Wednesday, August 11, 2010

Ezam mungkin disaman oleh Wan Azizah

Pada pagi 10 Ogos 2010,di perkarangan mahkamah, pemberita Berita Harian menyatakan beliau diarahkan menanyakan soalan mengenai tuduhan Ezam Mohd Nor mendakwa kononnya saya telah menelefon beliau mengarahkan supaya menghalang lelaki mendekati Saudara Anwar.

Saya dengan tegas menafikan tohmahan jahat beliau. Ezam sengaja mereka cerita setelah beliau bersama UMNO dan tidak sebelumnya.

Saya tidak pernah menelefon beliau mengaitkan Saudara Anwar seperti tohmahan tersebut. Saya kesal kerana nafsu politik beliau tidak ada batas sehingga sanggup memfitnah saya selaku isteri dan ibu. Ternyata untuk kekal relevan sebagai alat pimpinan UMNO, kerja beliau hanya mencerca kami.

Saya telah enggan melayan sebarang kenyataan beliau yang dibuat hasil menerima upah pimpinan UMNO, walau bagaimanapun kerana tuduhan tersebut berulang dan mengaitkan nama saya secara peribadi, saya mengingatkan beliau supaya hentikan kerja fitnah yang jelas fasiq.

Sekira beliau mengulangi fitnah tersebut, saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau dan merujuk beliau ke Mahkamah dan Mahkamah Syariah.

Sekian, terima kasih.

Dr Wan Azizah Wan Ismail

Presiden Parti Keadilan Rakyat


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

9 comments:

  1. kau orang PKR munafik..kau pengkianat bangsa mu

    ReplyDelete
  2. Tanpa nama ogos 11, 7:01 pm..
    Oooo..kalau PKR? semua munafik? mana kitab hang baca? kitab 52?

    ReplyDelete
  3. Tanpa nama buat fitnah lagi!!! hang tahu ka apa dia munafiq tu? senang saja... hang tengok cermin, pasti akan nampak munafiq!!!

    ReplyDelete
  4. KAK JIJAH, UMUR KAK DAH LEWAT.JANGAN LEWATKAN LAGI...MAKA BERSUMPAH SAJA. BUKAN KENA BAYAR PUN, FREE TAK PAYAH PAKAI LAWYER BAZIR MASA DAN TENAGA. KAKAK TELAH GAGAL MENGAWAL NAFSU SUAMI KAKAK KENAPA?

    ReplyDelete
  5. Sungguh besar resiko dan ancaman bagi orang yang berdusta dalam sumpahnya, oleh karena itu Islam mengingatkan umatnya agar hati-hati dalam bersumpah dan jangan biasakan diri bersumpah. Jangan bersumpah tentang ini dan itu tanpa keperluan. Kebiasan bersumpah akan menyebabkan orang merasa tidak bersalah ketika berdusta dalam sumpahnya sehingga akhirnya terjebak dalam ancaman hadis di atas. Bahkan Allah SWT berfirman:

    “Dan janganlah kamu mengikuti orang yang selalu bersumpah, lagi hina.” (QS. Al-Qalam:10)

    Rahasia pemerintahan yang kuat atau masyarakat yang maju adalah terletak pada penegakan hukum yang adil. Sudah menjadi bukti sejarah, bahwa kehancuran umat-umat terdahulu, adalah karena tidak adanya penegakan hukum yang adil. Jika kejahatan itu diperbuat oleh penguasa, orang “kuat” atau berduit, padahal itu kejahatan besar, bahkan merugikan masyarakat banyak, hukum tidak ditegakkan. Namun jika yang berbuat kesalahan itu orang biasa, masyarakat lemah, meskipun kesalahannya kecil, segera hukum ditegakkan, dengan seberat-beratnya. Rasulullah Saw. bersabda:

    “Wahai manusia!, ketahuilah bahwa kehancuran umat terdahulu adalah karena mereka tidak menegakkan hukum dengan adil. Jika yang mencuri –berperkara- dari golongan terpandang, mereka biarkan. Namun jika yang mencuri itu orang yang tidak punya, mereka secara tegas menegakkan hukum. Demi Allah, jika Fatimah putri Muhammad –anak beliau sendiri- mencuri, pasti saya potong tangannya.” (HR. Bukhari)

    “Demi Allah” sebagai sebuah ucapan yang mengawali sumpah sering kita dengar untuk membuktikan bahwa sesuatu itu benar atau tidak benar. Sesungguhnya, Allah Ta’ala melarang sumpah dijadikan sebagai alat menipu, “Dan janganlah kamu jadikan sumpah-sumpahmu sebagai alat penipu diantaramu yang menyebabkan tergelincir kaki(mu) sesudah kokoh tegaknya dan kamu rasakan kemelaratan (didunia) karena kamu menghalangi (manusia) dari jalan Allah dan bagimu azab yang besar.” (QS. An-Nahl :94).

    Dari Abu bakar r.a, Rasulullah Saw bersabda: “Maukah kalian semua jika kuberitau tentang dosa paling besar diantar dosa-dosa paling besar ?” kami menjawab ” sudah tentu wahai Rasulullah.” lalu, sambil berbaring beliau Saw bersabda: “Pertama, syirik kepada Allah, lalu durhaka kepada orang tua…” lalu tiba-tiba Rasulullah duduk tegak dan bersabda: “yang ketiga sumpah palsu dan saksi palsu. “Rasulullah terus mengulang-ulang yang ketiga ini sampai para sahabat gemetar dan berkata: “seandainya Rasulullah diam” karena takutnya para sahabat mendengarkan kata sumpah dan saksi palsu yang diulang terus menerus oleh Rasulullah.” (Hr. Bukhari Muslim). Betapa beratnya dosa dengan sumpah palsu apalagi yang merugikan orang lain.

    ReplyDelete
  6. Tak faham sungguh aku dengan orang UMNO nie, suka sangat bersumpah. Dari orang bawah belaci UMNO sampailah ke Presiden UMNO semuanya kaki sumpah. Punya sinonimnya sumpah-sumpah nie dengan UMNO samapai akhirnya raja sesumapah pun masuk UMNO. Biarlah UMNO aka UPCO dengan sumpah-sumpah nya.

    ReplyDelete
  7. daripada nak sumpah2 tu.baik kuat kan iman lagi.ingat mati bila bila masa je.

    ReplyDelete
  8. Apa dok tunggu lagi Kak Wan !!!
    Saman je si Ezam tuu...Maruah Kak Wan serta keluarga telah dicabar..!!!
    Saman si Ezam...biaq dia ada akai!

    ReplyDelete
  9. Kak Wan takot nak saman Ezam! haha

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.