Saturday, September 25, 2010

YB Sim ganti tempat Zahrain

Sharpshooter kini berada ditempat kiraan undi Dewan Jublee Sg Dua, Sg Nibong Besar, P.Pinang. Cabang yang terpanas dalam suasana pemilihan di P.Pinang.

Kempen memang rancak dijalankan oleh kedua-dua calon yang bertanding macam pilihanraya umum. Sedikit kekecohan berlaku tetapi pihak polis dapat mengawal keadaan.

Keputusan pengiraan baru sahaja selesai untuk calon Ketua Cabang Bayan Baru. YB Sim Tze Tzin baru sahaja diumumkan sebagai pemenang dengan menewaskan pencabarnya M. Ngnana Sagaran mantan ahli Gerakan melompat ke MIC melompat ke Keadilan.

Keputusan rasmi YB Sim Tze Tzin memperolehi undi sebanyak 499 manakala pencabarnya mendapat undi 261. Ini bermakna YB Sim menang besar dengan majoriti 231 undi.

Sementara itu untuk jawatan lain, pengiraan undi masih berjalan lancar.

Berita lanjut bakal menyusul.







* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.