Monday, September 27, 2010

Alahai Zaid...makin banyak bicara makin terserlah apa yg tersirat..



Perkembangan yang berlaku dalam pemilihan pucuk pimpinan parti itu menunjukkan PKR masih belum matang dalam mengamalkan ideologi yang didukungnya, kata Datuk Zaid Ibrahim. Keadaan itu, kata beliau yang juga ketua PKR Wilayah Persekutuan, antara lain, boleh dilihat apabila terdapat kalangan pemimpin yang bergabung untuk menentang beliau dalam kempen kali ini.
"

Jika anda kata ini adalah parti terbuka (dengan) proses yang demokratik, kenapa ada pemimpin yang berkempen menentang saya? "Dan inilah orang yang mendakwa mereka mahukan perpaduan (tapi kata) jangan cabar kepemimpinan.

Tapi mereka masih bergabung, mereka adakan sidang akhbar, mereka kata 'orang ini tidak setia, kesetiaan mereka dipertikai.' "Adakah saya persoalkan kesetiaan sesiapa? (Isu) kesetiaan telah ditimbulkan, jadi saya pula bertanya, kesetiaan kepada siapa?

Jika anda setia kepada reformasi, perubahan dan menegakkan keadilan, saya rasa ianya satu persoalan yang penting. "Adakah mereka setia kepada perkara ini juga?" soalnya lagi dalam satu wawancara dengan Malaysiakini. Berita lanjut di sini.

Sementara itu MSO dalam blognya menulis DALAM akhbar Mingguan Malaysia terbitan Utusan Melayu hari ini ada menyiarkan temuramah Zaid Ibrahim yang menyentuh khusus mengenai isu perebutan jawatan dalam PKR khasnya mengenai perebutan jawatan timbalan presiden PKR yang akan tertumpu kepada beliau dengan Mohamad Azmin Ali. Wakaupun ada seorang lagi calon Mustafa Kamil Ayub tetapi perlawanan hakikatnya kini adalah antara Zaid dengan Azmin.

Saya sedikit terkejut dan tidak sangka kalau Zaid memilih media itu untuk dijadikan wadah baru kempennya.

Saya juga seorang terbuka dan berpegang kepada profesional. Tetapi bagi saya sikap terbuka dan liberal Zaid dalam memilih akhbar berkenaan untuk meluahkan perasaanya dan sedikit sebanyak menjelaskan hasratnya bertanding tidak begitu tepat dan boleh memberi kesan negatif kepadanya juga.

Zaid mungkin dapat meluahkan segala hajatnya, atau tidak mempunyai media lain untuk berbuat demikian maka beliau perlu menerima akhbar berkenaan. Tetapi sepatutnya sebelum beliau menerima akhbar berkenaan beliau seharusnya menghitung dulu apakah kesediaan untuk diinterviu oleh akhbar itu memberi keuntungan kepadanya atau pun tidak. Beliau juga sepatutnya pandang belakang melihat apa yang telah akhbar itu lakukan kepadanya dan juga partinya itu. Berita lanjut di sini.

Sharpshooter :- Sharpshooter setuju dengan Sivagi The Boss yang tidak mahu pegang jawatan Presiden buat masa sekarang, biarlah Wan Azizah menjadi Presiden buat masa kini.

Apa jaminan bahawa Anwar tidak akan masuk penjara semula. Kita semua tahu kaki Anwar sebelah di penjara. UMNO apa cara juga pasti mahu Anwar terpenjara semula sebab mereka tahu kesannya bila tiba pilhanraya jika Anwar masih bebas.

Mengapa Zaid terlalu mendesak Anwar untuk pegang jawatan Presiden? Dan perkara ini disambut oleh mantan-mantan setan Keadilan dan juga pemimpin UMNO. Mengapa mereka beriya-iya mahukan Anwar jadi Presiden. Sejak bila mereka sokong Anwar. Mengapa mereka terlalu sibuk mencampuri urusan Keadilan dan mahu Anwar jadi Presiden?

Sifirnya mudah...sebab mereka tahu Anwar akan dipenjarakan semula. Bayangkan jika Anwar terpenjara semula sudah pasti Timbalan Presiden yang akan berkuasa. Ini tidak bermakna kita mahu nafikan hak Timbalan tetapi buat masa sekarang biarlah Presidennya Wan Azizah.

Jika kes Anwar sudah benar-benar selesai, Keadilan boleh mengadakan Kongres Khas untuk melantik Anwar menjadi Presiden baru Keadilan. Kesabaran dan kematangan amat diperlukan dalam hal ini.

Ya... sharpshooter bersetuju jika ada orang mengatakan Keadilan perlu bersedia melakukan sekali lagi reformasi dalam parti.

Mahu tidak mahu, suka atau tidak suka, kita terpaksa mengakui bahawa Keadilan ditubuhkan untuk membela Anwar pada asalnya. Tetapi setelah Anwar bebas, Keadilan sudah jauh memperluaskan perjuangannya hingga diterima oleh rakyat dari Perlis hingga ke Sabah.

Keadilan kini dilihat sebuah parti yang berkembang pesat hingga ia menjadi mimpi ngeri buat umno dan B-End. Sebab itu proses pemilihan dalam Keadilan sekarang menjadi perhatian serius oleh umno dan b-end. Sharpshooter tidak nafikan ada kelemahan dalam proses pemilihan yang buat kali pertama diadakan sistem satu ahli satu undi, tetapi ia boleh dan akan diperbaiki kelemahannya.

Belajar dari kelemahan dan kesilapan adalah jalan dan cara terbaik menambah baikkan untuk parti.

Di Cabang Bayan Baru sebagai contoh, sharpshooter lihat ada ramai yang sudah keluar parti pun hadir semasa pemilihan baru-baru ini. Untuk apa mereka datang dan yang paling sedihnya mereka ini mendapat undangan dan sokongan dari orang kuat Zahrain Katak yang masih bermaharajalela di P.Pinang. Bertambah parah mereka ini mendapat sokongan dari Pak Senator P.Pinang dan pimpinan atasan P.Pinang. Sambungan citer ini akan sharpshooter terbitkan

Berbalik kepada citer Zaid dan Azmin Ali, pada sharpshooter, Zaid tidak sepatutnya cepat melatah manakala Azmin pula dilihat kurang bijak dan gelojoh serta rakus bila menggunakan Ahli Parlimen yang diketuai oleh MP Teluk Kemang dan YB di Dun Selangor untuk menyatakan sokongan kepadanya. Kemudian ada yang menafikannya, tidakkah ini memalukan sedangkan ketika itu Senator Syed Husin belum membuat keputusan rasmi samada mempertahankan jawatan Timbalan atau memberi laluan kepada muka baru.

Ya..memang Azmin Ali adalah calon pilihan Sivagi The Boss dan Rafizi juga adalah calon pilihan Sivagi The Boss untuk Ketua AMK tetapi adakah calon Sivagi The Boss akan menang? Adakah jika tewasnya calon pilihan Sivagi The Boss bermakna ahli Keadilan menolak Sivagi The Boss? Jawapannya sudah pasti tidak. Mereka hormat dan menyokong sepenuhnya Sivagi The Boss tetapi dalam masa yang sama mereka tidak bersetuju dengan "TANGAN GHAIB SIVAGI THE BOSS".



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

10 comments:

  1. Din satu pandangan yang bernas ... Aku juga setuju Sivagi The Boss tidak boleh campurtangan dalam pemilihan pemimpin... tapi sebagai penasihat, Sivagi boleh menasihat... Kalu nak lawan,lawanlah ... tapi janganlah letak calon yang sakit, carilah yang sihat ... sebab calon yg menang akan mengalas harapan rakyat ... berat tanggungjawab tu Din !

    ReplyDelete
  2. Zainal Abidin Bin Abu BakarTuesday, September 28, 2010 1:37:00 AM

    Salam sejahtera & salam perjuangan, hal beginilah yg telah kita suarakan acapkali di peringkat cabang, negri & pusat. tak dinafika bhw kekuatan parti akan lbh terserlah dgn bertmbhnya bilangan anggota tetapi harus diingat & waspada krn kita tiada suatu bentuk mekanisme ampuh menapis golongan yg boleh kita sebut sbg Kuda Trojan. Sayugianyalah sahabat2 yg berupaya membawa mesej kpd kepimpinan bhw kita tidak harus merasa selesa dgn kemenangan 4 buah negri & kelihatannya rakyat semakin condong ke arah kita.
    Tiada perkataan selesa atau puashati dlm kamus pejuang. Perjuangan KEADILAN telah wujud lama dulu sblm wujudnya Parti KEADILAN Rakyat di M'sia. Di sini musuh utama kita ialah Be End UPCO, itu musuh yang terang nyata bg kita. Namun musuh sebenarnya ialah musuh yang di dalam 'rumah' kita sendiri.
    Amat benar sekali perjuangan KEADILAN kita ini bertitik tolak dari kes pemecatan & mengaibkan DSAI. Rakyat berbilang etnik berbagai lapisan sosio bangun membantah & berani meredah. Ini fakta sejarah yang tidak mungkin akan terpadam. Kini KEADILAN terkehadapan menerajui & memperkasakan demokrasi.
    Awas! Usah sesekali merasa selesa. KITA tidak harus merasa selesa kerana ia melekakan KITA. Waspada, berhati-hati, peka & siap siaga kerana musuh ada di mana-mana waima di dalam 'rumah' KITA. Sekecil-kecil api bisa memarak & membakar 'rumah' KITA sekaligus meranapkan impian murni untuk KEADILAN RAKYAT MALAYSIA.

    ReplyDelete
  3. Zainal Abidin Bin Abu BakarTuesday, September 28, 2010 1:37:00 AM

    Salam sejahtera & salam perjuangan, hal beginilah yg telah kita suarakan acapkali di peringkat cabang, negri & pusat. tak dinafika bhw kekuatan parti akan lbh terserlah dgn bertmbhnya bilangan anggota tetapi harus diingat & waspada krn kita tiada suatu bentuk mekanisme ampuh menapis golongan yg boleh kita sebut sbg Kuda Trojan. Sayugianyalah sahabat2 yg berupaya membawa mesej kpd kepimpinan bhw kita tidak harus merasa selesa dgn kemenangan 4 buah negri & kelihatannya rakyat semakin condong ke arah kita.
    Tiada perkataan selesa atau puashati dlm kamus pejuang. Perjuangan KEADILAN telah wujud lama dulu sblm wujudnya Parti KEADILAN Rakyat di M'sia. Di sini musuh utama kita ialah Be End UPCO, itu musuh yang terang nyata bg kita. Namun musuh sebenarnya ialah musuh yang di dalam 'rumah' kita sendiri.
    Amat benar sekali perjuangan KEADILAN kita ini bertitik tolak dari kes pemecatan & mengaibkan DSAI. Rakyat berbilang etnik berbagai lapisan sosio bangun membantah & berani meredah. Ini fakta sejarah yang tidak mungkin akan terpadam. Kini KEADILAN terkehadapan menerajui & memperkasakan demokrasi.
    Awas! Usah sesekali merasa selesa. KITA tidak harus merasa selesa kerana ia melekakan KITA. Waspada, berhati-hati, peka & siap siaga kerana musuh ada di mana-mana waima di dalam 'rumah' KITA. Sekecil-kecil api bisa memarak & membakar 'rumah' KITA sekaligus meranapkan impian murni untuk KEADILAN RAKYAT MALAYSIA.

    ReplyDelete
  4. Salam
    mereka2 yg mendesak DSAI jadi presiden PKR, adalah mereka yg memperjuangkan agenda umno. You are absolutely right Din. There is big possibility yg DSAI will be back in prison. Imagine this.... katakan DSAI dah di pilih jadi president, lepas tu di dapati bersalah dan di penjarakan and not long after that PRU 13. Ada 2 kemungkinan...1) bukan PKR saja malah PR mungkin kalah teruk sebab fitnah akan dtg macan tsunami dari semua saluran media yg mungkin sukar di tangkis olen pemimpin2 yg masih ada pada masa tu 2) demonstrasi besar2-an yg akhirnya akan digunakan oleh umno untuk haramkan bukan saja PKR malah PR sekali gus...itulah idaman pemimpin2 umno.

    ReplyDelete
  5. bila DSAI bertanding presiden dan klu DSAI ke penjara maka timbalan akan ambil alih , cuba bayangkan timbalan itu zaid ibrahim yg beria2 menyuruh DSAI bertanding!!

    ReplyDelete
  6. kah kah kah!
    pada muka PKR! asal siapa sahaja yang kaya dan ada nama nak masuk parti, terima dan junjung. PKR dah jadi sama sperti Tong Sam Pah.
    Lihat latarbelakang mereka semasa dalam UMNO dulu, kalau kaki auta dan putar alam, masuk dalam PKR pun akan jadi auta dan putar alam.
    Yang di P.Pinang dulu pun kaki putar alam dalam UMNO, apa jadi bila masuk PKR, kemudian keluar PKR. Ingat kaki putar alam percaya sangatkah kepada kesetiaan dan persahabatan.
    Yang asal dari Kota Bharu dah mula buat onar, akan lebih jelas onarnya bila kalah, ingat! kalau menang pula lebih bahaya onarnya, semua ini adalah bacaan sejarah lepas. Kalau rasa tak percaya tanya aje pada orang di KB.
    Ingat musuh dalam seluar dalam amat merbahaya, tak kena gaya bini pun akan lari.

    ReplyDelete
  7. pandangan zaid betul juga dan khusus dari sudut organisasi. kalau sivagi the boss masuk dalam itu bukan isunya, sebab ramai pak nujum dah bersuara. isunya, tatasusila berorganisasi. ini bukan parti sivagi sorang. kenapa perlu ada caveat untuk dirinya? ikutlah due process sebuah organisasi. kalau perdana menteri boleh dipangku jawatannya, kenapa jadi masalah kalau sivagi the preiden terpenjara? seperti reformasi dahulu, pas dan dap datang membantu merapatkan barisan perjuangan. kita pasti kelamkabut kalau sivagi masuk dalam sekali lagi, dan ini bukan alasan yang diterima ahli dan penyokong pkr yang lain. takkan sharpshooter dan geng2 saja yang betul dalam hal ini? takkan zaid silap dalam 'mendesak'anwar bertanding jawatan yang tak ada komplikasi seprti sebelumnya? habis, apa yang nak diceritakan konon pakatan akan ke putrajaya kononnya kalau pkr sendiri masih terkial-kial dengan isu sivagi the boss akan masuk dalam dan tak patut bertanding? slogan 'cakap serupa bikin'dah boring pun orang dengar. melainkanlah pkr ada isu lebih besar dan rahsia sivagi dan teamnya.

    ReplyDelete
  8. kah kah kah!
    brother atas, yg bernama tanpa nama, dengar sini baik-baik,

    Yang bising ini pasal apa?.
    Bising ini pasal Zaid nak bertanding Tim. Presiden PKR. Bila dia nak bertanding mesti lawan, bila dia lawan, orang yang tak menyokongnya mesti diperkenakan. Mungkin Anwar tak menunjukkan bahawa beliau sepatutnya disokong, maka Anwar turut diserang. Ini telah berlaku bila dua tok Syed diserang, salah seorang dikatakan Nyanyu@Nyaknyuk.

    Kalau Zaid tidak nak bertanding Tim Presiden adakah masalah bising?.
    Jawapannya tidak, sunyi sepiiii!.

    Kenapa jawatan ini dikatakan jawatan yg paling panas, sedangkan jawatan ini tidak mempunyai apa-apa kuasa (mengikut pendapat Zaid)?.
    Kerana terdapat keraguan di antara kebanyakan ahli-ahli PKR mengenai kesetiaan Zaid kepada parti.

    Adakah keraguan ini berasas?.
    Besar peratusnya berasas, kerana keahlian beliau terlalu muda dan terlalu awal untuk berada dipuncak, bahkan beliau tidak pernah diuji dengan apa-apa ujian.
    Keadaan ini juga mungkin disebabkan beberapa ahli parlimen PKR yang telah keluar parti baru-baru ini, mereka ini semuanya pernah menjadi putar alam dalam UMNO, kemudian menyertai PKR.

    Tapi perkara ini tak mungkin berlaku jika Zaid menang?
    Berlaku tidak berlaku tiada siapa yang tahu. Tapi Chandra Muzafar telah melakukannya. PKR bertindak bijak jika mereka berhati-hati. Kata orang :"menyesal dahulu pendatang, menyesal kemudian menangislah kak Wan.

    Pebualan saya yang tiada nama dgn pokok kayu yang juga tiada nama.

    ReplyDelete
  9. masalahnya kenapa perlu zaid pergi ke utusan meloya?

    adakah beliau sudah tiada ruang untuk bersuara....

    mengapa pergi ke utusan meloya..untuk apa?...ahli keadilan boikot utusan meloya?

    ReplyDelete
  10. baru cuit terus melompat bersilat nampak tanpa nama2 ni ..haha. tebal lagi akai gerombolan hang pa2 ni ..

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.