Monday, October 11, 2010

Ahli PAS desak Azizan letak jawatan



ALOR SETAR 10 Okt. - Sekumpulan ahli Pas hari ini menyerahkan memorandum membantah kenaikan tarif air di negeri ini yang berkuatkuasa 1 Oktober lalu kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Kumpulan yang bertindak atas nama Jawatankuasa Bertindak Membantah Kenaikan Isu Air itu berhimpun di hadapan pejabat Menteri Besar di Wisma Darul Aman di sini untuk menyerahkan memorandum tersebut kepada wakil Menteri Besar, Zulkapli Osman.

Wakil kumpulan itu, Abdullah Hashim berkata, memorandum tersebut mendesak supaya kerajaan negeri menarik balik keputusan menaikkan tarif air kerana ia menjejaskan kehidupan rakyat di negeri ini khususnya golongan miskin.

Katanya, Menteri Besar juga diminta supaya mendedahkan perjanjian antara Syarikat Air Darul Aman (SADA) dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang dikatakan merugikan rakyat.

Mereka juga mendesak Menteri Besar meletakkan jawatan kerana gagal memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat Kedah apabila tarif air dinaikkan antara 25 hingga 44 peratus.

Turut sama dalam bantahan itu ialah bekas Setiausaha Kerja Pas Kedah, Md. Noor Abd. Rahman dan bekas Ketua Pemuda Pas Kedah yang juga bekas Setiausaha Pas Kawasan Jerai, Mohd. Najib Fahami Yahya.

Sementara itu, Azizan ketika mengulas mengenai bantahan itu mengakui tindakan tersebut dilakukan oleh ahli Pas dan tidak didalangi oleh parti lawan.

Bagaimanapun kata beliau, tindakan tersebut tidak mendapat sokongan daripada ahli-ahli lain kerana kumpulan tersebut dikenali sebagai golongan yang sering menimbulkan masalah sehingga ditolak oleh kepimpinan Pas di kawasan berkenaan.

Azizan menjelaskan, kumpulan tersebut hanya mewakili diri sendiri, bukannya keseluruhan rakyat negeri Kedah.

Sharpshooter - Satu langkah yang amat tidak bijak dan wajib diambil tindakan sewajarnya kepada bekas-bekas di atas.

Mengapa hingga perlu buat kain rentang dan berdemo. Adakah Ustaz Azizan sememangnya memerintah secara kuku besi sehingga tidak boleh dibawa berunding?

Mengapa ini semua terjadi ketika PAS bersama Pakatan Rakyat akan bertempur menentang umno dan b-end di Galas? Janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

2 comments:

  1. Salam Bro Din,
    Janganlah kita mengabaikan suara-suara yg minoriti ini walaupun mereka bekas ahli pas.Kenyataan YB Azizan jelas begitu angkuh pd pandangan saya.Sebagai pengundi yg telah memilih PAS dan Pakatan Rakyat saya berasa sedih jika jika rakyat yang dijadikan mangsa sedangkan pada PRU 12 lalu, kita melaungkan negeri berkebajikan.

    Jika BN menaikkan harga minyak atau barangan lain, kita terus tidak setuju dan berdemo, kini bila Kerajaan Kedah menaikkan tarif air, kita berdiam diri. Nampak sangat kita double standard.Orang lain buat kita bantah tapi kita sendiri buat, kita duk diam saja.

    Sedarlah, kita dilantik rakyat kerana telah bosan dengan BN tapi kini kita tidak menghargai mereka malah sama saja bahkan mugkin lebih teruk lagi...

    Saya percaya, Kerajaan PAS kedah akan dihukum oleh rakyat dalam PRU 13 yang akan datang jika terus menerus membuli rakyat...

    ReplyDelete
  2. Suara Hati,---jika ayah kamu jatoh miskin akibat di tipu ole orang jahat tamak pencuri dan penipu,dan ayah kamu tidak dapat bagi kamu makan semewah dulu,ada kah kamu kata ayah kamu jahat,dan melakukan kezaliman terhadap kamu? cuba kembali kepada fakta mengapa kenaikan tarif tidak dapat di elakan,dari cuba mencari kesalahan pada DS Azizan.buka lah mata buka minda,Kebaikan PR bukan pada satu skop saja,ia merangkumi keseluruhan,begitu jua Keburukan UMNO(8N).

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.