Wednesday, September 29, 2010

PAS sedia ambil alih UMNO P.Pinang

Oleh Ali Hashim

KEPALA BATAS, 29 Sept: Masyarakat Melayu di Pulau Pinang disarankan supaya memberi kepercayaan kepada PAS dalam pilihan raya umum akan datang bagi menguasai sebahagian besar kerusi yang masih dikuasai oleh Umno di negeri tersebut.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Rosidi Hussain (gambar) , PAS mempunyai kapasiti yang total bagi mengambil alih kedudukan Umno sebagai pembela kepada masyarakat Melayu dan Islam.

"Walaupun 11 kerusi yang dimenangi oleh Umno dalam PRU ke-12 yang lalu, ini tidak bererti kita tidak boleh merampas kembali kerusi yang dilihat berada pada tahap kemenangan 50-50.

"Keyakinan masyarakat bukan Islam kepada PAS kebelakangan ini membuktikan sokongan sedia ada dari masyarakat Melayu dan pertambahan kepada sokongan dari bukan Islam mampu untuk meraih kemenangan.

"Percambahan masalah dalaman Umno dan BN seperti apa yang berlaku kepada Gerakan Pulau Pinang dengan perbutan kerusi dalam parti tersebut membuktikan sengketa dalaman ini akan turut merebak kepada Umno dan kuncu-kuncunya seperti MCA dan juga MIC, "ujarnya lagi.

Katanya lagi, kekuatan yang ada pada PAS, PKR dan DAP di Pulau Pinang telah menggerunkan Umno dan BN sehingga mereka sedia mencipta isu bagi memberi imej yang buruk kepada kepimpinan Kerajaan Negeri.

"Ini termasuklah isu doa dalam khutbah Jumaat yang didakwa diganti dengan nama Lim Guan Eng, gambar 'super impose' Ketua Menteri menyembelih lembu korban, wang ihsan untuk warga emas didakwa sebagai sumber judi, wang Kelab Lumba Kuda sebagai sumber tidak halal bagi miskin tegar.

"Kita juga tidak hairan selepas ini kemungkinan ada lagi cerita baru yang mungkin akan dicipta bagi mencalarkan imej PR secaraa berterusan sehingga tibanya pilihan raya umum yang akan datang, " tegasnya lagi.

Beliau yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kepala Batas turut yakin peralihan kuasa kepada Pakatan Rakyat (PR) di Pulau Pinang sejak 2008 yang lalu akan kekal dengan pertambahan kerusi di beberapa kawasan yang telah dikenal pasti mempunyai potensi untuk menang besar dalam pilihan raya umum yang akan datang.




* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

2 comments:

  1. Inilah kenyataan yg ditungu2. Setiap ADUN/MP umno yang kalah di PTU13 nanti akan diganti oleh PAS. Kuasa melayu tak sedikit pun terhakis, malah akan diperkasakan lagi.
    Kapada pecacai2 umno yg selalu pantau website ni...jom pakat2 bubar cawangan2 umno dan kita gantikan dengan markaz PAS. TAKBIR!!!

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Sayangnya orang melayu masih tidur lena...sedangkan kelambu mereka terbakar....janganlah tersedar hanya setelah semuanya tergadai dek kerana retorik semata!

    Buah yang dihasil kan dari pokok yang ditanam 50 tahun dahulu,.. tidak dapat dinikmati .. elok lah ditebang dan ditanam semula dengan benih yang lebih baik,lagi pula kini ada benih klon... buahnya yang lebat ,lagi sedap!....telah ada yang berani mencuba....sayangnya ada yang diberi akal,mata,telinga ,tidak mau mencuba...hanya mencari salah dan buruk sahaja...dah perangai Lalat!

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.