Thursday, October 14, 2010

Isu duit warga emas - Azhar diberi 7 hari minta maaf atau disaman fitnah



Adun Dato' Keramat, YB Jagdeep Singh memberitahu para pemberita bahawa ketua pembangkang dari UMNO Barisan Nasional Datuk Azhar diberi 7 hari untuk meminta maaf daripada kerajaan Pakatan Rakyat dan juga ke semua warga emas.

Jikalau tidak, Datuk Azhar akan dikenakan saman fitnah.

YB Jagdeep juga menegaskan tindakan saman fitnah akan juga dikenakan ke atas media yang menyiarkan berita palsu itu.

Seramai 20 orang warga emas dari kawasan Parlimen Jelutong hadir bersama untuk memberi sokongan kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng untuk teruskan Program Warga Emas dan Program Penghargaan Waris Warga Emas.

Perhimpunan beramai itu diadakan di tanah lapang di Jalan Perak, Pulau Pinang pada pukul 6 petang, Rabu 13hb Oktober 2010.

Hj Rashid selaku Timbalan Ketua Cabang Bayan Baru Keadilan dan Ketua Cabang Keadilan Jelutong Shahul Hameed bersama jawatankuasa turut hadir, pimpinan PAS dan DAP juga turut hadir bersama.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

4 comments:

  1. ini yang dikatakan PARTI KEDAI RUNCIT....kesian aku tengok orang tua ni.....bukan tau apa tu...golek kepala aja lebih........

    ReplyDelete
  2. akhir zaman nie....fitnah akan bermaharajalela....depa dah tak takut kepada yang maha berkuasa.....

    aku tengok puak umngok nie memang ngok....orang depa sendiri pelemah puak sendiri........

    kah kah kah........

    ReplyDelete
  3. Kutip duit tapi tak bagi pada Kerajaan Negeri, jadi duit yang dikutip tu pergi ke mana???

    Hanya si tolol percayakan penipuan si bahalol!!!

    Kah kah kah...

    ReplyDelete
  4. umNGOK ambik duit tu buat kempen kat GALAS la weeee...

    -wakleman

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.