Sharpshooter sempat menziarahi beliau di rumahnya. Susuk tubuh beliau ternyata semakin kurus manakala kakinya bengkak pula.
Di atas batu inilah setiap hari Pak Tam melakukan terapi kaki. Semoga Pak Tam cepat sembuh..Amin.
Pak Tam juga pernah didakwa kerana kononnya menganjurkan ceramah pada 24 Mei 2009 ketika pilihanraya kecil Penanti telah mengundang penceramah yang tidak ada dalam senarai permit.
Penceramah tersebut adalah Dr Mansor Othman (calon Penanti), Yb Saifuddin Nasution, YB Zuraidah, Ustaz Hassan Razak, YB Abdullah sani, YB Manikumar dan YB Gobalakrisnan. Pak Tam didakwa di tempat yang berbeza antaranya Mengkuang Semarak, Mengkuang Titi, depan Masjid Kubang Semang dan Guar Perahu.
Beliau didakwa dibawah akta Polis 1967. Jika disabit kesalahan beliau boleh dikenakan denda RM2,000.00 hingga RM10,000.00 atau penjara setahun untuk setiap kesalahan. Beliau tidak mengaku salah atas semua pertuduhan.
Beliau telah dilokap hampir 5 jam di balai polis Bukit Mertajam. Beliau akhirnya dijamin dengan setiap pertuduhan RM2,000.00. Bermakna beliau telah diikat jamin sebanyak RM14,000.00.Kes ini belum selesai di mahkamah.
Semoga Pak Tam terus tabah menghadapi segala ujian hidup dalam perjuangan ini.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
sharpshooter...
ReplyDeleteaku suggest bagi pak tam susu ALPHA LIPID.. dulu ayah aku kena gak cm ni.. sekarg alhamdulillah..
sekurang2nya membantu termampu
taip google susu ALPHA lipid
terimakasih atas cadangan..
ReplyDelete