Tuesday, September 14, 2010

Adakah anda setuju Anwar dan Wan Azizah jadi Presiden dan Timbalan Presiden?

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini menyatakan sokongannya kepada sekumpulan pemimpin akar umbi PKR Selangor yang mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadikan presiden parti itu manakala presiden sekarang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dijadikan timbalannya.

Khalid memaklumkan pendiriannya itu pada satu majlis yang beliau hadiri di Klang yang dianjurkan oleh Majlis Muafakat Kepimpinan Keadilan Selangor.

Kumpulan itu yang muncul minggu lalu dengan kebanyakan pemimpinnya terdiri daripada ketua-ketua di cabang PKR mahu gandingan Anwar dan Azizah menerajui PKR.

Jika ini tidak dapat dilaksanakan, kumpulan itu mahu Azizah dan timbalannya Syed Husin Ali dikekalkan jawatan mereka.

Dalam ucapannya kepada kira-kira 120 pemimpin akar umbi, Khalid berkata adalah penting bagi PKR mengamalkan demokrasi, tetapi adalah lebih penting bagi memastikan pemimpin yang berupaya dipilih.

Beliau mengibaratkan usaha kumpulan itu sebagai satu bentuk musyawarah yang diadakan selepas kemangkatan Nabi Muhammad SAW oleh pengikutnya untuk memilih seorang pemimpin baru dengan tujuan mengelakan saingan yang tidak menyihatkan.

Sharpshooter :- Nyatakan pandangan anda dengan mengundi di blog sharpshooter.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

7 comments:

  1. din, mati hidup balik pun aku tak setuju...

    ReplyDelete
  2. Selama ini pun mrk berdua..! Cuma ramai tak perasan..! Anwar, Ketua UMUM dan Kak Wan, Presiden. Oleh kerana Ketua UMUM tiada dlm perlembagaan... Nobatkan saja Anwar Pres. Kalau Nepotisme...kenapa dulu tak kata nepotisme..!

    ReplyDelete
  3. Selama ini pun mrk berdua..! Cuma ramai tak perasan..! Anwar, Ketua UMUM dan Kak Wan, Presiden. Oleh kerana Ketua UMUM tiada dlm perlembagaan... Nobatkan saja Anwar Pres. Kalau Nepotisme...kenapa dulu tak kata nepotisme..!

    ReplyDelete
  4. tak setuju..

    bukan sebab atas nepotisme ke hape ke..

    lebih baik naikkan orang lain..popularkan yg lain..kalau sepasang suami isteri ni aje..kalau diorang dah tak de..habislah PKR..

    sbb apa..orng cite pasal PKR..orng akan tau Anwar ngn Azizah..dah tu beberapa yg lain..ada ke orng kenal yg jadi ADUN ke EXCO ke? MP ke?

    takkan PKR nk stop apabila suami isteri ni dah KO???

    ReplyDelete
  5. Ini parti PKR atau parti tupperware? Kot parti tupperware gasak demer sapa nak jadi presiden dan timbalan presiden.

    Masa baru kena tendang dari ameno dulu DSAI selalu kutuk cronyism dan nepotism Mahazalim. Now takkan nak jadi cakap tak serupa bikin. Sudah tentu beliau tak akan buat gitu. Setakat anak jadi MP dah cukup le.

    ReplyDelete
  6. masing2 punya pandangan dan pendapat...tinjauan blog sharpshooter, undi tidak setuju lebih 4 undi sahaja dari yg bersetuju...

    Masa akan tentukan segalanya..

    ReplyDelete
  7. Aku pn xsetuju..Eloklah anwar kekal sbg Ketua Umum kerana die adalah simbol parti..kekalkan kak wan sbg presiden, cuma sila angkat martabat dr syed husin sbg timb ketua umum kerana pd pndangan aku beliau juga adalh simbol parti dimana syed-anwar adalah org yg brtnggngjwb mencantunkan pkn & prm.

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.