Wisma Putra harus memanggil pulang Duta Besar Malaysia ke Indonesia jika rundingan Malaysia dengan Indonesia mengenai jaminan keselamatan Kedutaan Malaysia di Jakarta gagal.
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, berkata pihak berkuasa Indonesia tidak serius menjaga keselamatan Kedutaan Malaysia dan mendakwa isu berkenaan tidak disampaikan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman kepada Menteri Luar Indonesia, Dr Marty Natalegawa ketika pertemuan di Kota Kinabalu, Isnin lalu.
“Apa gunanya kita bercakap hanya soal Prosedur Piawai (SOP) dalam kes penguatkuasaan sedangkan masalah pokok ialah serangan dan penghinaan terhadap kedutaan dan juga bendera kita yang tak dapat ditangani pihak keselamatan Indonesia.
“Menteri Luar harus menghantar mesej jelas kepada Jakarta bahawa kita tak boleh bertolak ansur kedutaan kita terus dijadikan sasaran oleh penunjuk perasaan. Jika pihak keselamatan Indonesia tidak mengambil tindakan menghentikannya, kita patut panggil semula duta kita di sana,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Nor Azman Mohd Yusop untuk diagihkan kepada 240 anggota polis yang bertugas di kawasan bandar pada musim perayaan.
Khairy berkata, tindakan memanggil Duta Besar Malaysia ke Indonesia adalah isyarat protes secara diplomatik supaya pihak keselamatan republik berkenaan serius melindungi Kedutaan Malaysia.
“Tindakan memanggil duta pulang bukan bermaksud hubungan dua hala Malaysia-Indonesia terjejas tetapi mahu menyampaikan mesej bahawa kita kurang yakin dengan pihak keselamatan Indonesia menjaga kedutaan kita dan ia harus diketahui secara jelas oleh Kerajaan Indonesia.
“Kita perlu panggil semula duta kita pulang Kuala Lumpur dan tutup sebahagian daripada perkhidmatan kedutaan di Jakarta, bagaimana nak terus berkhidmat jika kedutaan diserang oleh penunjuk perasaan,” katanya.
Khairy juga mendakwa, Anifah gagal dalam rundingan dua hala Malaysia dan Indonesia di Kota Kinabalu kerana dikatakan tidak membincangkan mengenai kawalan keselamatan dan serangan penunjuk perasaan ke atas Kedutaan Malaysia di Jakarta.
Wilayah Sentral: Premis curi air AMPANG: Ketika lebih 1.2 juta penduduk di empat daerah sekitar Petaling, Hulu Langat, Sepang dan Kuala Langat mengalami gangguan bekalan air selepas Loji Pembersihan Air Sungai Semenyih dicemari kandungan amonia, pemilik premis di tiga blok perniagaan dekat Persiaran Pandan 3, Taman Cempaka di sini, tanpa rasa bersalah mencuri air. [+]
Utara: 'Aidilfitri suram tanpa kakak' TELUK INTAN: "Kakak, pulanglah... kami rindukan kak. Tolong jangan tinggalkan kami. Aidilfitri akan suram tanpa kakak," itu luahan sepasang suami isteri yang sedih selepas anak sulung mereka menghilangkan diri dipercayai mengikuti seorang lelaki Indonesia lari ke Lombok, Sabtu lalu. [+]
Sentral: 50 kenderaan sehari langgar arahan PAYA JARAS: Walaupun sudah ada papan tanda tertera `Dilarang meletak kenderaan di bahu jalan', kira-kira 50 pemandu kenderaan sehari melanggar arahan itu sehingga menyebabkan kesesakan kepada pengguna lain di sini. [+]
Sabah & Sarawak: Rumah sarang maksiat, retak LIMBANG: Rumah impian menjadi sarang ‘maksiat’. Kabel elektrik dicuri, dinding rumah diconteng dan retak, rumput pula tumbuh merimbun di pekarangan rumah. Itulah nasib lebih 50 pembeli rumah projek Rumah Mampu Milik (RMM) Rangau, Fasa 3, di sini, yang sepatutnya sudah siap dua tahun lalu. [+]
Timur: Ibu, anak sambut 1 Syawal di hospital KUALA TERENGGANU: Aidilfitri kali ini antara yang sugul bagi Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 28, dari Kampung Sekayu, Hulu Terengganu, bersama seorang lagi anaknya apabila mereka terpaksa berhari raya di hospital selepas disimbah cuka getah oleh suaminya pada jam 1.45 pagi 15 Ogos lalu. [+]
Sentral: Anggap penduduk sebagai keluarga KUALA LUMPUR: Penerapan konsep kemasyarakatan dengan menganggap penduduk sebagai keluarga menjadi antara elemen penting dalam memperkasakan perpaduan kaum di Setiawangsa sejak Parlimen Setiawangsa diwujudkan pada 2004. [+]
Johor: Bazar Geylang penuhi keperluan Aidilfitri SINGAPURA: Bazar Geylang Serai di sini, popular bagi penduduk Melayu di Kota Singa terutama apabila menjelangnya ketibaan Aidilfitri yang sinonim disambut masyarakat Islam di seluruh dunia. [+]
|
Sukan Selamat Hari Raya daripada Zolkples dan atlit negara KETUA Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong menyambut Aidilfitri 1431 Hijrah penuh ceria bersama atlit dan jurulatih negara di sebalik kesibukan mereka dalam persiapan rapi menjelang kejohanan antarabangsa utama nanti. [+]
Amaran keras buat Rooney LONDON: Wayne Rooney – penyerang England yang muncul wira dalam kelayakan Euro 2012 di sebalik menanggung masalah peribadi berhubung skandal seks – diberi amaran keras oleh peminat Everton apabila dia kembali ke gelanggang bekas kelabnya bersama Manchester United, esok. [+]
Piala Monsun jadi ikutan WMRT KEJAYAAN Piala Monsun di Kuala Terengganu mencipta dimensi baru dalam penganjuran perlumbaan kapal layar match racing dengan ia menjadi contoh kepada acara-acara baru dalam Jelajah Match Racing Dunia (WMRT). Dengan nilai pasaran difahamkan mencapai RM538 juta, 26 kali daripada pelaburan awal, Piala Monsun menjadi model yang menjadi ikutan penganjur di Korea Selatan, antara gelanggang perlumbaan yang diperkenalkan tahun ini. [+]
Chong Wei cetus bimbang NASIB tidak menentu jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei berikutan kecederaan belakang menerbitkan segala rasa gelisah kepada Majlis Sukan Negara (MSN) ketika cabaran Sukan Komanwel di New Delhi bermula bulan depan. “Jika dia tidak dapat beraksi di Sukan Asia, kita tidak kisah tetapi amat berharap dia mampu pulih segera untuk bermain di Sukan Komanwel,” luah Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong, semalam. [+]
MB Terengganu kesal kecaman PKBM MENTERI Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said melahirkan rasa kesal terhadap kecaman Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) berhubung langkah negeri itu menubuhkan pasukan basikal benuanya. [+]
Ragesh, Norizam jadi sandaran NS: Mohamad DUA pemain import – S Ragesh dan Norizam Salaman kini menjadi sandaran utama Negeri Sembilan selepas ketiadaan Zaquan Adha Abdul Radzak yang tercedera. Menteri Besar merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan berharap pemain pinjaman itu dapat mencongak cabaran juara bertahan Piala Malaysia itu apabila saingan bermula 14 September ini. [+]
Semangat Zamri tambah membara CEMERLANG meraih kejuaraan sulung musim ini dalam siri Perlumbaan Motosikal Asia Petronas (ARRC) membuatkan tekad Md Zamri Baba lebih membara bagi menghadapi saingan seterusnya perlumbaan Cub Prix yang berlangsung di Melaka, selepas Aidilfitri ini. [+]
Mirsky hadapi detik sukar TIUPAN angin kencang dan lautan luas pernah ditakluki, namun bagi skipper, Torvar Mirsky, perkara paling sukar bukan menangani cabaran di perairan tetapi ketika menghadapi sesi menimbang yang diadakan sehari sebelum perlumbaan berlangsung. [+]
Chelsea ‘pegang’ nasib Avram LONDON: Pendahulu, Chelsea membuat perjalanan singkat menuju ke West Ham United bagi menentang pasukan tangga tercorot itu, esok yang mungkin menyaksikan mereka menamatkan sisa peluang bekas jurulatih mereka, Avram Grant mengekalkan tugasnya. [+]
Tevez tidak pasti mampu bertahan BUENOS AIRES: Penyerang antarabangsa Argentina, Carlos Tevez mendedahkan, kelmarin dia sudah hampir pasti akan bersara daripada arena bola sepak antarabangsa sebelum pusingan akhir Piala Dunia 2014 di Brazil. [+]
Ujian pertama Houllier di Stoke LONDON: Bekas jurulatih Perancis dan Liverpool, Gerard Houllier kembali semula ke kancah Liga Perdana sebagai pengurus Aston Villa, kelmarin. Pengendali kelahiran Perancis berusia 63 tahun itu menggantikan Martin O’Neill yang meletak jawatan bulan lalu beberapa hari sebelum musim baru bermula. [+]
Inter hadapi ancaman besar tiga jagoan LONDON: Juara Eropah, Inter Milan akan melakar rekod baru dan meletakkan diri mereka dalam kelompok kelab terhebat andai mereka berjaya mempertahankan trofi Liga Juara-Juara, musim ini. [+]
Capello tekad tinggal England LONDON: Pengurus England Fabio Capello menolak kemungkinan dia akan meneruskan tugasannya selepas tamat kejohanan Euro 2012, sekali gus menamatkan spekulasi persembahan terpuji England akan mendorongnya berbuat demikian. [+]
Ronaldo tak sabar kembali beraksi MADRID: Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo berkata kelmarin dia ‘hampir’ pulih daripada kecederaan pergelangan kaki dan mungkin sedia beraksi menentang Ajax dalam Liga Juara-Juara Eropah, minggu depan. [+]
'Berakhir mimpi ngeri' MONZA: Pelumba Sepanyol, Fernando Alonso akur pasukannya Ferrari sudah berjaya mengatasi isu yang mengganggu mereka di Spa, dua minggu lalu dengan menjangkakan persembahan bertenaga pada perlumbaan Grand Prix Itali, hujung minggu ini. [+]
Federer, Djokovic layak NEW YORK: Sensasi tenis, Roger Federer berjaya melawan angin kuat di Stadium Arthur Ashe dengan mencatat 18 pukulan ace sekali gus menempah tiket ke separuh akhir Terbuka AS bertemu pilihan ketiga, Novak Djokovic, esok. [+]
Wozniacki jumpa Zvonareva NEW YORK: Pilihan utama, Caroline Wozniacki akan bertemu pemain Russia, Vera Zvonareva dalam pertemuan separuh akhir Terbuka AS, hari ini selepas masing-masing cemerlang mengharungi perlawanan sukar akibat angin kencang pada aksi lapan terakhir, kelmarin. [+]
|
Dunia Gereja kecil Florida sedia batal bakar al-Quran GAINSEVILLE: Seorang paderi Florida yang mengundang kecaman dunia kerana merancang membakar beratus al-Quran esok, berkata beliau mungkin membatalkan hasratnya itu jika Presiden Amerika Syarikat Barack Obama meminta beliau untuk tidak melakukannya. [+]
Paksa pindah Cordoba House boleh cetus keganasan NEW YORK: Sebarang usaha memaksa pusat komuniti Islam yang dirancang dibina berhampiran tapak serangan 11 September 2001 di New York disifatkan boleh mencetuskan lagi keganasan oleh kumpulan pelampau. [+]
Negara Teluk rai Aidilfitri hari ini RIYADH: Kebanyakan negara Teluk meraikan Aidilfitri hari ini, mengakhiri ibadat berpuasa selama sebulan sepanjang Ramadan. Arab Saudi, Mesir, Lubnan, Qatar, Kuwait, Syria, wilayah Palestin dan Jordan adalah antara negara yang mengumumkan sambutan lebaran hari ini selain Malaysia, Singapura dan Indonesia yang juga menyambut Aidilfitri serentak pada hari yang sama. [+]
Luna teman Ariel beraya di penjara JAKARTA: Penyanyi Ariel ‘Peterpan’ dilaporkan sudah mempersiapkan dirinya menyambut Aidilfitri di tahanan Markas Besar Polis Indonesia di Jakarta, walaupun menyatakan beliau tidak tahan lagi terkurung di penjara. [+]
Gauri masak briyani untuk Shah Rukh MUMBAI: Gauri Khan, isteri bintang filem Bollywood terkemuka, Shah Rukh Khan dilaporkan mahu mengejutkan suaminya apabila buat pertama kali berazam untuk menyediakan hidangan briyani sempena sambutan Aidilfitri yang diraikan masyarakat Islam di sini hari ini. [+]
Tiga bom hidup ditemui BANGKOK: Tiga bom hidup dilaporkan ditemui di Bangkok dan kawasan sekitarnya dalam tempoh beberapa jam kelmarin dengan satu daripadanya ditemui di hadapan sebuah sekolah manakala satu lagi di sebuah pusat beli belah. [+]
Buang pinggang penderma tidak boleh naik pesawat MANILA: Pasukan perubatan Filipina terpaksa membuang buah pinggang yang didermakan apabila sebuah syarikat penerbangan tempatan dilaporkan enggan membawanya untuk tujuan pembedahan pemindahan organ. [+]
|
Ekonomi Malaysia ke-26 daya saing global MALAYSIA menduduki tangga ke-26 dalam Laporan Daya Saing Global 2010-2011 Forum Ekonomi Dunia (WEF) dengan peningkatan dalam Indeks Daya Saing kepada 4.88 daripada skor maksimum tujuh berbanding 4.87 sebelumnya. Di kalangan 22 negara Asia Pasifik, Malaysia berada di kedudukan kelapan, mendahului negara seperti China, Thailand, India, Indonesia, Filipina dan Pakistan. [+]
Jualan sektor pembuatan meningkat RM45.7 bilion Julai NILAI jualan sektor pembuatan negara terus mencatat pertumbuhan kepada RM45.7 bilion pada Julai, meningkat 9.3 peratus berbanding RM41.8 bilion yang dicatat pada bulan sama tahun sebelumnya. Pada asas bulanan, nilai jualan juga meningkat sebanyak 1.5 peratus atau RM691.3 juta berbanding Jun lalu. [+]
PETRONAS jual 5 peratus projek GLNG kepada Total PETRONAS sudah memeterai perjanjian untuk menjual lima peratus kepentingan dalam projek Gladstone Liquefied Natural Gas (GLNG) di Australia kepada pengeluar gas asli tersenarai keempat terbesar dunia, Total. [+]
Pajero generasi keempat dilancar SELEPAS hilang agak lama di pasaran, kenderaan pacuan empat roda (4X4) Pajero keluaran Mitsubishi Motors kembali menggamit rakyat Malaysia dengan penampilan generasi keempat yang bakal dilancarkan di negara ini hujung bulan ini. [+]
Nokia siri E lebih murah, mesra pengguna NOKIA E5 satu lagi telefon pintar siri-E yang mendapat perhatian ramai sejak dipasarkan di pasaran tempatan awal bulan ini. Kali ini Nokia tampil menawarkan telefon pintar yang memiliki pelbagai teknologi terkini pada harga jauh lebih rendah berbanding telefon pintar di bawah siri-E yang lain. [+]
EKUINAS beli 13.5 juta saham lagi Tanjung Offshore EKUITI Nasional Berhad (EKUINAS) membuat pembelian tambahan 13.5 juta saham biasa dalam Tanjung Offshore Bhd di pasaran terbuka menerusi syarikat modal dananya, E-Cap (Internal) One Sdn Bhd. Syarikat pengurusan dana ekuiti persendirian berkaitan kerajaan itu pada 29 Julai lalu sudah menyelesaikan langganan dan pengambilalihan 56.5 juta saham biasa dalam Tanjung Offshore. [+]
Amat Sinar diiktiraf dunia AMAT Sinar Sdn Bhd, syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang mengeluarkan produk lampu terutama lampu jalan, menerima anugerah ‘Star For Quality’ pada majlis International Star Award For Quality 2010 yang berlangsung di Geneva, baru-baru ini. [+]
Tan Chong pasang bas TAN Chong Motor Holdings Bhd akan memasang dan mengeluarkan bas berjenama Silver Bus untuk dipasarkan di Malaysia dan beberapa negara lain tidak lama lagi. [+]
Ulasan Pasaran: FBM KLCI tunjuk sentimen positif HARGA saham di Bursa Malaysia mengakhiri urus niaga menjelang cuti panjang Aidilfitri semalam dengan nada positif, pulih semula daripada kerugian sebelum ini. Pemulihan itu adalah di celah sentimen yang lebih baik di Wall Street dan tanda yang menunjukkan berkurangannya krisis hutang euro, kata peniaga. [+]
|
HIP Sesuci Aidilfitri LANGIT 8 Ramadan tengah hari itu cukup cerah, secerah perasaan mereka yang terbabit dalam sesi fotografi penuh bermakna serta bakal mencatat sejarah dalam kalendar hiburan negara. Perancangan yang diatur sejak berbulan-bulan itu akhirnya menjadi kenyataan. Teruja dan pada masa yang sama perasaan sedikit terusik kerana niat menyatukan dua diva tersohor ini dalam satu sesi fotografi termakbul. [+]
Artis balik kampung SUARA takbir bagai terngiang-ngiang di telinga. Walau jasad masih di kota, hati sudah terbang pulang ke kampung halaman. Di mata pula terbayang-bayang kesibukan ibu di dapur menyediakan juadah kegemaran keluarga manakala ayah sibuk mencari daun ketupat dan buluh lemang. [+]
Rancangan TV - Jumaat 10 September (Menarik Hari Raya Pertama) PROGRAM hiburan berkonsepkan tradisional menampilkan bintang yang pernah dicungkil menerusi pertandingan nyanyian Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN) dan RTM. Program ini juga mengundang artis jemputan seperti Azharina, Alyah, Hafis dan ramai lagi. [+]
Rancangan TV - Sabtu 11 September (Menarik Hari Raya Kedua) RANCANGAN hiburan yang mengetengahkan pasangan artis dari dua generasi berbeza. Mereka bergandingan menyampaikan lagu malar segar pelbagai rentak. Antara lagunya ialah Nilai Cinta, Siti Haida, Mas Mona, Bintang Malam, Hanya Nyanyian, Tinggal Kenangan dan Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi. Antara penyanyinya pula ialah Jefrydin, Farah Asyikin, Andre Goh, Datuk David Arumugam dan Azharina. [+]
|
Sharpshooter : Khairy dari segi kelulusan akademik memang bijaksana bijaksini sebab kelulusan dari oxford.
Itulah yang dikatakan golongan profesional tetapi adakah tindakan Khairy profesional dari segi gerak kerja politik seperti kes di atas?
Tetapi yang lebih malangnya ada pula calon Ketua AMK Malaysia yang tawarkan diri nak bertanding kerana mahu tandingi kehebatan Khairy....Tak bangang ke namanya...
Lu fikirlah sendiri...
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment
Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.