Thursday, August 19, 2010

UMNO protes sebut Guan Eng dalam Khutbah Jumaat

KEPALA BATAS: Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang memprotes penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Pengerusinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penggunaan nama ketua menteri itu dalam khutbah Jumaat dikesan sejak minggu lepas di beberapa buah masjid sekitar Tasek Gelugor, Permatang Pauh dan Jelutong.

Beliau berkata tindakan menggunakan nama ketua menteri bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat adalah di luar daripada keputusan Majlis Raja-Raja.

"Lazimnya lafaz doa bagi khutbah kedua dibacakan untuk ketua negeri atau ketua agama Islam," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang di sini Khamis.

Setakat ini tiada laporan polis dibuat berhubung perkara itu tetapi segala bukti berhubung perkara berkenaan memang ada, katanya.

Selain itu Ahmad Zahid turut mempersoalkan tindakan ketua menteri yang hadir pada majlis pengagihan wang zakat yang sepatutnya dilakukan oleh pemimpin Islam.

"Walaupun niat kerajaan negeri adalah untuk menggambarkan bahawa beliau (ketua menteri) seorang yang fleksibel tetapi mungkin ia mempunyai agenda tersembunyi bagi tujuan politik," katanya.

Ahmad Zahid berkata beliau turut dimaklumkan mengenai tindakan sebuah pusat khidmat anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) yang didakwa menyalurkan duit kutipan bazar Ramadan untuk kegunaan pusat khidmat berkenaan.

Katanya duit kutipan bazar Ramadan yang dibuka di kawasan tanah rizab masjid itu sepatutnya disalurkan untuk kegunaan masjid dan bukannya menampung kegiatan politik.

"Kerajaan negeri Pulau Pinang harus lebih sensitif dalam hal ehwal agama Islam, sekiranya mahu mewujudkan kesamarataan perlulah dengan kaedah yang betul," katanya.

Ahmad Zahid juga mengucapkan syabas dan terima kasih atas maklumat yang diberikan oleh masyarakat Melayu Pulau Pinang yang prihatin dengan perkembangan semasa di negeri itu. - BERNAMA


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

7 comments:

  1. apa salahnya doa kpd Guan Eng... daripada dok doa kat puak umno bangang tu...

    sebenarnya isu tu hanya rekaan umno semata-mata... dah taktau nak buat cerita apa... seluruh negara dan semua manusia meluat kat depa... cuba main isu perkauman la... zahid hamidi tu pun bukannya baik sangat... kadang2 ada orang kapiag lebih baik dan mulia hati daripada dia...

    ReplyDelete
  2. UMNO BENGONG DAH, MATI AKAI SEBAB KENA TOLAK OLEH RAKYAT, SEKARANG GUNA MASJID PULA UTK SERANG PAKATAN RAKYAT, DULU PEMIMPIN2 UMNO BUKAN PERNAH MAI MASJID, MAI MESJID PUN UTK TUJUAN POLITIK SAJA, NAK BAGI ZAKAT KAT ORG MISKIN DEKAT PILIHANRAYA,
    LA NI UMNO DOK PANTAU KHUTBAH JUMAAT PULA, MARAH SEBAB TAK DOA KAT SULTAN, KEKUASAAN SESEORANG SULTAN ATAU RAJA DI SESEBUAH NEGERI TU BUKAN HAK MUTLAK DIA SAMPAI HARI KIAMAT....

    ReplyDelete
  3. zahid ni tak tahu ke buat fitnah, adu-domba tu HARAM. Inikan pula dubulan Ramadhan. setahu aku dia tu anak orang alim.. apa dah jadi????

    ReplyDelete
  4. Adoi.. BANGANG TAHAP GABAN betul mamat nie. Kalau ye nak buat cerita tu buat la yang logik dan boleh diterima akal sket.Ingat khatib yang membacakan khutbah tu budak sekolah TADIKA ke?

    Cerita BODOH macam nie hanya orang BODOH dalam um-NGOK sahaja yang akan percaya.

    -madir-

    ReplyDelete
  5. Zahid hamidi... mana dia bukti tu... kami pun nak tengok/dengaq jugak....!

    saman saja UMNO/Zahid dan Utusan RM200 juta macam felda saman Seruan Keadilan... biaq depa rasa pulak... dok buat fitnah sangat...

    ReplyDelete
  6. Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
    Tidak perlu gunakan nama samaran.
    Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri....

    jgn hanya pandai bercakap....spt apa yg dicakapkan di atas...tanpa menggunakan akal yg dapat membezakan yg hak dan yg batil....

    dan yg penting biarlah bercakap dengan penuh tawaduk dan berilmu.

    renung-renungkanlah..

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.