Tuesday, August 24, 2010

Biar anak muda tentukan Ketua AMK Malaysia

Dari blog Pahang Daily Online

Kehangatan pemilihan baru barisan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kian terasa. Proses pencalonan peringkat cabang (bahagian) dijangka bermula seawal hujung bulan ini, sementara itu pemilihan pucuk pimpinan tertinggi parti pula dijadualkan pada 17 September3 Oktober depan.

Selain jawatan Timbalan Presiden yang dijangka sengit antara penyandang Azmin Ali dengan Zaid Ibrahim serta Mustaffa Kamil Ayub dan banyak lagi jawatan lain juga yang dijangka panas. Antara yang paling mendapat perhatian ialah sayap kanan parti itu iaitu untuk jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Terdapat ura-ura Ketua AMK sekarang iaitu Saudara Shamsul Iskandar Md Akin tidak akan mengekalkan jawatannya. Beliau dikatakan akan diberi porfolio baru sebagai Ketua Penerangan PKR Pusat.

Makanya, kerusi yang dikosongkan itu sudah pastinya bakal menjadi rebutan. Soalnya, siapakah yang bakal bertanding untuk jawatan itu agaknya?.

Jika benar Shamsul akan memberi laluan kepada muka baru, sudah pasti pertembungan yang bakal berlaku pasti sengit. Soalnya siapakah calon yang akan bertanding?

Chegubard Antara Calon Pilihan Ketua AMK PKR

Terdapat angin mengatakan, Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPT) Badrul Hisham Shaharin (foto) tidak menolak kemungkinan bertanding jawatan tersebut. Beliau yang merupakan Ketua PKR Cabang Rembau yang lebih dikenali sebagai Chegubard.

Ramai yang menganggap bahawa Chegubard adalah calon yang paling sesuai untuk mengambil alih kepimpinan anak muda PKR selepas Shamsul.

Beliau nampak lebih berani, berkarisma dan lahir pada zaman reformasi. Malah Chegubard dikatakan mendapat sokongan padu daripada kebanyakkan pimpinan AMK Negeri terutamanya Johor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Perak.

Kekuatan Chegubard memang sudah tidak perlu dipertikaikan lagi. Darah perjuangan kentalnya memang amat menggerunkan mana-mana pemimpin UMNO BN sejak sekian lama.

Malah, beliau antara pemimpin PKR yang banyak ditangkap akibat terlalu berani berhadapan secara "anak jantan" dengan pihak polis. Malah, kekalahan tipisnya kepada Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin ketika PRU-12 bagi kerusi Parlimen Rembau buktikan pengaruhnya amat berbisa.


Chegubard antara pemimpin muda yang berani dan kental tatkala membela
nasib rakyat biarpun terpaksa berhadapan dengan tindakan kasar polis


Soalnya sekarang, jika Chegubard bertanding maka siapakah yang akan menentangnya?. Sedangkan kita difahamkan Shamsul Iskandar akan mengosongkan kerusi tersebut.

Ini bermakna beliau bakal berhadapan dengan muka baru. Siapakah yang layak untuk berhadapan secara "gentleman" dengan Chegubard agaknya?. Inilah yang dinantikan.

Chegubard Mungkin Di Cabar Oleh Rafizi Ramli

Daripada beberapa sumber yang boleh dipercayai, kemungkinan besar Chegubard akan dicabar oleh Exco AMK, Saudara Rafizi Ramli (foto) .

Beliau yang merupakan "team profesional" dalam PKR dan kini memegang jawatan sebagai Ketua Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor dikatakan mendapat lampu hijau daripada pucuk pimpinan tertinggi PKR untuk bertanding ke jawatan panas itu.

Soalnya sekarang, jika benar Saudara Rafizi mendapat "mandat" untuk bertanding jawatan Ketua AMK maka apakah ia boleh diterima oleh anak-anak muda yang lahir pada zaman reformasi dulu?.

Rafizi adalah muka baru yang wujud selepas gelombang tersebut. Malah, ketika zaman Anwar mula-mula dipecat serta ditangkap (1998) dulu
Rafizi masih lagi menuntut di Leeds University UK dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik.

Beliau merupakan Pengurus Termuda yang dilantik sebagai Pengurus Propane Dehydrogenation Plan di MTBE Malaysia Sdn Bhd (Petronas) mulai 2003 hingga 2005. Beliau juga pernah menjawat jawatan Pengurus Kanan di Petronas Carigali Sdn Bhd pada tahun 2007 hingga 2009.

Beliau mula terlibat dengan PKR secara sepenuh masa selepas berhenti daripada Pharmaniaga Berhad pada Disember 2009 dan jawatan terakhirnya ialah Pengurus Besar. Mulai penghujung tahun 2009 itulah beliau telah dilantik sebagai Ketua Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

[Apapun, segalanya masih belum dapat disahkan sepenuhnya lagi. Apapun jika benar pertembungan akan berlaku antara Rafizi dan Chegubard, maka sudah pastilah ia agak sengit.

Tambahan pula, Rafizi masih terlalu baru dalam arus perjuangan reformasi berbanding Chegubard. Cuma, apa yang tidak sedap didengar sekarang ini bila mana terdapat ura-ura yang ada campurtangan pimpinan tertinggi PKR yang mahu Chegubard
"berkompromi" dengan Rafizi.

Jika ini berlaku, bermakna beliau hanya akan bertanding untuk jawatan Timbalan Ketua AMK Pusat sahaja. Soalnya, apakah ahli-ahli AMK di seluruh negara dapat menerima kenyataan itu agaknya?.

Inilah yang memusykilkan kita sebenarnya. Sebagai sebuah parti yang kononnya memperjuangkan amalan demokrasi, maka biarlah dua anak muda ini bertanding secara
"anak jantan".

Jika kekuatan ada pada Rafizi maka pasti dia akan menang, begitulah sebaliknya. Kita tidak mahu ada
"tangan-tangan ghaib" pula yang tergamak membuat percaturan tertentu untuk memastikan Rafizi yang lebih dianggap "profeisonal" menjadi Ketua AMK. Jika percaturan ini dibuat, maka apalah guna diadakan pemilihan?.

Lebih baik pucuk pimpinan tertinggi memutuskan sahaja siapakah yang paling layak untuk mereka angkat. Namun, semua ini hanyalah khabar angin yang masih belum dapat dipastikan lagi. Kepada Chegubard dan Rafizi atau siapa sahaja yang bertanding teruskan perjuangan dan kempenlah secara berhemah].

Sharpshooter : Dalam Face Book Sharpshooter..lontaran ayat "Perlukah calon menyorok di bawah ketiak Anwar" mendapat banyak komen yg menyokong.
Tekan di sini.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

9 comments:

  1. Ketua AMK : CHEGU BARD
    Tim. AMK : JONAH

    Dua org ini mempunyai kualiti sebagai pemimpin dan bersungguh2 dalam perjuangan menentang kerajaan BeE END.

    ReplyDelete
  2. setuju..gandingan menyengat !...

    din...
    aku boleh mengundi?...

    ReplyDelete
  3. Bila tulis pasal Petronas baru aku perasan. Rafizi nih rupanya. Teringat waktu Reformasi 98 dekat Kampung Baru beliau antara salah seorang yang bagi ceramah atas truck (antara penceramah yang lain aku ingat Dr Hatta sebab lawak dia tak boleh blah). Tengah asyik dengar kata-kata beliau yang menyengat, tiba-tiba sekumpulan FRU datang serang. Kita orang yang keliling truck apa lagi lari lintang pukang.. Nasib aku sempat sembunyi belakang gerai makan, kalau tak mesti dah kena angkut dengan blackmaria...haha zaman reformasi memang hebat!

    Tapi aku dah lebih umur tak boleh mengundi untuk AMK. Tapi bila orang lama tapi masih muda macam Rafizi bertanding, aku dapat rasa semangat Reformasi yang sebenar akan dihidupkan kembali.


    Salam Perjuangan
    -Man Ketil


    teringat

    ReplyDelete
  4. Kalau ikut komen di atas, nampak gayanya Sdr. Rafizi lagi awal di persada Reformasi berbanding Che Gu Bard. Macam mana ada misleading information kat sini.

    Kalau benar seperti komen di atas, secara generalnya sudah pasti Sdr Rafizi lagi memahami 'roh' (gist) pergerakan reformasi tersebut.

    ReplyDelete
  5. Pantherian....mu bukan ahli umno ka....he..he..

    Rafizi dahulu adalah bendahari yg pernah dilantik dalam exco Pemuda Keadilan zaman senatak sekotak Ezam.

    Lepas tu menghilangkan diri...

    Kini muncul kembali...nak bertanding bertandinglah...

    tetapi tak payahlah berkata "saya calon pilihan Anwar"

    Adakah calon pilihan UMNO ke?

    ReplyDelete
  6. kenapa pula Sedara Sharpshooter bunyi macam orang UMNO nieh?Tak baik tuduh-tuduh kalau Sdr tak tahu. Ini namanya pembunuhan karakter persis ala ala UMNO.

    Saya pengundi muda dan berharap PKR akan maju. Tapi saya kadang-kadang ragu2 dengan AMK kerana saya tak rasa AMK fulfills the aspiration of the youth. Saya ada google pasal Chegubard, he is brave dengan demo sana demo sini, but it is hard to listen ideas and policies coming from him.

    Saya pun tak kenal sangat Sdr Rafizi tapi kalau bdsrkan post sedara, beliau nampak hebat dari segi karier dan pengalaman. Apatah lagi pernah di Petronas pula dan lagi awal dalam PKR berbanding CheguBard.

    p/s: ha ha saya rasa sedara penyokong Chegu Bard tapi saya rasa sedara ter'promote' Sdr Rafizi dengan meletakkan sedikit latar belakang dia.

    ReplyDelete
  7. bagi saya nak bertanding-bertandinglah...tak payahlah jual nama Anwar...

    Saya memang penyokong setia Chegu Bard..

    Saya tak tuduh tetapi ini kenyataannya...Mengapa ada pula mendakwa kononnya ini calon pilihan Anwar?

    adakah calon yg lain tu pilihan UMNO? itu maksud saya...

    maksud saya bertandinglah secara anak jantan..tak payah jual nama anwar...semua calon adalah penyokong anwar..

    artikal ini dari blog pahang daily online...saya tulis terang di atas tu...

    ReplyDelete
  8. Ahhh....nampak gayanya isu ketua AMK semakin panas melihat kepada komen2 di atas-atas. Sedikit pendapat:

    1. Apa perlu diwujudkan komen "Perlukah calon menyorok di bawah ketiak Anwar" ? Ini menimbulkan rasa prejudis terhadap beberapa calon. Dalam kes ini pasti ditujukan kpd Sdr Rafizi secara indirectly. Apa tidak ada taktik yang lagi mulia selain daripada memburukkan calon-calon yang lain?

    2. Kalau saya jadi DSAI saya akan mengamuk besar kerana Sdr seolah-olah tidak ada rasa hormat kepada beliau dengan sesuka hati meletak nama Datuk Seri.

    3. Bertanding sebagai anak jantan? Tadi saya ada terbaca dekat Msiakini tentang berita ini. Nampak gayanya Sdr Rafizi yang paling anak jantan kerana dia sudah sahkan akan bertanding berbanding yang lain yang ala ala tunggu dan lihat dan jawapan klise "saya tunggu jawapan akar umbi". mana kejantanannya beb!kalau akar umbi dah kuat terus lah mangaku tak payah nak berkira-kira.

    Malulah kalau orang baca post mcm ini. Sebab itu saya tak sokong PKR dan malas nak mengundi.

    ReplyDelete
  9. Apa buruk sangat pernah kerja professional. Aku malas nk sentuh orang yang tak pernah kerja. Biaq fokus kat yang baguih. Banyak kelebihan orang yg sukses dalam kerjaya tapi biar aku kasik tiga

    1. Semangat berpasukan
    - Seseorang mestilah mempunyai kemahiran bukan sahaja dari segi teknikal "technical skills" tetapi juga kemahiran berinteraksi teman sekerja/ "soft skills". Kalau seseorang itu mementingkan diri sendiri atau "Self-centered", dia akan dipinggirkan dan tidak ada peluang untuk menjadi pengurus kanan. Malah lebih teruk, jika tiada semangat sepasukan maka seseorang itu akan diberhentikan kerja.

    2. Kemahiran pengurusan
    - menguruskan sumber syarikat dan juga kakitangan. Menjadi pengurus dalam sesebuah syarikat bukanlah mudah apatah jika anaka-anak buah mempunyai kepakaran masing-masing. Ragam-ragam mereka yang berlainan sinonim dengan suasana parti. Kalaulah seseorang pengurus yang selalu muncul di depan dan mengaku semua kejayaan adalah usaha dia sendiri "self-proclaim", orang bawah marah. Femes la slalu keluar sana sini, kene kipas dengan orang sama sekelilingnya. Tapi yang penting buat kerja di bawah. Orang pun tak kekok nak duk bersama-sama bezakan pengurus kanan macam membe je.

    3. Berdisplin dan dedikasi
    - sikap berdisplin memang kena ada. Kalau slalu tuang keja, mana mungkin boleh naik. Besaq kemungkinan kena buang kerja adalah. Dedikasi dengan tugas, bukti amanah dan diberi kepercayaan. Aku risau kalau orang yang tak pernah uruskan duit berjuta-juta, tiba-tiba nak uruskan organisasi baru pegang duit beribu-ribu takut kelabu mata nanti. Tapi bila dah terbukti amanah uruskan khazanah rakyat, insyallah organisasi kita akan kuat.

    Tambah pula ada pengalaman komitmen dengan parti...mantap

    -Anak Muda Simpang Renggam

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.