk tibai x da masalah,tp apa pula peranan hang dlm isu neh?Sebelum hang nak kata org stupid,hang cermin2 dulu kekurangan hang,takut2 hang menampakkan kebodohan hang kat org..

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.