Monday, July 12, 2010

Video Mesyuarat Agong kecoh di Sg Petani

Majlis perasmian mesyuarat agung UMNO Bahagian Sungai Petani di Hotel SP Inn kecoh apabila sekumpulan lebih 30 ahli parti itu mendesak Ketuanya, Ali Yahya, melepaskan jawatan.

Kumpulan itu yang mendakwa tidak berpuas hati dengan kepimpinan Ali mula menimbulkan kekecohan dan menjerit meminta Ketua UMNO Bahagian itu melepaskan jawatan sebaik Ali memasuki dewan untuk majlis perasmian itu yang disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang juga Ketua Penerangan UMNO Kedah.

Suasana kecoh itu berlangsung selama kira-kira 10 minit apabila kumpulan terbabit memekik bagi menyatakan rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan UMNO bahagian itu.

Suasana gamat bagaimanapun kembali tenang dan terkawal apabila wakil Badan Perhubungan UMNO Negeri, iaitu Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan Datuk Ariffin Man, meminta kumpulan terbabit bertenang dan mengambil tempat masing-masing bagi membolehkan Jamil Khir memberikan ucapan perasmian
.

Jom tengok gelagat UMNO....





* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

4 comments:

  1. keADILan, PAS, DAP dan komponen Pakatan Rakyat jangan la dok tiru aksi2 terlampau melampau AmNO ni..pada yg ada jawatan, jalankan tugas anda..jgn dok saja..

    Ubah Sebelum Parah, Ubah Demi Maruah...

    ReplyDelete
  2. kah kah kah kui kui...muka jamil baharom kecik jaa..kecut jaaa...hah, baru ada akai ahli amNO mengamokkk...hehehehe

    ReplyDelete
  3. itu amNO tuloq tadak jugaa..kalu itu presiden SeuMur Idop MIC, dah kena pecat 10-15org tuu...kekekeke

    ReplyDelete
  4. hijat..biarkan mereka...tanda2 kehancuran semakin hampir....

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.