Wednesday, June 23, 2010

Tol Jambatan Singapura turun tetapi Tol Jambatan P.Pinang mahu dinaikkan

Kadar tol jambatan Pulau Pinang akan dinaikkan dari RM 7.00 sehala kepada RM 9.40 untuk menyelaraskannya dengan jambatan kedua yang masih dalam pembinaan.

Jawapan lisan itu diberikan kepada ahli parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong apabila soalan berkenaan kadar tol untuk jambatan kedua Pulau Pinang diajukan.

Liew pada sidang media di lobi parlimen hari ini berkata, pelaksanaan yang ingin di buat adalah tidak munasabah sama sekali.

"Kadar tol yang ditetapkan untuk jambatan kedua Pulau Pinang adalah selaras dengan kadar tol yang akan dikenakan ke atas jambatan yang pertama sehingga tamat tempoh perjanjian konsesi jambatan pertama," kata Liew.

Pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang dikatakan bukan hanya memberi manfaat kepada penduduk di Pulau Pinang tetapi juga di kawasan sekitar.

Namun menurut beliau, hasrat untuk menaikkan kadar tol untuk jambatan yang pertama sebaliknya akan membebankan rakyat.

"Nampak gayanya, jambatan pertama dan kedua akan dikenakan kadar tol yang mahal dari sekarang" katanya.

Sebelum itu, dalam jawapan bertulis, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kadar tol untuk jambatan Pulau Pinang kedua adalah sama seperti di jambatan pertama sedia ada sehingga tamat tempoh perjanjian konsesi jambatan pertama itu.



Sharpshooter :- Penyokong UMNO BN tentu tidak risau dengan kenaikan tol jambatan P.Pinang, al-maklumlah bila nak naik jambatan, mereka tunjuk kad ahli UMNO atau BN saja terus dapat diskaun 90%...:-)

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

4 comments:

  1. dasar keRAJAan umno/upco....

    kera di hutan disusukan anak buaian mati kelaparan...

    rakyat singapore diutamakan rakyat 1Malaysia disisihkan....

    janji masuuuukkkk apa2 pun boleh!

    ReplyDelete
  2. tol sekupang pun haram tau... mcm LANUN tahan orang tengah jalan mintak duit.

    ReplyDelete
  3. Inilah pembalasan yg diterima oleh rakyat pulau pinang yg telah memilih kerajaan Pakatan Rakyat pada pilihanraya yang lepas.. (Pembalasan Dendam dari Barisan Najis)

    Terimalah kenyataan ini..

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.