Monday, August 23, 2010

YB Sim berjiwa rakyat

Adun Pantai Jerejak, YB SIM TZE TZIN dengan kerjasama JawatanKuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Sungai Nibong Besar telah menganjurkan Hari Keluarga di Padang Taman Sri Nibong.


Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato’ Dr Mansor Othman, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang. Menurut YB Sim, objektif program sebegini diadakan adalah untuk memupuk semangat kejiranan dan pada masa yang sama dapat mengeratkan lagi hubungan di kalangan ahli keluarga.

Masyarakat yang mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut juga terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat di mana mereka bersama-sama berkumpul di awal pagi untuk mengambil bahagian dalam program yang dianjurkan.

Walaupun program ini lebih memberi penekanan kepada golongan kanak-kanak malah, ibu bapa juga tidak ketinggalan untuk turut serta dalam memeriahkan program tersebut. YB Sim juga berpendapat melalui program ini, keakraban antara masyarakat dan wakil rakyat dapat dijalin dan ini juga merupakan prinsip utama kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang Berjiwa Rakyat iaitu mendekati rakyat secara berterusan.

Pada masa yang sama beliau juga amat teruja dengan inisiatif yang diambil oleh JKKK Kampung Sungai Nibong Besar untuk menganjurkan program sebegini dan berharap pada masa akan datang lebih banyak lagi program kekeluargaan seperti ini dapat diadakan.

Beliau juga menegaskan bahawa program-program sebegini adalah amat penting kerana ianya dapat memberi manfaat kepada semua pihak dan sekali gus merealisasikan impian kerajaan PR menjadikan Pulau Pinang sebagai habitat pilihan untuk kehidupan yang mapan dan harmoni.


YB Sim meramah mesra dengan salah seorang kanak-kanak yang menyertai pertandingan makan buah epal paling pantas.


YB Sim adalah di antara YB yang paling bergerak aktif di dalam kawasannya. Tidak salah rasanya jika Sharpshooter mengatakan beliau adalah seorang YB yang berpotensi untuk diketengahkan di peringkat Nasional.

Sehubungan dengan itu, Sharpshooter bersama AMK P.Pinang akan memberi sokongam yang tidak berbelah bagi sekiranya YB Sim bertanding sebagai calon Naib Ketua AMK Malaysia.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

4 comments:

  1. Tahniah kepada penganjur. Program yg macam ini yg kita sgt2 perlu untuk di perluaskan lagi di semua DUN and Parlimen PR. Harap2 YB yg lain2 tu dapat ambil contoh.
    Satu lagi sumbagan PR Di DUN Batu Maung yg saya nak muatkan disini ialah dengan usaha YB Malik, jalan belakang airport (Ban road)kini selegengarakan dengan cekup memuaskan. Yang terakhir, palang pengidang didirikan menghalang kenderaan berat daripada mengguna jaln tersebut, lantas memastikan keselamatan penguna. Permintaan yg sama pernah di suarakan kepada bekas ADUN Batu Maung Mansor (UMNO/BN) tapi tak ada sebarang tindakan sehinggalah beliau tewas kepada YB Malik di PRU12 yg lalu. Saya percaya puluhan ribu yg berkerja di FTZ fasa 4, Bayan Lepas akan kenang YB Malik bila tiba PRU13 nanti.

    ReplyDelete
  2. saya setuju dgn anda..YB malik adalah YB yang rajin turun kawasan...ini diakui oleh org umno sendiri...

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas sokongan. Ini adalah tugas saya seorang wakil rakyat. Kalau ada sokongan yang padu, saya sedia bekerjasama dengan pimpinan AMK baru untuk membawa agenda perubahan, tanpa mengira jawatan. Terima kasih. Sim

    ReplyDelete
  4. hidup yb sim...amk penang sentiasa bersamamu bukan sebab semangat kenegerian tetapi soal kredibiliti, komitmen dan ketrampilan YB Sim yg wajar dipuji..

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.