Thursday, August 26, 2010

Benarkah Ketua AMK 3 penjuru?

Perebutan kerusi ketua Pemuda PKR (AMK) hampir pasti menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara penyandangnya Shamsul Iskandar Md Akin dan dua anggota majlis pimpinan pusat (MPP) Badrul Hisam Shaharin dan Rafizi Ramli.


Bagaimanapun, anak sulung ketua umum parti Datuk Seri Anwar
Ibrahim dan presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail -- Nurul Izzah (kiri) difahamkan tidak berhasrat merebut mana-mana jawatan kanan dalam sayap parti itu sebaliknya mahu menumpukan tugasnya sebagai ahli parlimen.

“Kalau bertanding pun mungkin hanya di peringkat cabang Lembah Pantai sahaja,” kata sumber-sumber yang dekat dengannya kepada Malaysiakini semalam. Menjelang pemilihan parti November tahun ini, pertembungan antara Shamsul dan Badrul memang sudah dijangkakan.

Bagaimanapun kemunculan kembali Rafizi – yang pernah meletakkan jawatan sebagai anggota MPP dan exco AMK pada 2004 – agak mengejutkan selepas 'ditarik' daripada dunia korporat ketika sedang meningkat naik dalam kariernya.


Pada masa yang sama, ketika kedua-dua 'lawannya' dilihat malu-malu mengumumkan hasrat mereka, Rafizi tanpa bersembungi lagi mengakui menawarkan diri bagi bertanding di jawatan itu. “Ya, saya akan bertanding jawatan ketua AMK,” katanya kepda Malaysiakini sambil menjelaskan pengumuman rasmi berhubung perkara tersebut akan dibuat pada minggu depan.

Menurut Rafizi - bekas pemimpin pelajar di United Kingdom - beliau menawarkan diri bertanding bagi memperkenalkan “model pendekatan baru” anak muda yang “bukan semata-mata bersandarkan ghairah dan semangat”.

Kumpulan 'direstui' Anwar
Secara realistik bagi memengangi pilihan raya, Rafizi berpendapat, AMK perlu pendekatan baru bagi menarik sokongan anak muda sebagai golongan penentu yang dalam masa yang sama “kurang berminat dalam politik”.
“Kita perlu melepasi (perasaan) sentimental reformasi (1998),” kata bekas pegawai kanan di Petronas Carigali Sdn Bhd dan Pharmaniaga Berhad itu yang kini bertugas sebagai Ketua Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

Beliau dikatakan akan beregu dengan ADUN Batu Caves Amiruddin Shari yang kini naib presiden AMK sebagai timbalan ketua.
Kumpulan ini yang khabarnya 'direstui' Anwar ini difahamkan disokong sekumpulan ahli parlimen muda PKR, antaranya Nik Nazmi Nik Ahmad (kanan, berkaca mata) (Seri Setia) dan Sim Tze Tzin (Pantai Jerejak).

Sementara Shamsul pula mendapat dokongan seorang lagi naib ketua AMK Khairul Anuar Ahmad Zainudin, juga seorang aktivis kesatuan sekerja yang pernah ditahan di bawah akta kontroversi ISA. “Ya, saya tawarkan diri sebagai timbalan ketua AMK bagi membantu Shamsul Iskandar (sebagai ketua AMK),” katanya kepada Malaysiakini.
Difahamkam Khairul dipilih berganding dengan Shamsul (kanan) - seorang peguam - kerana gandingan lamanya, Mohd Fariz Musa sudah melebihi umur 40 tahun.

Namun dipercayai walaupun perlembagaan baru PKR menetapkan pemimpin AMK mestilah disandang oleh mereka yang berumur 35 tahun ke bawah, tetapi ini hanya akan dikuatkuasakan pada sesi akan datang bagi mempersediakan sayap parti itu kepada “peralihan”.

Sementara itu, berbeza dengan Rafizi dan Shamsul, Badrul yang meraih populariti dengan pelbagai 'gimik' politik dan kepetahannya berceramah pula masih dilihat lone ranger atau berseorangan. Beliau yang kerap bergerak melalui Solidariti Anak Muda Malaysia - NGO yang diasaskannya - enggan mendedahkan lagi siapa gandingannya atau menawarkan diri.
“Saya tidak akan umumkannya.

Terpulanglah kepada akar umbi (untuk menentukannya),” kata Badrul (kiri, berkaca mata) kepada Malaysiakini. Menganggap pemilihan parti sebagai “urusan keluarga”, bekas guru itu berkata: “Dalam keluarga, takkanlah kita harus kata adik lebih baik daripada abang, (atau) abang lebih baik daripada adik”.

Katanya, tenaga itu lebih baik digembleng bersama bagi menumbangkan kerajaan BN. Mengulas tentang tanggapan beliau berseorang dalam PKR, sambil ketawa Badrul berkata: “Berseorangan belum tentu sunyi, berdua belum tentu tak sunyi.”

Sementara itu, walaupun hampir pasti berlaku pertembungan tiga penjuru November nanti, seorang lagi pemimpin cabang Hasmi Hashim – satu-satunya calon yang pernah menentang Shamsul pada sesi lalu, masih tidak jelas kedudukannya.


Kalah teruk dalam pertandingan lalu, Hasmi, seorang penggiat budaya dilihat masih mengintai peluangnya. “Kali ini (saya) akan dengar, timbang dan bincang dengan anggota AMK, pimpinan dan keluarga dulu,” katanya yang kritikal kepada kumpulan Shamsul dan Badrul itu.

PKR bakal mengadakan pemilihan parti secara langsung bermula dengan proses pencalonan di peringkat cabang (bahagian) lewat bulan ini, sebelum mengundi memilih pucuk pimpinan tertinggi parti itu pada November depan.


Sharpshooter : Bahang pemilihan kian terasa, ada calon yg terlalu ghairah untuk menjadi calon, ada calon yang kurang keyakinan diri mendakwa mereka calon ' restu ' Anwar dan bersandar pada bahu Azmin Ali.

Gambar sharpshooter bersama Chegu Bard dalam artikal Malaysiakini memang mengesahkan Sharpshooter dan majoriti Amk Penang bersama Chegu Bard sejak dari dulu semasa susah dan senang.

Pada pandangan sharpshooter, anak muda harus diberi peluang tentukan siapa ketua mereka. Masing-masing ada pandangan dan masing-masing ada pilihan.

Semua calon adalah penyokong setia Anwar dan terbukti Chegu Bard dan Shamsul adalah antara yang paling setia dan konsisten dalam perjuangan. Mereka berdua sanggup hadapai ujian ketika susah dan senang dan ternyata mereka lulus ujian.

Adakah pilihan Anwar semestinya tepat? contoh selepas PRU 12, YB Yusmadi adalah pilihan Anwar untuk menjadi Ketua AMK P.Pinang. Shamsul Iskandar terpaksa turun ke P.Pinang berbincang dari hati ke hati, ternyata dalam 10 yang hadir 6 menolak Yusmadi dan 4 lagi akur dengan kehendak Anwar akhirnya YB Yusmadi dlantik juga menjadi Ketua AMK P.Pinang.

Apa jadi AMK P.Pinang dibawah Yusmadi? hancur lebur AMK P.Pinang hingga akhirnya Shamsul Iskandar terpaksa pula melantik Amir Ghazali untuk gantikan Yusmadi. Inilah padahnya bila demokrasi dilacuri atau diliwati. Kita kena akur dengan demokrasi biarpun keputusan tidak memihak kepada kita tetapi itulah erti demokrasi.

Anwar kalau boleh mahukan mereka yang Profesional, ya betul.. mereka profesional dari segi kelulusan akademik atau kerjaya mereka tetapi ada sesetengahnya mereka tidak profesional dari segi gerak kerja politik.

Anwar semasa menjadi Ketua Pemuda UMNO atau Timbalan Presiden UMNO memang mudah mengawal pemuda umno dulu sebab mereka terikat dengan projek. Jika melawan alamat nak mampus...projek hilang.

Tetapi AMK bukan macam Pemuda UMNO yang begitu mudah dicucuk hidung. AMK dididik dan diajar oleh Anwar Ibahim sendiri untuk menentang kronisme dan nepotisme serta berjuang untuk menegakkan keadilan dan mengajar erti demokrasi.

Menyokong Chegu Bard tidak bermakna menentang Anwar. Menyokong Shamsul Iskandar juga tidak bermakna menentang Anwar. Inilah erti demokrasi, setiap orang berhak mengundi calon yang mereka fikir layak memimpin mereka.

Benarkah pertandingan AMK 3 penjuru? Masa akan tentukan segalanya. Sehingga saat ini ada 4 calon yang menawarkan diri untuk bertanding Ketua AMK Malaysia.

Anwar Ibrahim tetap idola anak muda dan anak muda serta rakyat penyokong Pakatan Rakyat mahu Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri jika berjaya menawan Putrajaya.

Sivagi The Boss



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

10 comments:

  1. Dari Facebook Saiful Ramli (pejuang awal Reformasi): "Isi berita sudah bagus... cuma komen peribadi agak berat sebelah... Hmmm.. Sekadar membetulkan fakta... perletakan jawatan Rafizi berlaku pada tahun 2003 sejurus selepas pembebasan sdr Ezam atas dasar protes terhadap pimpinan Ezam dalam Pemuda ketika itu yang sudah menyeleweng dari landasan perjuangan... sejurus selepas perletakan jawatan saya sebagai setiausaha.... fakta dalaman yang lain, sdr lebih mengetahui.. "

    ReplyDelete
  2. Astaghfirullahazim. Sedara ini bulan puasa, kenapa sampai ke tahap ini cara sedara memberi pendapat dan idea?

    Saya kurang senang membaca pandangan yang dikeluarkan kerana sangat sempit dan tidak matang.

    Dalam hal ini, adakah perlu dikaitkan YB Yusmadi sehingga menganggap AMK Penang HANCUR LEBUR kerana beliau. Ini adalah tidak profesional dan cara politik kampong. Apa encik tidak sedar YB Yusmadi adalah YB muda yang banyak menghabiskan masa di Parlimen membawa isu-isu dan idea-idea. This is pasal AMK, stick to the real issue.Jangan nak pangkah orang lain pulak.

    Kedua, perlukan encik pakai istilah 'diliwati' dan 'dilacuri'. Ini tak boleh diterima.

    Yang encik anti sangat dengan orang profesional kenapa? Apa orang profesional tak boleh pimpin parti ke? Apa hanya orang berdemo di jalanan sahaja yang cekap dalam menguruskan parti?

    Encik, nasihat saya hanya satu, jangan fokus kelemahan lawan, tapi encik fokus pada kekuatan insan yang encik sokong. dah alang-alang nak sokong, sokong sahaja secara terbuka. Saya orang di luar parti tgk ini sesuatu yang tidak sihat.

    Better stop now before it turns uglier.

    -Leftenan Adnan-

    ReplyDelete
  3. Aku setuju dengan Din. Anak muda harus diberi peluang tentukan siapa ketua mereka. Aku juga marah dengan sejarah yang berlaku di AMK P.Pinang. Entah darimana datangnya mamat tuh aku pun bengang.

    Dan pemilihan AMK kali ini membawa maksud yang lebih besar. Suasana sudah berubah. Dari segi dalaman, ternyata AMK amat longlai jika dibandingkan dengan zaman kitorang (era kegemilangan sebelum si laknat Ezam ambik alih). Sekarang semuanya bergantung kpda Anwar Ibrahim, dari imejnya sehinggalah gerak kerja. Macam AMK kila kena tegur barulah ada program pemuda.

    Golongan muda diluar sana plak bukan lagi anti-establishment. Mereka sokong pihak yang lebih berani bawa perubahan. Ternyatalah kita perlukan barisan yang berbeza. Maaf Sam, tapi seelok-eloknya biarlah kita beralih arah. Sam patut buka ruang kepada pimpinan baru.

    Jelas CheguBard dan Rafizi mempunyai pendekatan yang berbeza. Aku taknak cakap banyak pasal Bard sebab dia junior aku dan Din pun dah bagi komen yang cukup baik ke atas beliau. Biaq aku cite pasal Rafizi nih. Dia dah berpolitik dalam Keadilan lama dah.Hangpa yang tak kenal sebab masuk lewat. Aku tak lupa waktu demo 1998, dialah antara pemuda yang paling lantang kecam Mahathir. Aku dulu selalu jugak tulis artikel kat Free Anwar Campaign website dalam tahun 2000 macam tuh. Zaman tuh mana ada blogspot wordpress semua. Punyalah seksa kena upload satu-satu edit html. Nasiblah ada Rafizi, dan bila RPK kena cekup, dialah yang jaga website, duk bagi instruction kat reformist apa perlu buat, jangan sesekali mengalah selagi Anwar dalam penjara.

    Aku pun terkejut bila Rafizi tinggalkan Keadilan di 2004. Mungkin angkara si laknat Ezam tuh. Tapi aku akui tanpa keringat orang macam dia mungkin Keadilan dah pupus. Tapi dia dah buktikan satu kejayaan besar bahawa aktivis Keadilan bukan sahaja jaguh di jalanan, tapi mampu gegarkan dunia koprat. Pengalaman dia bukti kita bangun tepis tomohan puak2 UMNO yang katakan pemimpin keadilan cuma mampu memekik dijalanan.

    Bila Rafizi umum nak bertanding Ketua AMK, aku tambah2 terkejut. Aku mula2 tak stuju. Pengorbanan Rafizi kali ini amat besar, pasti dicerca dihina oleh mereka yang baru setaun jagung faham pasal perjuangan. Tapi bila kenangkan betapa pentingnya kita perlu bersedia, kita kena mantapkan Keadilan aku terima dengan hati terbuka. Kalau ahli2 AMK boleh melihat masa depan, yang mana kebolehan memimpin, membentuk organisasi yang mantap bagi menentang puak2 zionis UMNO bakal penentu pemerintah negara. Anak-anak muda perlu buka mata jangan terkongkong dengan politik2 lama.

    Hangpa semua mungkin tak ingat aku dah. Aku kawan Mahazalim dari zaman Reformasi.

    ReplyDelete
  4. Aku setuju dengan Din. Anak muda harus diberi peluang tentukan siapa ketua mereka. Aku juga marah dengan sejarah yang berlaku di AMK P.Pinang. Entah darimana datangnya mamat tuh aku pun bengang.

    Dan pemilihan AMK kali ini membawa maksud yang lebih besar. Suasana sudah berubah. Dari segi dalaman, ternyata AMK amat longlai jika dibandingkan dengan zaman kitorang (era kegemilangan sebelum si laknat Ezam ambik alih). Sekarang semuanya bergantung Anwar Ibrahim, dari imejnya sehinggalah gerak kerja. Macam AMK kila kena tegur barulah ada program pemuda.

    Golongan muda diluar sana plak bukan lagi anti-establishment. Mereka sokong pihak yang lebih berani bawa perubahan. Ternyatalah kita perlukan barisan yang berbeza. Maaf Sam, tapi seelok-eloknya biarlah kita beralih arah. Sam patut buka ruang kepada pimpinan baru.

    Jelas CheguBard dan Rafizi mempunyai pendekatan yang berbeza. Aku taknak cakap banyak pasal Bard sebab dia junior aku dan Din pun dah bagi komen yang cukup baik ke atas beliau. Biaq aku cite pasal Rafizi nih. Dia dah berpolitik dalam Keadilan lama dah.Hangpa yang tak kenal sebab masuk lewat. Aku tak lupa waktu demo 1998, dialah antara pemuda yang paling lantang kecam Mahathir. Aku dulu selalu jugak tulis artikel kat Free Anwar Campaign website dalam tahun 2000 macam tuh. Zaman tuh mana ada blogspot wordpress semua. Punyalah seksa kena upload satu-satu edit html. Nasiblah ada Rafizi, dan bila RPK kena cekup, dialah yang jaga website, duk bagi instruction kat reformist apa perlu buat selagi Anwar dalam penjara.

    Aku pun terkejut bila Rafizi tinggalkan Keadilan di 2004. Mungkin angkara si laknat Ezam tuh. Tapi aku akui tanpa keringat orang macam dia mungkin Keadilan dah pupus. Tapi dia dah buktikan satu kejayaan besar bahawa aktivis Keadilan bukan sahaja jaguh di jalanan, tapi mampu gegarkan dunia koprat. Pengalaman dia bukti kita bangun tepis tomohan puak2 UMNO yang katakan pemimpin keadilan cuma mampu memekik dijalanan.

    Bila Rafizi umum nak bertanding Ketua AMK, aku tambah2 terkejut. Aku mula2 tak stuju. Pengorbanan Rafizi kali ini amat besar, dicerca dihina oleh mereka yang baru setaun jagung faham pasal perjuangan. Tapi bila kenangkan betapa pentingnya kita perlu bersedia, kita kena mantapkan Keadilan aku terima dengan hati terbuka. Kalau ahli2 AMK boleh melihat masa depan, yang mana kebolehan memimpin, membentuk organisasi yang mantap bagi menentang puak2 zionis UMNO bakal penentu pemerintah negara. Anak-anak muda perlu buka mata pandang kehadapan melepasi pandangan politik2 lama.


    Hangpa semua mungkin tak ingat aku dah. Aku kawan Mahazalim dari zaman Reformasi.

    ReplyDelete
  5. alo semua..kita dok bercerita,bernostalgia 'mamat ni la bagus,mamat tu la yang hebat..'kalau kita nak ungkit semua benda2 ni,sampai bila2 pun takkan abis,kalau tulis dalam buku,mahu dekat 20 jilid tentang perjuangan dan pengorbanan masing2.camni jela,sebagai seorang yang berobjektif,kita tengok setiap calon ketua AMK ni dari sudut 'apa wawasan dan pandangan jauh diorang' dan 'apa yang mampu mereka lakukan sebagai ketua AMK yang bakal dilantik nanti'.saya sebenarnya bersetuju dengan cadangan seorang exco AMK penang,dr affi borhanuddin tentang dibuat debat presidential antara calon2 ni.kita kumpulkan semua calon2 ni kemudian kita tengok macamane idea2 mereka,wawasan mereka untuk membantu halatuju parti khususnya dan rakyat malaysia amnya.menerusi debat ni juga kita mampu menilai dan membandingkan mana yang mampu untuk diangkat sebagai Ketua AMK..AMK ni alat paling penting dalam PKR kerana organisasi ni perlu tajam dan tangkas malah perlu bersemangat waja.harusnya ia perlu dipimpin oleh individu yang mempunyai wawasan jauh

    ReplyDelete
  6. Jangan hangpa bergaduh berebut jawatan macam um-NGOK sudah la siap beratur masuk tandas sebab nak kutip ufti. Sebab semua orang tau ahli PKR nie majoritinya bekas ahli um-NGOK kan.

    Lepas bertanding nanti jangan ada yang kalah akan kecik hati a.k.a terkena sindrom kurang kasih sayang (macam SENATAK) dah membawa diri dan borang keahlian um-NGOK balik.

    Tokey blog nie dulu sebelum masuk um-NGOK ketua Cawangan um-NGOK juga ke?

    Jangan Marah Aaaaa....

    -madir-

    ReplyDelete
  7. @uhs

    Chegubard ada wawasan ka? hehe saja nyakat sharpshooter. jangan maroh nohh

    -kodiang

    ReplyDelete
  8. Semua sama baik, semua sama setia, semua sama commited dlm perjuangan. Macam pertandingan timb. presiden pas dulu...ada mat sabu merajuk? ada Husam merajuk? Tak pun!!! malah lebih garang memperjuangkan keadilan dan kebenaran dalam kapasiti masing2, adalah!! Ini contoh yg terbaik. Persetan dgn gosip2 dan cerita adu-domba nie. Pasti akan ada yg kalah dan menang... so what biasalah orang yg kalah kena sokong orang yg menang itu yg dinamakan "rapatkan saf selepas petandingan". Dah sudah jangan dok kata lagi orang itu kurang..orang ni lebih. You have the right to vote.. and get done with it. perjuangan masih jauh lagi. Jangan kerana komen2 negative banyak sgt. akhirnya menang pemilihan parti.... tapi kalah PRU13...BUAT APA??????

    ReplyDelete
  9. Din..

    Mintak tlg sat..hampa buat penerangan lebih kat Bertam dan Kepala Batas..dari sembang2 dgn member aku semalam.bunyi semacam ramai tak puas hati dgn Guan Eng..nak buat macamana duk dengan tgk tv3 suku dengan utusan meloya saja..sama jugak kat bagan dgn bagan ajam...penerangan dan informasi pakatan kat tempat2 ni memang out 100%..kalu rajin..hang wat la survey apa yg depa tau tentang aktiviti kerajaan negeri..cam bantuan sek. agama ka atau apa2 yg dilaksanakan sejak 2008..sayangla buat kerja baik..tapi info tak sampai ke rakyat...sat jadi cam hulu selangor..leceh bro..

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.