Monday, October 04, 2010

Azmin PERKASA

Arman: Azmin hanya sesuai untuk jadi budak kopi Anwar

Pertubuhan bukan kerajaan, Perkasa yang kecewa dengan kenyataan Azmin Ali semalam, menggesa ahli Parti Keadilan Rakyat tidak mengundi naib presiden itu yang bertanding jawatan timbalan presiden parti, sebaliknya meminta memilih Mustaffa Kamil Ayub.

Ketua Pemuda Perkasa, Arman Azha Abu Hanifah berkata, Mustaffa adalah calon paling layak bagi jawatan timbalan presiden kerana latar belakangnya dari Abim.

“Mustaffa dari Abim, beliau mempunyai agenda Islam dan berjuang untuk kebaikan orang Melayu... Azmin di sebelah lain tidak berminat untuk memperjuangkan kepentingan komuniti orang Melayu,” kata beliau.

“Azmin hanya sesuai untuk jadi budak kopi Anwar,” kata Arman.

Pemimpin Perkasa ini kecam Azmin berhubung kenyataannya ketika berucap pada mesyuarat agung tahunan cabang PKR Gombak semalam.

“Azmin seharusnya menunjukkan hormat kepada negarawan atas sumbangan beliau kepada negara. Azmin tidak layak untuk menjadi ahli politik,” kata Arman.

Dalam ucapannya pada mesyuarat agung tahunan cabang Gombak semalam, Azmin berikrar akan melawan habis-habisan Perkasa dan individu berselindung di sebalik pertubuhan itu kerana memperjuangkan perkauman sempit.

“Ikrar saya akan melawan Perkasa habis-habisan termasuk juga individu yang sedang ‘tersungkur’ di Australia,” katanya. Azmin bagaimanapun tidak menyebut siapa yang dikatakan tersungkur di Australia itu.

Difahamkan, ia merujuk kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dimasukkan ke Hospital Epworth, Melbourne semalam bagi menerima rawatan akibat jangkitan kuman pada saluran pernafasan.

Tambah Azmin, selagi Perkasa tetap memperjuangkan kepentingan perkauman sempit, maka selama itulah mereka akan dilawan oleh Keadilan.

Jawatan timbalan presiden PKR setakat ini dijangka ditandingi oleh Azmin, Mustaffa dan anggota Majlis Pimpinan Pusat Datuk Zaid Ibrahim.

Mustaffa dan Azmin merupakan naib presiden Keadilan. Mustaffa mengesahkan akan bertanding kerusi timbalan presiden Jumaat lalu. Dari segi pencalonan Azmin berada di depan berbanding Zaid dan Mustaffa.

Azmin yang juga Pengerusi Keadilan Selangor dipercayai menjadi pilihan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk jawatan timbalan presiden.

Sharpshooter :- Mengapa Perkasa nak sibuk-sibuk tentang Keadilan, kalau nak Mustaffa Kamil ka atau siapa ka, sertailah Keadilan..he..he..anda berhak mengundi bila jadi ahli Keadilan tidak perlu jadi perwakilan macam umno..

Ya..memang Azmin Ali digeruni oleh lawan sebab Azmin lebih suka menyerang dari bertahan. Itulah sikap Azmin yang memang digeruni oleh UMNO dan Perkasa.

Teringat ketika terserempak dengan Lokman Nur Adam, Hamdan Taha dan Zahid Mat Arip di sebuah restoran di Terenganu ketika pilihanraya kecil Kuala Terengganu. Ya..memang mereka akui jika Azmin yang menjadi Menteri Besar Selangor, susah umno nak bernafas katanya. Sebab Azmin is "Good Politician"..kata Lokman Nur Adam.

Tambahnya lagi "biarlah Tan Sri Khalid jadi Menteri Besar Selangor dan jangan pula digantikan dengan Azmin....susah kami..." ujarnya lagi.

Walau bagaimana pun ahli Keadilan yang akan menentukan siapa akan jadi Timbalan Presiden Keadilan bukan lagi perwakilan tetapi setiap ahli ada hak untuk mengundi.

Jadilah pengundi yang bijak..berhati-hati semasa mengundi persetankan Perkasa..

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

3 comments:

  1. itulah sbb itu aku suka azmin menyerang timbulkan isu baru , biar isu azmin kutuk perkasa dan tun M pula mengambil alih , dah boring aku dengan isu duit kuda, masuk masjid, , pkr perlu menyerang sbb aku tgk dah lama bertahan

    ReplyDelete
  2. tak sabar nk tunggu brahim ali mempamerkan kemarahan terhadap azmin(dah terbayang muka brahim ali tgh marah) ,pemimpin umno pun dah kutuk azmin , cayalah azmin , teruskan serangan dan serang lagi

    ReplyDelete
  3. Tulisan saya tidak berhasrat membela YB Azmin Ali, jauh sekali kerana saya bukan pengundi kawasannya. Ada yang setuju dan ada yang tidak mengenai serangan Azmin kepada Tun. Yang tidak bersetuju memberi komen adalah tidak elok tatkala Tun sakit. Dalam agama pun kena doakan kesejahteraan. Namun pernahkah kita berfikir @ terfikir berapa banyak pengkhianatan Tun terhadap rakyat Malaysia. Kita akui Tun banyak membawa perubahan kepada ekonomi negera tetapi dosanya ialah menyerang musuh politiknya tanpa mengira alim ulamak atau rakyat biasa. Memali,Anwar,Royalti Terengganu,Menghina Alim Ulama..Itu adalah sedikit antara dosa yg dilakukan oleh Tun.. Tidakkah kita sedar bahawa keluarga DSAI,Azmin Ali dan yang terlibat dengan reformasi 98 menerima fitnah yang amat dahsyat. Kata hemburan fitnah dan caci ditujukan kepada mereka. Al-fatihah kepada yang telah mendahului kita. Kita sepatutnya tidak terkejut dengan serangan Azmin terhadp Tun. Allah telah menunjukkan di hadapan mata Tun kemusnahan UMNO/BN sedikit demi sedikit akibat kerakusannya. Moga Allah mengampuni dosa kita . - HASHIM -TERENGGANU

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.