Wednesday, September 22, 2010

Pemuda PAS tolak sekolah hamil di Melaka


Dewan PEMUDA PAS Pusat (DPPP) menegaskan bahawa tindakan Ketua Menteri Melaka Dato’ Seri Mohd. Ali Rustam yang tetap akan menubuhkan Sekolah Murid Mengandung sebagai tindakan yang ‘kurang cerdik’ dalam usaha membenteras gejala sosial yang semakin menjadi barah didalam negara ini.

Kerajaan Negeri Melaka juga melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Dato’ Abd. Rahaman Abd. Karim sebagai pengerusi penubuhan Sekolah Murid Mengandung. Sekolah itu juga menurut beliau akan menjadi platform bagi membantu gadis sepanjang tempoh mengandung selain mengelak timbul prasangka negatif masyarakat terhadap mereka.

DPPP mempersoalkan kenapa tidak mengambil pendekatan Islam dalam membenteras gejala sosial? Apakah jaminan dengan wujudnya sekolah ini akan berjaya membenteras masalah sosial? DPPP juga mempertikai mengapa tidak dibenteras dari awal masalah sosial tetapi hanya bertindak selepas mereka sudah terlanjur? Benarkah Ali Rustam membina sekolah ini atas dasar pandangan banyak pihak? Sudahkah beliau meminta pandangan alim ulama? Apa yang Kerajaan UMNO/BN lakukan dalam usaha membanteras gejala sosial?

Tindakan membenteras gejala ini harus bermula dari bawah. Tetapi kerajaan tidak serius dalam membenteras gejala ini. PLKN contohnya semakin menggalakkan pergaulan bebas dalam ruang lingkup yang semakin luas yang mana kalau dulunya kenalan hanya di sekitar kawasan rumah, dengan menyertai PLKN mereka akan berkenalan dengan mereka yang duduk di luar kawasan atau negeri tempat tinggal mereka. Tambahan pula PLKN tidak menitik beratkan pendidikan agama. Jika dilihat kepada modul latihan pun tiada batas-batas antara lelaki dan perempuan

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd Puad Zarkashi baru-baru ini berkata sebanyak 21 kes pelajar yang mengandung dan bersalin anak luar nikah sejak 2006 hingga sekarang telah dikesan oleh Kementerian Pelajaran. Situasi ini amat membimbangkan kita. Seharusnya kerajaan sekarang memikirkan bagaiman hendak mengatasinya sebelum terjadi bukan memikirkan selepas terlanjur.

DPPP melihat bahawa usaha untuk menubuhkan sekolah ini pasti akan menemui jalan buntu sekiranya tidak mengambil pendekatan Islam. Islam menghalang pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Penutupan aurat juga amat dititik beratkan. Islam telah mengariskan panduan dari awal iaitu pencegahan lebih baik daripada mengubati. DPPP mengesa kerajaan agar kembali kepada Islam yang sebenar dalam mencari jalan penyelesaian bukan sekadar hanya dilihat memberikan keuntungan pada sebelah pihak sahaja memandangkan pembinaan sekolah ini pastinya menjanjikan projek kepada kroni UMNO/BN tetapi hasilnya masalah sosial tetap ditahap yang sama malah menjadi semakin kronik

Dari blog Kehidupan Tauhid.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

3 comments:

  1. Mencegah lebih baik dari mengubati. Oleh itu, mana-mana orang kita yang sakit biasa atau kronik, janganlah dapatkan rawatan atau makan ubat. Tunggu mati aje. Tahniahlah, mungkin kat negeri mereka tiada gejala anak luar nikah atau gejala sosial lain? Jangan indah khabar dari rupa... yang jadi kat negeri lain tu, kebanyakan asal mereka dari negeri mana? Kebanyakan negara barat, tiada istilah anak luar nikah, itulah mereka tiada sekolah seperti di Jasin tu. Habis tu kalau dah terlanjur, anak nak buang kat mana? Orang kampung tahu kutuk aje. Buang merata tempat nanti masuk penjara (binatang pun tak buang anak), bertambah sesak pula penjara kita. Cara paling baik, mengikut Islam jangan lakukan penzinaan. Kuat manakah pegangan Islam anak-anak kita berbanding nafsu serakah? Ramai juga yang bergelar Ustaz dan orang alim yang anak mereka terjerumus dengan najis dadah dan penzinaan. Nak bukti? Cari sendiri, kerana memang sikap di antara mereka memang terlalu pandai menyoal dan mengkritik tetapi pemalas dan kurang berkerja. Mungkin UMNO yang korup dan rasuah boleh bertahan 55 tahun aje. Tapi MUNGKIN parti mereka hanya 10 tahun aje, 5 tahun pertama tunjuk alim dan komitmen kepada rakyat, 5 tahun kedua dah sibuk nak kumpul harta. Atau awal pada itu.

    ReplyDelete
  2. PAS ni kan semua org buat tak kena, condemn lak tuh, dan mmg dr dulu lagi aku tgk perangai depa ni camgitu, kalau kutuk org , semua org buat tak kena, tp depa sendiri lansung tak der cadangan/gagasan yang munasabah untuk diketengahkan, woi pendokong PAS bodoh apa cadangan ko kepada mereka yang dah terlanjur dan termengandung tuh, dan dr pengalaman aku gak ramai anak-anak orang PAS yang kaki dadah dan bohsia nie, jgn asyik duk mengata ni hasil didikan UMNO jer, sedangkan kat umah sendiri tuh, camner,

    ReplyDelete
  3. kenapa kecik btul akal fikiran orang2 pas ni...kenapa...sebelum ni kita x der pendedahan agama ker????..
    daripada bayi jumpa mati kat longkang,jumpa mati dekat tepi sampah.......

    pasal plkn pn nak dipertikaikan...aku tau la aku bekas budak plkn...mner ader bebas...kalo bebas pn dipantau oleh jurulatih kami...yg baik pasal benda ni ko tutup mata...

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.