Saturday, October 02, 2010

Mat Sembab tersembam di Galas

Datuk Mahfuz Omar menyifatkan tindakan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan tugas Pengarah Jentera Pilihanraya kepada Tengku Razaleigh Hamzah sebagai strategi bagi mengelakkan dirinya dipersalah jika Umno tewas dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Naib Presiden Pas itu percaya tindakan itu menunjukkan Umno tidak yakin memenangi pilihan raya berkenaan dan Timbalan Presiden Umno cuba melindungi reputasi diri dengan melantik individu lain mengepalai kempen.

“Lazimnya, Timbalan Presiden Umno atau Timbalan Pengerusi Barisan Nasional atau Timbalan Perdana Menteri akan mengepalai jentera di satu-satu pilihanraya. Tetapi apabila berlaku di Parlimen Gua Musang, beliau menyerahkan kepada Tengku Razaleigh kerana tidak yakin menang.

"Kalau keputusan tidak memihak kepada Barisan Nasional, maka imej Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri, Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional itu akan tergugat," katanya kepada TV Selangor.

Mahfuz mendedahkan suasana poltik tidak menentu dalam Umno menunjukkan perkembangan dan kegelisahan di kalangan pemimpin dan ahlinya terhadap kepimpinan Presidennya, Datuk Seri Najib Razak.

"Jadi beliau mahu mengambil kesempatan ini, supaya beliau membina satu imej dan jika BN kalah pun bukannya kerana beliau, tetapi kerana orang lain. Jadi, masih ada ruang lagi untuk beliau mengepalai gerakan untuk menjatuhkan Najib," katanya.

Sebaliknya, beliau berkata, suasana Pas Kelantan yang diterajui Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berbeza lantaran terhadap perjuangan rakyat Kelantan sudah dibuktikan melalui sikap dan kesederhanaannya di dalam pentadbiran.

"Walaupun kita pernah menghadapi suasana persekitaran dengan hanya melebihi satu kerusi sahaja di Kelantan, tetapi kita mampu untuk bangkit dengan dokongan rakyat kepada Pas dan kepada Pakatan Rakyat.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata rakyat Kelantan tidak mudah bertolak ansur dalam isu royalty minyak yang dirampas kerajaan Umno BN sekian lama dan faktor ini dijangka menjadi elemen penting pada pilihanraya kecil DUN Galas.

"Rakyat kelantan tidak akan bertolak ansur dalam isu royalti. Ini dapat dilihat dengan komitmen dan kesungguhan kerajaan Kelantan,” katanya.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

4 comments:

  1. Salam Din & Chegu Bard,

    Utk AMK maju kedepan dan lebih dihormati rakan dan musuh, harap AMK bukan saja perjuangkan isu bersangkut paut generasi muda tapi juga kekurangan penjawat2 awam..utk makluman dari sembang2 dengan rakan2 dalam sektor awam..ramai yg merunggut betapa susah dan lambat utk mendapat balik claim2 tertunggak..ada yg hampir mencecah bertahun2 masih belum dibayar oleh kerajaan,..bukan saja gred bawah malah ada juga penjawat jawatan tinggi juga mengalami kesukaran untuk mendappat semula bayaran diatas perbelanjaan tugasan2 kerajaan..harap AMK boleh berinteraksi dgn penjawat2 awat dan dapatkan maklumat yg secukupnya..dan perjuangan kebajikan pekerja2 awam yg sudah tentunya ramai berbangsa melayu..jadikan AMK presure group dan progresif group anak muda Malaysia yg sebenarnya!!

    ZIK

    ReplyDelete
  2. Cadangan kaunter isu duit judi:

    1.Kerajaan Negeri buat sidang media khas menegaskan setegasnya dan pangil sama Pegawai Kewangan Kerajaan Negeri beserta bukti bahawa duit dari kelab kuda tidak digunakan sama lansung utk program penghargaan warga tua.

    2. Kerajaan negeri tegaskan bahawa tidak menyalahkan warga tua yg mungkin terperangkap dengan budaya kotor politik UMNO.

    3.Kerajaan Negeri menegaskan bagi warga emas yg mungkin was2 akibat poltik kotor UMNO dan mungkin terpercaya bahwa duit yg diterima itu mungkin duit judi boleh datang ke mana2 pejabat ADUN atau AP berdekatan dan memulangkan duit tersebut.

    4.Satu majlis khas akan diadakn bagi menyerahkan semula duit penhargaan warga mas.

    5.Cadangan menjemput bekas mufti Perlis Dr Asri utk menyampaikan sumbangan wang penhargaan warga emas.

    6. Dr Asri dijemput utk menerangkan pandangan beliau mengenai isu berkaitan di majlis tersebut..

    7. Majlis penyerahan semula wang penghargaan warga emas bukan bermasksud bahwa fitnah umno adalah benar tetapi semata memikirkan keperitan dan kesusahan warga emas dapat dibantu walaupun nilainya tidak seberapa.

    8. AMK, Pemuda PAS dan DAPSY bergabung dan mengedar risalah sebenar mengenai isu2 ini dan yg lain ditimbulkan oleh UMNO diseluruh pelusuk negeri Pulau Pinang.

    9. Seketeriat Pemuda PAKATAN mesti lebih agresif dan proaktif dan timbulakn isu dan penyelewengan kerajaan BN lepas seperti penjualan tanah, penutupan sek agama, sek jenis cina , tamil dan sebagainya.

    Pemuda PAKATAN benteng pertama melawan fitnah UMNO!!

    Slogan Pemuda PAKATAN:
    USAH DIBIARKAN DIRI ANDA DITIPU UMNO SELAMA2NYA!!

    ReplyDelete
  3. Kecewa sebab tak dak langsung Pemuda PAKATAN semalam di Airport menyambut dan meberi sokongan kepada CM semasa Pemuda UMNO buat demo!! Takan Pemuda PAKATAN lembik kut??Tak kan lah zul tu budak Munshi!!!Hahhaha!!

    ReplyDelete
  4. Kecewa sebab tak dak langsung Pemuda PAKATAN semalam di Airport menyambut dan meberi sokongan kepada CM semasa Pemuda UMNO buat demo!! Takan Pemuda PAKATAN lembik kut??Tak kan lah zul tu budak Munshi!!!Hahhaha!!

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.