Saturday, October 23, 2010

Benarkah 7 ribu Melayu P.Pinang akan diusir?

Keadaan orang Melayu di Pulau Pinang sangat kritikal terutama dalam isu pemilikan tanah dan ketika ini kira-kira 7,000 penduduk negeri berhadapan dengan risiko diusir dari rumah yang mereka duduki, demikian menurut wakil Umno Pulau Pinang Mohamad Farid Saad.

Beliau yang mendedahkan hasil maklum balas kajian Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang yang dikumpul dari 13 ketua bahagian berkata, penduduk dari 60 perkampungan di Pulau Pinang didapati akan kehilangan tempat tinggal kerana tanah rumah yang didiami sekarang bukan milik mereka.

Katanya kerajaan Pulau Pinang di bawah pimpinan DAP dilihat semakin melampau apabila mereka mula membuka tanah yang selama ini dipertahan, untuk dibangunkan, dan beliau memberi contoh satu lot tanah yang di Sungai Burung yang dikhaskan untuk sawah dikeluarkan dari gazet, dan satu lagi kes yang membabitkan sebahagian daripada Taman Negeri yang dibuka untuk dibangunkan sebagai kawasan perumahan. "Kes ini akan membuka laluan kepada pembukaan kawasan-kawasan lain dari kategori yang sama.

Ini semua adalah penyalahgunaan kuasa yang mesti dihentikan," kata Anggota Umno Bahagian Balik Pulau itu ketika membahaskan usul ucapan presiden di Perhimpunan Agung Umno hari ini. Mohamad Farid berkata apa yang berlaku di Pulau Pinang sekarang merupakan contoh kes pengusiran melalui polisi dasar, selain berlakunya pengusiran secara fizikal, psikologi dan terang-terangan.

Mohamad Farid berkata kerajaan perlu mempunyai kuasa untuk menghalang pembangunan di kawasan yang digazet, seperti kawasan-kawasan yang sensitif dalam menjaga alam sekitar di semua negeri. "Jika tidak, lebih cepatlah orang Melayu diusir. Hari ini tanah milik orang Melayu di daerah timur laut hanyalah 1.16 peratus saja, tanah di Balik Pulau hanya 15.07 peratus, di Seberang Perai 44.2 peratus, Seberang Perai Tengah 23.5 peratus dan di Seberang Perai Selatan 18.09 peratus sahaja milik orang Melayu," katanya dan menambah ketika ini hanya 20.41 peratus sahaja tanah di Pulau Pinang dan Seberang Perai adalah milik orang Melayu.

Beliau berkata orang Melayu sudah lama bertapak di Pulau Pinang, tetapi hari ini, sedikit demi sedikit tanah yang dimiliki turun temurun dijual dan bertukar tangan. Menurutnya jika generasi dahulu boleh bertolak ansur, generasi baru tidak ada lagi belas kasihan, di mana yang ada kini hanyalah 'you keluar dari sini, kalau tak puas hati jumpa di mahkamah nanti'.

Mohamad Farid berkata hakikat yang perlu diterima ialah keadaan ini berpunca daripada kealpaan "pemimpin dahulu".

Sharpshooter - Adakah benar dakwaan seperti di atas? Adakah benar DAP anti Melayu? Adakah benar UMNO membela nasib Melayu P.Pinang?

Sharpshooter pernah dedahkan apa pemimpin Melayu buat bila mereka berkuasa dahulu di P.Pinang. Baca di sini.

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/2009/07/nasib-kg-buah-pala-zaman-pr-dgn-nasib.html

Namun begitu, tentang isu yang ditimbulkan oleh Farid ini, TKM 1 wajib jawab segera. Jangan sampai rakyat melihat dan menuduh Pimpinan Keadilan P.Pinang terlalu lemah dan tidak mampu untuk membela nasib Melayu P.Pinang dan juga nasib bangsa lain di P.Pinang.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

8 comments:

  1. memang TKM 1 LEMAH! dah berkuasa langsung tak mau ambek berat hal di Balik Pulau..lepas tngan dlm isu pengambilan tanah nak buat Universiti..buat la press statement bagi clear sikit..sebelum menang, bukan main janji tu, janji ni..dah dok di jawatan no.2, terus menikusss....apa dah jadi?

    ReplyDelete
  2. kah kah kah!
    Dimana otak kamu, memang sah dan benar orang melayu Pulau Pinang bakal diusir, bahkan memang dah lama diusir.
    Projek mengusir melayu di P.Pinang didalangi oleh dipelopuri oleh Keling dari India yang mengaku melayu. Mereka ini membiak dalam Parti UMNO yang berteraskan melayu, dengan berpura-pura mengaku melayu mereka merembat dan menyamun harta dan hak orang melayu.
    Sekarang mereka pula menghalakan tuduhan kepada DAP, supaya orang melayu p.Pinang akan marahkan DAP dan mereka lepas tangan.
    Tak pecaya? tolong tanya Mahfuz Omar.

    ReplyDelete
  3. Melayu Pulau Pinang akan terusir sebab ada JKK sebelum kemenangan Pakatan Rakyat dah jadi broker jual kampung.

    Kalau tak caya pergi ke Bagan Jermal, tanya sapa pemimpin UMNO di situ yang nak jadi broker jual kampung, tapi dimarahi penduduk kampung.

    ReplyDelete
  4. Mmg betoi la PR pemusnah rakyat ni nak gadai melayu kt penang.tanpa nama mmg bagus hg tk letak nama sbb buat malu pak ngn hg saja..sbb hg mmg baghal tk sedaq2 lg hg tu dh jadi pecacai barua lim guan eng.dok terhegeh hegeh sokong sanggup jilat juboq cina org islam melayu sendiri hg tak pertahankan.kalau dh gagal pertahankan martabat melayu di PP mengaku saja la toksah dok tuding jari.mmg tkm1 hgpa lemah,ada hati nk jd presiden.. Dahla Dr penipu.phd pun tadak panggil diri Doktor.piirah mmg hgpa PKR semua geng geng Parti Kencing Rakyat.parti kuat romen..haha..aku berdoa Allah bg hgpa petunjuk dan hidayah supaya sedar yg hgpa semua dok kena guna..takut bila dajal dh sampai pun hgpa tk kenal dajal.nauzubillah..

    Ramli Zakaria
    Sg Pinang

    ReplyDelete
  5. Betul tu En. Ramli, saya sokong kamu 500%. Depa suka sangat JILAT punggok CINA yang tak basuh tu. Kan lebih baik JILAT punggok MELAYU wangi sket sebab depa basuh punggok.

    Melayu umNGOK gadai Tanah Rezab Melayu kat Penang kat CUKONG CINA masa pemerintahan GERAKAN tu pun sebab nak tolong MELAYU, nak bagi MELAYU umNGOK senang kan. Depa halau MELAYU dari kampung tradisi depa pun pakai MELAYU umNGOK sebagai tali barut atas nama pembangunan kan. Kalau tak caya g tengok rumah MELAYU umNGOK konfirm macam istana, yang barua macam hang je dok flat kot.

    -wakleman

    ReplyDelete
  6. Alahai,...sensitif betoi bila orang melayu cakap 'pasal kepentingan melayu'...masing masing nak jadi hero!...nak tau....Datuk saya ada sebidang tanah yang luas...kat Bandar Bayan Baru....datuk saya ditawar kan cuma 45 ribu.oleh kerajaan yang lama...sebabnya,'KONON' nya tanah tu nak didirikan mesjid....datuk saya pun teramat la suka hati.. kira tak mau berkira sangat la sebab nak buat wakaf....tapi,emm.. yang kata pembela melayu!....tanah tu buat balai polis la!...layakkah digelar pembela?....saman pun dah tak menang...sebab tanah dah bertukar tangan....berapa harga sebenar?...45juta???

    ReplyDelete
  7. Asal usul tanah kampung melayu yg terjual kat developer hampir semuanya milik orang2 kuat umno kalaupun bukan pemimpin. umno nie boleh bising aje melayu penang dihalau tpi anak cucu depa, depa halau pi duduk KL, akhirnya tinggal orang tua disini bila dah mati, anak cucu di KL pakat jual tanah....KAT cina. bukan depa peduli apa nak jadi kat penduduk kampung. bila pemaju nak bangunkan pandai pula menuding jari...tu dia guan eng halau melayu. duit cina bagi depa dah sapu dan joli sakan. Inilah hakikatnya umno...parti hipokrit dan haprak.
    Terdengar juga cerita sebidang tanah milik keluarga seorang pemimpin agong wanita unmo di jelutong dalam process nak jual...kat sapa lagi kalau bukan cina...mana ada developer melayu yg kaya nak invenst kat penang. di ucapkan selamat maju jaya lah kepada orang2 kampung tu....sokonglah lagi umno.. supaya cepat melayu penang lingkup!!!

    ReplyDelete
  8. pada orang melayu masa mati esok ada ke malaikat tanya apa bangsa mu.ada otak pakai.ingat mati bila bila masa.melayu rosakan agama hina agama apasal tak bising.kepada pembela melayu dalam tolong jawab.aku pun melayu gak tapi malu dengan perangai bangsa sendiri sebab utamakan bangsa dari agama.

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.