Thursday, July 01, 2010

Suara Keadilan pertahan artikal Felda bangkrap

Oleh Norasikin Samsi

SHAH ALAM 1 Julai - Lidah rasmi KEADILAN, Suara Keadilan menegaskan pendirian berhubung laporan muka depan bertajuk 'Felda Bangkrap' pada penerbitannya minggu lalu sekaligus mempertahankan prinsip untuk terus memperjuangkan nasib peneroka Felda di seluruh negara yang semakin terancam di bawah rejim Umno-Barisan Nasional.

Pengarangnya, Dzulkarnain Taib mengulas demikian setelah menerima memorandum daripada wakil sekumpulan lebih 200 orang dipercayai peneroka Felda yang berhimpun di hadapan pejabat Suara Keadilan di Seksyen 13 di sini tengahari semalam.

Pada sidang media beliau menjelaskan penerbitan laporan itu tidak sesekali berniat untuk menyinggung mana-mana peneroka felda malah berharap nasib mereka yang ditindas mendapat pembelaan yang sewajarnya.

"Kami di Suara Keadilan berpegang teguh kepada prinsip kebenaran bagi membongkarkan segala penyelewengan yang berlaku di dalam Felda dan bukan dengan niat untuk menyinggung peneroka Felda. Malah kami mahu memperjuangan hak dan nasib mereka," katanya.

Menurutnya lagi, Suara Keadilan tidak akan menarik balik laporan berkenaan kerana apa yang dilaporkan merupakan kenyataan pemimpin KEADILAN berhubung dakwaan salah urus tadbir dalam Felda serta kenyataan Timbalan Menteri, Datuk Ahmad Maslan dalam parlimen mengenai kemerosotan rizab tunai agensi itu sejak 2004 hingga 2009.

"Sebagaimana yang kita maklum, Felda mahu mengambil tindakan saman terhadap Suara Keadilan, jadi biarlah mahkamah yang menentukan keputusannya," ujar beliau lagi.

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin menerima baik perhimpunan pihak terbabit tetapi tidak bersetuju dengan tindakan yang diambil kumpulan terbabit.

"Ini merupakan sesi rentetan yang ditaja oleh Umno-BN. Felda sepatutnya menjawab isu ini dengan jawapan yang lebih berwibawa bukannya menganjurkan bantahan sebegini.

"Malahan pihak kami telahpun menjawab surat tunjuk sebab sepertimana yang diarahkan oleh Kementerian Dalam Negeri," katanya.

Terdahulu, Dzulkarnain yang ditemani Shamsul Iskandar menerima memorandum daripada kumpulan berkenaan, diiringi kata-kata kesat dari sebahagian ahli kumpulan itu.

Bagaimanapun Dzulkarnain kelihatan tenang biarpun para penunjuk perasaan itu kelihatan emosi mencerca dan menuduh beliau sebagai tidak bertanggungjawab dan pengkhianat.

Selepas menyerahkan memorandum, polis meminta kumpulan tersebut bersurai.

Kelihatan juga peserta demonstrasi itu disediakan makanan dan minuman percuma yang dibekalkan daripada sebuah van berhampiran.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

1 comment:

  1. Sepatutnya tiap berita itu diteliti dengan akal yang waras, kira ada khabar berita yang baik kita bertanya orang lain untuk kepastian begitu juga dengan berita yang tak baik kita semak semak dan bertanya pada orang lain tentang kesahihan berita tersebut. Felda telah lama membantu peneroka dalam banyak hal terutama meningkatkan taraf hidup kaum melayu, ini memang jelas dan peneroka harus rasa bersyukur terhadap nikmat tersebut. Apa bila berita berkenaan Felda Bankerap tersiar kita peneroka harus bertenang dan tidak tidak terlalu emosional, kita tanya kenapa ada pehak yang sanggup mengeluarkan berita tersebut. tentu ada niat yang baik atau pun niat tak baik. Kita sebagai peneroka mahukan agar Felda bertambah kuat dan dengan kekuatan tersebut Felda dapat terus membantu peneroka dalam banyak bidang dan seterusnya menjadikan peneroka sebahagian dari masyarakat yang berjaya dan bersaing dengan lain lain golongan yang berjaya. Apabila berita Felda bankerap tersiar kita sebagai peneroka rasa amat susah hati dan kita mesti meminta mereka yang memegang tampuk Felda memberi penjelasan agar kita dapat penjelasan yang sebenarnya.Kita sebagai peneroka tidak sepatutnya marah pada orang yang mengatakan Felda Bankerap.Tanpa mereka kita mungkin tak tahu apa apa yang berlaku dalam Felda. Felda dan peneroka saling perlu memerlukan
    dan mempunyai kepentingan bersama.Apa apa yang berlaku pada Felda, peneroka juga akan terkena tempiasnya. Jadi kita tunggu dan lihat perkembangan seterusnya.

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.