Wednesday, October 27, 2010

Chegubard pantas bertindak

Sharpshooter minta maaf banyak2 sebab tidak dapat update dengan cepat, lap top buat hal pula, sharpshooter baru sampai rumah seawal 5 pagi tadi. Roadshow bersama chegubard dari Perak , ke Selangor ke Kelantan dan malam terakhir ke Negeri Sembilan.

Chegubard bersama YB Chang Lih Kang, YB Yunus, YB Ong Chin Wen, Azrizal Tahir, Zulkifli Ibrahim, Edy dan Sandrea Ng Shy Ching terbang ke Batu Sapi selepas penamaan calon di Galas.

Cuma nak cerita pengalaman mencemaskan berlaku di depan mata berhampiran 3 km ke Genting Sempah sewaktu dalam perjalanan ke Kelantan. Tiba-tiba kereta jenis MPV SsangYong terbabas, berpusing atas jalan dan akhirnya terbalik 4 roda ke atas di tepi parit.

Sharpshooter bersama Chegubard dan Aidil Johor terus bergegas untuk selamatkan mangsa. Chegubard pantas bertindak dibantu pemandu lori yang turut berhenti. Arahan pertama Chegubard agar hentikan segera enjin kereta.

Kami melihat tangan pemandu tersebut tersepit dan tidak boleh dikeluarkan. Pada mulanya hanya kami bertiga termasuk 2 pemandu lori cuba tolak kereta tersebut untuk keluarkan tangan pemandu tetapi tidak berjaya.


Orang makin ramai berhenti tetapi ramai yang melihat saja. Chegubard pantas memberi arahan supaya bersama menolak kereta beramai-ramai dan akhirnya tangan pemandu tersebut berjaya dikeluarkan. Alhamdulillah.


Orang ramai membantu membalut tangan pemandu tersebut yang berdarah.


Pakcik ini kelihatan tenang, kami tak pasti punca keretanya boleh berpusing sebab bukan laju sangat. Jalan memang agak licin sebab baru lepas hujan.

Kemudian kami membantu keluarkan isteri pemandu tersebut. Mujurlah kedua-dua mangsa tersebut tidak panik atau menjerit semasa mereka masih berada di dalam kereta sebelum dikeluarkan. Kemudian makcik tersebut berkata kepada sharpshooter.." Nak..cuba Nak cari beg kain makcik berwarna hitam..."


Beg berjaya dikeluarkan, setelah memastikan tiada lagi barang-barang berharga dalam kereta, maka mereka berdua dihantar oleh pemandu berbangsa Cina dengan kereta BMW ke hospital berdekatan. Pemandu Cina kereta tersebut meninggalkan isteri dan anaknya di tempat kejadian. Inilah satu sikap terpuji saling bantu membantu tidak mengira apa bangsa sekali pun.

Tindakan dan arahan pantas Chegubard wajar diberi pujian dan ikutan. Masalahnya bila berlaku kemalangan ramai yang hanya jadi penonton tidak tahu nak buat apa. Alhamdulillah mujurlah mereka terpelanting ke belakang, kalau tidak pasti lebih parah sebab kereta remuk di bahagian hadapan.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

5 comments:

  1. Salam...
    Beginilah pemimpin yang kita mahu. Pantas bertindak dalam semua keadaan. Tak macam pemimpin umco, pantas cekik duit rakyat...

    ReplyDelete
  2. tahniah! semoga Allah membalas budi tan2 sekalian!

    ReplyDelete
  3. Tak boleh dinafikan, pemimpin2 muda yg sebegini dlm PKR atau PR secara amnya yg sedia ada memang nampak sgt sifat kepimpinan dan keperihatannya..syabas, pemimpin2 beginilah penyelamat negara masa depan!

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah,ini petunjuk dan peringatan Allah buat pemandu kereta tersebut dan juga kita yang lain supaya berhati2 semasa memandu. Nak cepat ke tempat ceramah pun jgn besit tak ingat.... Well, as for Bard and team, mudah2n Allah swt balas jasa baik didunia dan akhirat / Pst* Awat Din Binjai sibuk tangkap gambaq masa org dok tolak kereta tu.. hahaha...:)

    ReplyDelete
  5. 2 dalam 1...guna hp saja..ada masa kita tolong..ada masa kita ambil gambar...

    masa tolak ramai2 mana sempat ambil gambar..sebab tolak sama..he..he..

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.