Sunday, October 31, 2010

Chegubard berjaya memintas Shamsul Iskandar di hari ketiga

Chegubard berjaya memintas dan mengatasi Shamsul Iskandar di P.Pinang pada hari ketiga pemilihan Keadilan 2010.

Sebanyak 6 Cabang di P.Pinang telah berjaya mengadakan pemilihan hari ini dengan aman damai tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku. Cabang tersebut adalah Batu Kawan, Permatang Pauh, Bagan, Bukit Mertajam, Kepala Batas dan Tasek Glugor.

Chegubard mendapat undi sebanyak 162 manakala Shamsul Iskandar yang mempertahankan jawatan Ketua AMK memperoleh undi sebanyak 93. Ini bermakna Chegubard mendahului Shamsul dengan 69 undi.

Manakala keputusan terkini keseluruhan setakat jam 11.08 mlm ini : Che'gubard memperolehi undi sebanyak 1002 manakala Shamsul Iskandar sebanyak 697 undi.

Ini bermakna Chegubard mendahului Shamsul Iskandar sebanyak 305 undi.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

3 comments:

  1. hebat org kampong den,,,,, semoag cikgu bard monang bosa !!!!!

    ReplyDelete
  2. Keputusan Terkini Pemilihan Majlis Pimpinan Angkatan Muda Pusat (Jam12.23am) Calon Ketua AMK : Chegubard 1090 Undi, Shamsul Iskandar 793 Undi
    Timb Ketua AMK : Chang Lih Kang 591 Undi, Jonah 682 Undi

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.