Wednesday, July 21, 2010

Anwar wajib dilantik Penasihat Ekonomi P.Pinang

Sudah sampai masanya Anwar Ibrahim dilantik menjadi penasihat ekonomi P.Pinang. Sharpshooter amat bimbang dengan isu-isu roboh gerai di P.Pinang terutamanya gerai Melayu yang menjadi isu besar yang dimainkan oleh media arus perdana.

Isu terbaru adalah gerai Melayu yang dirobohkan berdekatan bulatan Queens Bay. Sharpshooter dimaklumkan bahawa yang diroboh adalah gerai yang baru didirikan dan yang lain akan dirobohkan selepas raya.

Bila ditanya bukankah gerai tu dulu dah lama dah dari zaman BN perintah, tak dak pula depa nak roboh pun. Jawapannya 3 persatuan dok komplen termasuk yang pengerusinya orang Melayu. Baru 3 persatuan pun hangpa dah gelabah. Pandai-pandailah bagi alasan. Katanya lagi gerai tu dah 2 tahun terima notis. Baru dua tahun...bukan 12 tahun pun..

Bila ditanya mengapa yang hangpa kalut sangat nak roboh gerai Melayu yang modal pun tak berapa besar mana pun. Gerai Melayu bukan banyak di P.Pinang. Nak sewa rumah kedai sebulan mencecah RM5 ribu di P.Pinang. Kalau di Auto City Seberang Perai sewa mencecah RM10 ribu sebulan. Ini bukan auta tetapi fakta kalau tak percaya pergilah tanya sendiri.

Mengapa tidak fokus kepada kilang-kilang haram yang bersepah dan berleluasa di P.Pinang yang ditinggalkan oleh zaman BN dulu. Di Seberang Perai sahaja ada 150 buah kilang haram. Itu sharpshooter tahulah sebab semasa jadi Ahli Majlis MPSP perkara ini ditimbulkan. Sebelah pulau tak tahulah pula kena tanya Ahli Majlis MPPP. Mengapa hangpa tak mau roboh kilang haram tetapi hangpa nak buat pemutihan yang mana kilang haram akan jadi kilang halal.

Tetapi bila mai bab gerai Melayu, mengapa hangpa tak mau buat pemutihan seperti kilang haram. Yang hangpa buat bagi tempat berniaga lain yg kadang-kadang memang tak sesuai langsung. PBT atau pemaju pula bila buat gerai, satu gerai dua meja. Nak berniaga macamana dengan dua meja? Kepala hotak hangpa.

Sharpshooter ketika menjadi Ahli Majlis, pernah MPSP mahu roboh gerai terutamanya gerai burger dan Char Koay Teaw. Sharpshooter bawa peniaga tersebut dan berjumpa dengan pengarah MPSP, bincang dan akhirnya dapat berniaga dan tidak dirobohkan. Sharpshooter bagitahu mereka, yang mana tak dak lesen, lesenkan mereka, bukan roboh gerai mereka. Lepas itu letak syarat dan peraturan. Adalah budi bicara sikit bila berurusan dengan peniaga-peniaga kecil.

Gerai di Sg Tiram juga mahu dirobohkan. Bila ditanya mengapa, katanya Guan Eng yang mahu robohkan. Mujur Hj Malik bertahan dan bergaduh dengan Ahli Majlis MPPP yang juga mahu roboh gerai. Mansor Othman kan ada, takkan dok diam kot. Bersuaralah sikit. Berani buat keputusan. Jangan sampai semua isu berbangkit Guan Eng yang jawab, isu Aminul Rashid, APCO, Batu Nisan di Pantai Bersih, Judi bola dan berbagai lagi semuanya Guan Eng yang buat sidang media sampai tenggelam pimpinan lain di P.Pinang termasuk Keadilan dan DAP yang lain. YB Chow Pengerusi DAP P.Pinang pun ramai yang tak kenal.

Guan Eng memang pemimpin yang hebat, tetapi jangan sampai yang lain tenggelam bak kapal Titanic atau kapal selam Altantuya.

Surau di KOMTAR mujur Anwar yang rasmi, tu pun ada suara sebelum ini yang suruh Guan Eng rasmi. Nak bodek pun agak-agak lah. Betul dari satu sudut mungkin kita akan kata Guan Eng bagus sampai surau pun dia rasmi. Tetapi dalam masa yang sama kita fikir juga dari sudut lain. Anwar Ibrahim kan orang P.Pinang, MP Permatang Pauh, jangan sampai lupa pula pada Anwar sebab nak bodek Guan Eng.

Sebab itulah sharpshooter merasakan sudah sampai masanya Anwar dilantik menjadi Penasihat Ekonomi P.Pinang. Orang Melayu mungkin boleh meletakkan harapan pada Anwar untuk menjaga kepentingan mereka di P.Pinang. Ini tidak bermakna sharpshooter nak bodek Anwar pula. Anwar tak perlu dibodek tetapi perlu ditegur bila ada yang tak kena. Ini budaya baru politik Keadilan. Kalau nak bodek Anwar apa beza dengan zaman UMNO dulu. Tetapi ada sebilangan besar pimpinan Keadilan dok bodek Anwar macam zaman UMNO naik menyampah tengok gelagat mereka.

Pandangan Sharpshooter untuk kepentingan Melayu di P.Pinang. Ingatlah majoriti kawasan Melayu, Pakatan Rakyat kalah. InsyaAllah dengan terlantiknya Anwar Ibrahim menjadi Penasihat Ekonomi P.Pinang, kawasan tersebut akan dapat ditawan oleh Pakatan Rakyat.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

6 comments:

  1. Brother sharp shooter.
    Kita kena consistent dalam perlaksanaan undang2. Tak boleh pilih kasih. Kalau warong2 dibiarkan dibina berleluasa ini akan memganggu ketenteraman penduduk. Adalah salah jika saudara menggunakan andaian jika peniaga2 warong tersebut and mengalami masah besar kerana tak mampu menyewa shop lots yg mahal. Ini kerana saudara lupa yg terdapat begitu banyak hawker center yg kosong tak diguna disana-sini (sewanya amat rendah). Ini adalah tabiat peniaga kecil melayu yg suka sangat buka warong tepi jalan yg banyak habuk. Saya amat sokong tindakan kerajaan yg meroboh warong2 tersebut dan tindakan YB Mansor yg todak campur tangan adalah sangat bertepatan. Ingat saudara, saya dan banyak lagi orang MELAYU PENANG menggundi PR tahun 2008 kerana PR janji untuk lebih tegas dalam isu ini. Kalau warong2 haram itu tak diambil tindakan, dan kami nampak PR tak ada beza dgn BN, kami akan undi balik BN di PRU13.
    Saudara fikir-fikirkanlah sebelum membuat kenyataan lagi.

    ReplyDelete
  2. masalahnya tak adil...mengapa berlaku perobohan terpilih...

    gerai tepi laut, satu pulau ada...gerai melayu dan cina paling banyak...

    sebagai contoh...kenapa gerai cina di pantai seperti teluk kumbar, gertak sanggul tidak mahu di roboh?

    di mana keadilannya...

    tetapi alangkah indahnya jika kita jgn terlalu gopoh dan terdesak dalam isu roboh gerai ini...

    sharpshooter bukan nak main isu perkauman tapi soal keadilan...

    masalahnya isu roboh gerai melayu ini jadi senjata besar buat umno dan bn di media perdana...

    kita kenan faham dalam MPPP dan MPSP ramai orag umno dan bn...mereka ambil kesempatan hangatkan isu ini...sambil meroboh depa akan kata ini semua guan eng yang suruh...

    kenapa tidak tumpu pada kilang haram dulu...berapa banyak kilang haram telah dirobohkan? ada ke tidak yang telah dirobohkan..?


    cuba anda fikirkan..

    ReplyDelete
  3. Brother,
    Kita kena roboh SEMUA, tak kira gerai tu melayu, ke, cina ke, mamak ke, india ke...semuanya kena roboh. Saya rasa kalau tanya kat semua pemimpin PKR, PAS even DAP sekalipun pasal policy "warong penjaja ni" semua akan cakap sama...bina warong ditempat yg tak diwartakan adalah SALAH dan kalau tak tegas dari mula ini akan jadi "out of control", kalau tanya kat pegawai kanan MPPP pun mereka akan jawab begitu sebab itulah policy yg kita gubal. Masalahnya perlaksanaan..yg dok buat enforcement ni pegawai bawah, penyelia dan penguatkuasa MPPP yg rata2 adalah..dibawah pengaruh UMNO disinilah yg jadi masalah. Yg paling logik dan senang untuk gambarkan kerajaan PR anti melayu ialah roboh warong melayu lebih banyak dan lebih dulu dari warong cina dan kemudian di war-warkan dalam media...kesannya orang melayu mengamuk...VERY SIMPLE!!
    Yg menambah masalah ni ialah pemimpin2 PR lemah, tak tegas, tak mau pantau execution pegawai bawah MPPP ni.. sampai kena sabotaj pun tak tau.
    Saya hanya penulis kerdil, tapi dapat melihat apa yg berlaku. saya amat kagum degn penulisan saudara selama ini, itulah hg saya terpanggil untuk komen topik saudara ini kerana saya rasa saudara pun dok start melatah. Saya tak kenal mana2 pemimpin PR daripada yg kecil apatah lagi yg besar tapi bagi saya LAWAN TETAP LAWAN dan akan terus pangkah bulan, roket dan mata lebam. Saudara mungkin ada connection dgn YB Mansor, YB Malik mungkin juga LGE...tolonglah sedarkan mereka, macam saya kata.... roboh semua warong haram, tak kira cina, melayu, india dan consistent dlm melaksana tanggung jawab. Boleh tak MPPP turun kos sewa hawker center kpd RM1.00 sebulan, barulah attractive untuk penjaja ni nak pindah, kalau saudara tengok, hawker center dekat pantai Seagate..70% kosong..hawker center Bayan Baru..50% kosong...Tanjong tokong...95% kosong, sungai dua..50% kosong...Padang Kota lama(dekat fort cornwalis)..70% kosong dan banyak lagi..kalau saudara ada motor, boleh pi survey tengok. janganlah bangsa kita sampai di cap "suka makan tepi parit dengan lalat dan bau hancing"!!
    Sekadar renungan.
    Salam

    ReplyDelete
  4. Masalahnya bukan tak nak pindah...tapi gerai yang disediakan tak sesuai langsung...mana mungkin boleh berniaga dengan dua meja...

    berniaga kena ada strategi...lokasi paling utama...

    kalau kita tgok tmpat-tmpat makan yang popular, hujung kampong pun orang cari...

    gerai yg maju...makanan sedap...meja banyak...tempat parking mudah..

    saya dulu penjaja kecil....orang tak pernah berniaga, dia tak tahu masalah peniaga kecil..

    soal tiada lesen boleh dilesenkan...

    cuba fikir mengapa gerai yag anda maksudkan masih kosong...

    nak berniaga macamana kalau terlalu ramai dan gerai kecil sahaja...

    masa sudah berubah...rangkaian restoran mamak wajar jadi contoh yg baik...

    masalah PBT samada MPSP atau MPPP, syarat kepada pemaju sediakan gerai untuk taman perumahan...tetapi lokasi yg dibuat gerai langsung tak strategik, ada yg dibuat tepi logi..

    pemaju terpaksa buat sebab itu syarat...dan masalah PBT bagi kelulusan walaupun tempat tak sesuai...

    inilah masalah yg bina gerai bukan org berniaga...

    mengapa sdr tak sentuh isu kilang haram...

    tkasih atas pandangan anda...sharpshooter fikiran terbuka...

    ReplyDelete
  5. Brother,
    Saya pernah tarik tangan pegawai DOE Penang bila dia buat pemeriksaan di kilang Bayan Lepas tunjuk kat dia kilang haram diseberang sungai belakang airport. Dia kata "saya akan susulkan"....that was 9 months ago brother!!Apa pun tak buat. DOE dibawah Fedral pun tak peduli. MPPP jangan cakaplah kalau soal warong haram pun tak boleh tangani, kilang2 haram ni langsung tak nampak kot? Yang ironic nya, pusat khidmat DUN Batu Maung hanya ~ 800m dari kilang haram ni..takan YB Malik pun tak nampak. Position saya tentang kilang haram ni sama dengan warong haram..it goes without saying!!
    Balik soal warong haram, kalau saudara tinjau penjaja yg bersepah di sepanjang Coastal highway Bayan Lepas (membahayakan penguna jalanraya), rata2 cuma jual goreng pisang, kelapa muda, laksa, minuman tin, saya rasa kalau mereka pindah ke lot2 dalam hawker center depan pantai Seagate, memang cekup untuk berniaga. Kalau cita2 tinggi nak buka kadai lebih besar kenapa tak ikut contah yg ditunjukkan oleh "Ismail Ikan Bakar", dia pajak 3-4 lot combined jadi ruang tu cekuplah untuk business. Penjaja2 di hawker center tu boleh form union desak MPPP buat apa2 ubah suai kat hawker center tu kalau masih lagi kurang untuk berniaga. Pokok dia, bekalan air dah tentu bersih, persekitaran dah tentu terkawal. Inilah yg sepatutnya kita perjuangkan agar kerajaan PR lain approachnya banding dengan Be-End dulu.
    Kalau saudara roda kat sungai pinang (tanjung) atau Teluk Kumbar saudara akan lihat betapa banyaknya warong2 "TERBENGKALAI" ditepi jalan. Mungkin orang melayu ni tak boleh lekang dengan pepatah "hangat2 tahi ayam", soalnya siapa pula nak bersihkan bangsal2, warong2 yg dah hampir reput dimakan anai2.. akhirnya jadi sakit mata memandang.
    Ini yg saya maksudkan, kalau nak berniaga buat cara nak berniaga... sekali lagi.... kita lihat betapa lemahnya pemimpin PR dalam menangani masalah ini.. harap saudara dengan connection to the highest places dapat panjangkan message ini kpd yg berkenaan.
    Akhir, saudara saya dan juga banyak lagi, kami beli rumah, mahal, kerja penat, bila dah balik rumah, nak istirehat, tak mahu di ganggu dengan tikus berkeliaran berpunca drp warong, tak mahu hidu bau busuk, berpunca drp warung, tak mahu pening lihat sampah yg berpunca drp warong, tak mahu bertekak bila tak dapat parking bila dikebas oleh warung dan banyak lagi.
    Baru sebentar tadi, terbaca kat akhbar The Star tunjuk penjaja cina di Bukit Mertajam buat demostrasi membantah MPSP meroboh warong mereka.. so cina pun kena juga. Tapi cina2 bukit ni lupa kalau kami yg bersesak2 dijalan raya yg berpunca dari aktiviti warung haram mereka buat demo,lebih ramai kami berkali ganda. Bukan tak bagi cari rezeki, tapi janganlah sampai meyusahkan orang lain.

    ReplyDelete
  6. salam ,hai malaysian hang pernah berniaga kat p pinang ka?kalau macam din binjai dia perna niaga ,dia tau macam mana layanan yg di terima masa zaman bn ,so lani ..............................

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.