Tuesday, August 24, 2010

Bertaubatlah Pemuda UMNO - Hj Malik

Exco Pulau Pinang Abul Malik Kassim tidak akan tunduk kepada gesaan Pemuda Umno Pulau Pinang untuk meletak jawatan, sebaliknya meminta mereka segera bertaubat.

Ini kerana beliau tidak melakukan sebarang kesilapan , sebaliknya Pemuda Umno yang membawa fakta salah dalam isu penggunaan nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam khutbah.

Gesaan Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Norman Zahalan meminta Malik meletak jawatan kerana gagal menangani isu penggunaan nama Guan Eng dalam khutbah disifatkan oleh beliau sebagai pendekatan untuk mengalihkan perhatian rakyat ekoran dari kesilapan mereka membuat fitnah adal isu penyebutan nama Guan Eng dalam khutbah Jumaat itu.


Beliau yang turut menasihatkan pihak terbabit untuk bertaubat turut menjelaskan khutbah oleh salah seorang khatib, Zakaria Ahmad yang dikatakan mendoakan keselamatan Guan Eng adalah sebaliknya cuma memohon supaya Ketua Menteri Pulau Pinang menerima hidayah-Nya.

Malah menurut beliau lagi, sejak zaman Rasullah SAW lagi, sudah wujud doa supaya pemimpin bukan Islam diberikan petunjuk dan hidayah. Bagi Malik, serangan berterusan ke atas Guan Eng dibuat sebagai tindak balas berikutan Pulau Pinang menjadi negeri pertama mengharam judi bola.

Guan Eng dianggap antara pemimpin bukan Islam yang mesra dan akrab dengan umat Islam, malah membawa dasar yang menguntungkan institusi Islam di Pulau Pinang. –

FARDILLA DIN/TVSelangor



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

1 comment:

  1. Pemuda umno perlu mendesak DS Najib letak jawatan dulu kerana gagal meyekat kecurian engin jet semasa dia menjadi menteri pertahanan. Perlu mendesak Anifa Aman letak jawatan kerana gagal menangani isu kemarahan indonesia. Perlu desak, Zahid hamidi letak jawatan kerana kapal selam tak boleh selam. Perlu mendesak Hisammudin letak jawatan kerana kes Teoh Beng Hock. Perlu suruh Shahrizat letak jawatan kerana banyak kes buang bayi. Perlu suruh Muhyidin letak jawatan kerana gagal kawal pengetua sekolah bersikap rasis. Nampaknya hampir semua menteri.........Elok bubarkan saja parlimen!!!!

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.