Monday, September 27, 2010

Anasir luar parti cuba sabotaj pemilihan Keadilan

Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) merumuskan permasalahan yang berlaku di beberapa cabang tertentu semasa proses pemilihan minggu lepas berpunca daripada tindakan subversif kumpulan individu bukan anggota parti yang mahu memberi tanggapan negatif terhadap keupayaan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) untuk mengendalikan pemilihan.

Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution Ismail berkata JPP sedang menyemak dan meneliti laporan terperinci yang dikemukakan pengawas pemilihan yang bertugas semasa pemilihan di cabang-cabang terbabit.

Di samping itu, JPP katanya akan menimbang aduan dan rayuan dari anggota parti bersangkutan proses pemilihan dan perjalanan mesyuarat agung tahunan cabang (MATC).

"Satu perkara yang amat memberangsangkan ialah keghairahan luar biasa anggota parti untuk mengambil bahagian aktif dalam proses pemilihan parti, meskipun KEADILAN baru memperkenalkan sistem pemilihan langsung sebagai langkah memperkasakan demokrasi di dalam parti.

"Kita yakin natijah pelaksanaan kaedah "One Person One Vote" adalah satu keputusan yang tepat lagi mengukuhkan parti dari segi jangka panjang dalam proses pendidikan demokrasi kepada rakyat," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat parti di Tropicana pagi tadi.

Saifuddin juga mengesahkan terdapat elemen atau anasir luar parti yang melakukan tindakan provokasi seperti memecahkan peti undi, menabur kertas undi dalam hujan dan seterusnya beredar dari lokasi pemilihan.

"JPP mengesahkan wujudnya elemen provokasi, apa yang berlaku, sama sahaja coraknya, iaitu ambil kotak undi, pecahkan dan kemudiannya tabur kertas undi dan beredar tinggalkan dewan mengundi. Itu yang berlaku di Klang dan di Kapar, coraknya sama.

"Selepas kita tengok 'footage video' kejadian itu berulangkali, kita mensyaki dan kita mempunyai sebab mempercayai bahawa tujuannya hanya untuk provokasi," jelas beliau.

Beliau juga menyanggah dakwaan sesetengah calon yang bertanding kononnya JPP tidak bertindak adil dan cuba menyebelahi calon yang merupakan ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri.

"Kita dengar dakwaan itu, kalau benar dakwaan itu, YB Telok Kemang tidak kalah, YB Elizabeth juga tidak akan kalah, YB Lim Soo Nee di Kulim juga tidak akan kalah atau pun pemimpin yang lebih senior seperti Mustaffa Kamil Ayub pun tidak akan kalah kerana JPP akan tolong mereka.

"Antara dakwaan dan realiti, ternyata berbeza, ada ahli yang berhormat menang dan ada juga yang kalah, jadi dakwaan kononnya JPP mengambil sikap berpihak dengan sendirinya tertolak," tegasnya lagi.

Sehubungan itu Saifuddin berkata JPP memberi jaminan akan cuba meminimumkan permasalahan berkaitan proses pimilihan apabila 39 cabang mengadakan mesyuarat agung hujung minggu ini.

Sementara itu, Saifuddin memaklumkan kepada media, daripada 166 cabang yang mengadakan MATC, 96 peratus atau 159 cabang telah berjaya menyempurnakan mesyuarat agung dan pemilihan pimpinan cabang masing-masing.

Manakala 7 cabang daripada jumlah tersebut tidak berupaya meneruskan proses pemilihan dan mesyuarat agung ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan diputuskan oleh JPP.

Ini termasuk cabang-cabang Klang, Kapar, Petaling Jaya Selatan, Kuala Langat, Jerai, Merbok dan Kuala Nerus.






* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

3 comments:

  1. Saya sgt suprise bila pengurusan PKR menunjukan reaksi "suprise" tentang kejadian begini berlaku, lantas menuding jari sabotage dari pihak luar. Sepatutnya telah boleh dijangkakan... even budak sekolah pun tahu yg pemilihan PKR adalah peluang terbaik untuk memporak-perandakan PKR, yg lebihnya tahulah utusan meloya dan berita hairan nak "handle". Kenapa pengurusan PKR tak beri perhatian kat isu2 keselamatan??? Ini yg menghairankan!!! Those ballot boxes should be protected by arm sucurity guard.
    Hampir pasti video2 huru-hara ni akan di mainkan di TV mejelang PRU13....message dia amat mudah...ini ke parti yg patut di beri kepercayaan memerintah?

    ReplyDelete
  2. kena belajar dari kesilapan...dulu kita pernah cadang pada anwar...sekurang2nya dua tahun jadi ahli keadilan baru boleh bertanding jawatan dalam parti,,,tapi anwar tak setuju..inilah akibatnya..geng bn masuk buat kacau...india bekas mic, cina bekas mca dan gerakan dan melayu bekas umno...

    yg masuk lepas 2008 lagi parah...mereka ini ada yg oppurtunis...

    ReplyDelete
  3. Betul 3X. DSAI must "hands-off" on party administrative stuffs.

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.