Saturday, September 18, 2010

Jangan lepaskan Debat Calon Ketua AMK Pusat malam ini.


Tarikh: 18 September 2010

Tempat: Taiping Golf Resort

Masa: 8.30pm-11.30pm

JAWATANKUASA PENGANJUR
Debat Calon Ketua AMK Pusat Sesi 2010-2013

PENAUNG
YB Abdul Yunus Bin Jamhari
Ketua AMK Negeri Perak

PENASIHAT
Mat Saman Kati@MSK
Pengerusi/Founder UREKA

PENGERUSI
Ahmad Zakuwan Bin Othman Zailu
Aktivis UREKA

TIMBALAN PENGERUSI
Khairul Azman Bin Ahmad
Addy Sham Bin Jaafar

SAMBUTAN/PROTOKOL/KUDAPAN
Abdul Halim Bin Sabu
Yusmizan Bin Md Yusof

PENDAFTARAN
S. Thanga & Lau Tek Hai

PERBAHASAN/MODERATOR
Mohamad Afandi Bin Ahmad (MSK)

PERCETAKAN & DOKUMENTASI
Non Janggut a.k.a soul flyers

SIARAYA/RAKAMAN AUDIO VISUAL
UREKA Team Broadcast

LOGISTIK & PENATAAN DEWAN
Ahmad Zakuan

MEDIA
Team UREKA

KESELAMATAN
Norizam Bin Ab Rashaid

Tentatif Program

8.00 pm Pendaftaran Peserta/Bloggers/Media
8.15 pm Ketibaan Ahli Panel Debat
8.30 pm Ucapan Perasmian Penaung
YB Abdul Yunus Jamhari-Ketua AMK Negeri Perak
8.45 pm Sesi 1 : PIDATO
10.15 pm Sesi 2 : DEBAT
11.30 pm Bersurai

Aturan/Konsep DEBAT

Sesi 1 - 1. Salam Perkenalan

2. Pidato
Tajuk : “Memimpin Harapan Anak Muda : Misi & Visi”
Ruang masa 15-20 minit diberikan setiap seorang.

Sesi 2 - 1. Soal Jawab
Bersama hadirin

Moderator : Matsamankati (MSK)

Penyertaan:

Debat Calon Ketua AMK ini dianjurkan oleh UREKA tanpa bantuan kewangan dari mana-mana pihak dan UREKA tidak akan meminta penajaan dari ahli-ahli politik untuk memastikan ianya bebas dan tidak terikat dengan pengaruh wang.. Ia dilakukan untuk menyuburkan demokrasi dan dalam masa yang sama tidak mahu terpengaruh dengan mana-mana pihak melalui politik wang.

Walaubagaimanapun, UREKA memerlukan sumber kewangan untuk menampung perbelanjaan mengurus program ini. Maka dengan itu, kami memohon sumbangan sebanyak RM10.00 seorang untuk menampung kos pengurusan.

Pendaftaran:

1. Online.
a. Pendaftaran boleh dibuat secara on-line di ureka.asia dan bukti pembayaran perlu dibuat sebelum pandaftaran rasmi dibuat dengan mengantar emel kepada ureka.asia1@gmail.com
b. Pihak penganjur akan menghantar pas masuk kepada mereka yang telah membuat sumbangan.
c. Pendaftaran Online akan ditutup pada 16 September 2010.
d. Pembayaran boleh dibuat secara online dengan memasukkan sumbangan RM10.00 kedalam akaun
Maybank 107031481276 (Addy Sham Jaafar)
e. Mereka yang mendaftar tetapi tidak membuat bayaran akan dianggap peserta biasa dan tertakluk kepada “first com first serve basis”.

2. Walk-in
a. Tiket boleh diperolehi dipintu masuk berdasarkan ‘First come first serve basis.” Tempat terhad dan pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya tidak dapat masuk.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi: Edy Sham 019-5563306

Sharpshooter : AMK P.Pinang akan berkumpul di rumah sharpshooter dan akan bertolak jam 6.30 ke Taiping.

Rakaman video akan diterbitkan dalam blog sharpshooter untuk tontonan dan penilaian mereka yang tidak sempat hadir ke debat tersebut.

Mungkinkah akan ada debat untuk calon Timbalan Presiden?



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

5 comments:

  1. Salam...

    Wahai Tuan Din Binjai yang baik hati.. tolong publish artikel ni sat..

    http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2010/09/etika-pemilihan-pkr-untuk-siapa.html

    Terima Kasih..

    ReplyDelete
  2. Patutnya semua jawatan penting patut ada debat..dan PKR patut ada komitee khas yg neutral yg selaraskan debat antara calon2..PKR kalu mahu maju harus contohi konsep debat Demokrat & Republican..semua jawatan dipertandingkan calon diwajibkan dipilih dahulu dari peringkat bawahan hinggalah ke peringkat akhir(Final Debate)..ahli2 akan buat keputusan berdasarkan debat2 ini..pastinya dengan cara ini tak kan adalah mangkuk2 macam zahrain, tan beng, zulkifli nordin dan wee kas siong!!

    ReplyDelete
  3. Inilah PKR sekarang yang sudah hilang kredibiliti dan makin busuk dan berulat. Usia baru 11 tahun sudah rosak angkara kuasa dan nama? 1999 tertubuhnya parti mana ada perebutan kuasa dan jawatan dan mana ada kempen memburukkan sesama rakan dan sahabat. Ikhlas dari hati sebagai reformis saya malu dengan sikap AMKPP yang secara terbuka memberikan sokongan kepada Cikgu Bard gara gara dia nikah dengan adik Reezal Huzairi iaitu anak saudara DSAI dan Din Binjai serta sekutunya menipu AMK seluiruh Malysia kononnya Cikgu Bard bukan ada persaudaraan dengan DSAI. Kenapa DSAI tidak merestui Cikgu Bard? TEPUK DADA DAN FIKIRLAH SENDIRI.. jangan pilih calon Ketua AMK Pusat hanya kerana kempen jahat dari Din Binjai dan sekutunya

    ReplyDelete
  4. wei tanpa nama, awat penakot nak buboh nama hang hah? awat apa masalah hang jika kami diPenang SOKONG giler che'gu bard jadi Ketua AMK M'sia? hang sakit tang mana? hang nak kami sokong pemimpin macam mana? macam yg ramai2 org2 Anwar sokong? macamtu? bila kata hang bodo hang marahhh...

    ReplyDelete
  5. salam,
    Din minta tolong tengok sat apa yg berlakukat masjid Al-Huda sungai Ara.
    Kain rentang besar di tegakan di pagar masjid menjemput orang ramai ke majlis "KISAH BENAR 3", penceramah Lokman, YB Hilmi dll.
    Ini bukan ceramah ugama, ini ceramah politik!!!! macam mana masjid boleh diguna utuk promosi!!!!

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.