Wednesday, September 29, 2010

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...


Ahli-ahli Cabang PKR Bayan Baru menunjukkan laporan polis yang mendakwa pemilihan cabang tersebut tidak sah kerana dijalankan secara tidak adil dan berat sebelah di Sungai Dua, Pulau Pinang, semalam.


PULAU PINANG 28 Sept. - Episod kekecohan dalam pemilihan cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) di beberapa negeri kini merebak di Pulau Pinang.

Terbaru, beberapa ahli parti itu mendakwa pemilihan cabang Bayan Baru yang diadakan Sabtu lalu tidak sah kerana ia dijalankan secara tidak adil dan berat sebelah.

Ahli Jawatankuasa PKR cabang berkenaan, Annuar Ismail mendakwa, keputusan pada pemilihan itu tidak menggambarkan keadaan sebenar kerana terdapat satu usaha untuk menyelamatkan kedudukan pemimpin-pemimpin tertentu sehinggakan hak ahli lain dinafikan.

Jelas beliau yang merupakan pengurus operasi pemilihan 'Team Rakyat', dalam mencapai matlamat tersebut pihaknya telah diperlakukan, ditekan, diprovokasi oleh kelompok berkenaan dengan pelbagai tohmahan dan fitnah.

''Sepanjang proses pemilihan berlangsung, 'Team Rakyat' dinafikan haknya sebagai pemerhati dan petugas manakala penyokong 'Team Reformasi' dilantik sebagai petugas pemilihan.

"Masa mengundi turut dilanjutkan dari pukul 4 petang ke 5.30 petang tanpa notis ataupun usul di dalam mesyuarat agung yang bersidang awal pada hari yang sama (Sabtu).

''Kertas fotostat juga digunakan sebagai kertas undi selain pengundi mengadu petugas memanipulasi undi dengan memberi kertas undi lebih kepada pengundi Cina, tidak memberi kertas undi Angkatan Muda Keadilan (AMK) kepada pengundi muda, India dan wanita," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di sini hari ini.

Pemilihan yang berlangsung di Dewan Jubilee, Sungai Nibong itu menyaksikan hampir kesemua jawatan yang dipertandingkan termasuk Ketua Cabang, AMK dan Wanita dimenangi 'Team Reformasi' yang dipercayai diketuai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerejak, Sim Tze Tzin.

Tze Tzin yang juga bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim menang kerusi Ketua Cabang dengan 499 undi selepas menewaskan bekas Timbalan Ketua M. Nyanasegaran yang memperoleh 265 undi.

Kerusi Ketua Cabang PKR Bayan Baru kosong selepas bekas ketuanya, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim keluar dari parti itu.

''Terdapat juga aduan, petugas menunjukkan kotak yang salah kepada kebanyakan warga emas buta huruf dan tidak tahu membaca apabila mereka bertanyakan kotak calon pilihan mereka," ujarnya.

Tambah Annuar, jumlah mereka yang keluar mengundi juga agak ganjil dan tidak munasabah iaitu hanya 792 undi berbanding pengundi yang dibawa pihaknya pada hari itu iaitu melebihi 1,500 orang yang merupakan penyokong Nyanasegaran.

Katanya, beliau ada membuat empat aduan iaitu dua secara lisan dan dua secara rasmi sebagai bantahan awal pada hari pengundian, namun ia tidak dihiraukan Timbalan Setiausaha Agung PKR, Sharifah Shahida yang bertindak sebagai pemantau.

Sebaliknya mereka yang mengadu diugut untuk diambil tindakan.

Justeru, kata Annuar, beliau telah membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Nibong pada Ahad lalu berhubung proses pemilihan cabang PKR Bayan Baru tersebut.

''Kami membantah keputusan pemilihan itu kerana ia dijalankan secara tidak bersih, amat tempang serta memalukan parti.

Jika selama ini PKR selalu melaung- laungkan menuntut keadilan, saya rasa pihak-pihak seperti ini perlu membuat reformasi diri mereka sendiri terlebih dahulu sebelum berkata-kata," katanya.

Menurut Annuar, pihaknya sedang mengumpulkan maklumat berkenaan semua ahli yang keluar mengundi dan memulakan bantahan susulan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat bagi membolehkan pemilihan baru dijalankan.

Kata Annuar, pihaknya memberi tempoh 14 hari kepada PKR Pusat untuk memberi keputusan berhubung perkara itu sebelum merujuk perkara tersebut kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) bagi tindakan lanjut jika permintaan mereka itu ditolak.

Sharpshooter :- Terimalah kekalahan dengan hati yang terbuka, contohilah YB Ong Chin Wen, YB Rodziah dan YB Dato' Kamarul yang menerima kekalahan mereka dengan hati yang tenang dan terbuka.

Mengapa perlu buat laporan kepada polis? Mengapa tidak buat laporan kepada Pusat terus?

Team Rakyat disokong oleh Senator Pak Mus dan Jamil (JJ6) orang kuat Zahrain....menunggu respon TKM 1 merangkap Pengerusi Pimpinan Negeri P.Pinang tentang kes ini.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

6 comments:

  1. saya setuju jika perkara ini disiasat kerana jelas pemikiran dan tindakan seperti 'UMNO' masih lagi berlegar di dalam parti keadilan rakyat. Jika benar tiada keadilan lakukan tindakan siasat samada benarkah apa yang diperkatakan oleh Annuar Ismail iaitu di sepanjang proses pemilihan berlangsung, 'Team Rakyat' dinafikan haknya sebagai pemerhati dan petugas manakala penyokong 'Team Reformasi' dilantik sebagai petugas pemilihan. Pengundian perlu dilakukan secara adil dengan melibatkan dua team baru akan menyuburkan demokrasi. Harapan Din binjai memahaminya

    Achmad Abdollah

    ReplyDelete
  2. Awatlah hampa dlm PKR ni kalut sangat?? Inilah kesannya bawa masuk ex-MIC (leader pula tu!) dlm PKR dan polisi PKR tu sendiri...kalau masuk PKR hari ni, boleh tanding jawatan presiden esok!! Betul ke macam nie. kalau betul apa nak di hairankan. KTM 1 tu manusia biasa.. dia bukan wizard yg tahu segala2-nya dan punyai penyelesaian kpd semua masalah....pasti ada yg tak puas hati bila Mansor tu buat statement nanti, lepas tu bergaduh lagi...tak percaya tengoklah. Tk tahu bila episod hitam ni akan berakhir. Yang pasti Najib dan Muhyidin dok ketawa kah..kah..kah dan Rakyat mula jemu dan bosan!!
    If PKR loss ALL its seat in PRU 13, I wuld say this is the reason.

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Dalam hal ini...mungkinkah kerana terlalu ghairah sampai bayang pun kita sangkakan orang?
    mengikut yuran yang berbayar,kalau tak silap, lebih kurang 800 orang sahaja...saya pengundi dan berada disana waktu pagi hingga petang,memang panas!..namun tak pula nampak pengawas memihak.Apa pun jika ada asas untuk aduan,eloklah dibuat melalui saluran yang betul,jangan pula sengaja perbesarkan isu yang remeh temeh!...saya juga tidak senang dengan beberapa keputusan...namun itulah undi ahli PKR diBayan Baru!

    ReplyDelete
  4. pangkat tak bawa ke mati.apa gunanya pangkat.kalah tu kena la terima.sikap manusia yang tak boleh terima kalah..wat malu pada haiwan je.kita sama semuanya sama.apa yang ada hanyala kehidupan(macam ramli sarip la plak)..

    ReplyDelete
  5. Anuar ismail @ Anuar Pundek..dari pagi lagi sampai ke petang membuat provokasi murahan,serta membuat kecoh & memaki hamun petugas2 & orang awam di sana...segala perlakuan Anuar pundek juga telah dirakam..Bukti semua ada..tak payahlah nak berlakon wahai Anuar pundek...Anuar Pundek juga adalah spy kpd zahrin...

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.