Thursday, October 07, 2010

Siapa disebelah Rahimi?

Dari Malaysiakini - Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Datuk Zaid Ibrahim menggesa pihak berkuasa supaya menyiasat dakwaan bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dia dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah.

"Ia mungkin benar, mungkin tak," kata Zaid dalam sidang akhbar di rumahnya di Petaling Jaya hari ini, ketika merujuk kepada sidang akhbar Rahimi Osman mengenainya semalam.

Tidak seperti banyak pemimpin Keadilan yang lain, Zaid memilih untuk tidak mempertikai dakwaan Rahimi yang dia dipaksa menandatangani akuan bersumpah yang melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Membandingkan Rahimi dengan penyiasat persendirian P Balasubramaniam, yang mengubah akuan bersumpahnya pada 2008 sebelum melarikan diri ke luar negara, Zaid berkata, kedua-dua kes tersebut ada persamaannya. "Kesnya sama seperti PI Bala. Jika anda mahu menyiasat dakwaan Bala, anda juga perlu menyiasat Rahimi... Anda tidak boleh ada double standard untuk Bala dan Rahimi," kata Zaid.

Sharpshooter - Anda nilai sendirilah orang yang bernama Zaid Ibrahim, perlukah beliau membuat kenyataan seperti ini?

Tahukan anda siapa pemuda berambut panjang berbaju putih duduk disebelah Rahimi? Beliau adalah Faizal Rezza. Siapa Faizal Rezza? Mengapa beliau bersama Rahimi? Untuk apa?

Beliau dikatakan mempunyai kaitan dengan ahli Parlimen yang melompat. MP yang mana?

Bagaimanapun kita masih menunggu reaksi Rahimi yang diberi tempoh 24 jam untuk tarik balik kenyataan. harap semua dapat bersabar.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

8 comments:

  1. apalah zaid ni!!, patutnya membela anwar bukanya seolah menyokong rahimi, hilang 1 undi aku utk zaid, aku panas juga dengan laporan kat http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/zaid-saya-bantah-polisi-pkr-larang-media/, klu dah keputusan pimpinan ikut jelah, kat sini pun aku panas juga , apa nk naiklagi atas ke?http://www.malaysiakini.com/news/144642

    ReplyDelete
  2. DZI ini memang hampeh..tak membantu langsung

    ReplyDelete
  3. Aku yakin skrip asal ialah Rahimi ini yg diliwat tp terjumpa Saiful,Rahimi menukar watak agar tak berat sangat nak tanggung.Wahai Zaid,berpada-pada lah keluar kenyataan.Bkn soal double standard tp soal keyakinan dan kepercayaan.Kenyataan begitu hanya sesuai secara dalaman.Takkan inipun nak diajar atau anda sendiri ada nawaitu lain?

    ReplyDelete
  4. lagi depa tak sumbat bung anwar masuk dalam.......lagi tu laa depa dok buat skrip gila nie......

    kalu bung anwar masuk dalam....baru puas hati depa........so skrip mcm nie pun tak dak la lagi depa dok main..........

    memang wayang tongkoi betoi laaa.......

    ReplyDelete
  5. PKR boleh tak tolong jangan terima bekas2 pemimpin umno lepas tu terus bagi jawatan besar dalam parti...ini lah masalahnya..PKR bukan UMNO..kenapa zaid jadi pelik kebelankangan ni aku x faham..apa cerita nurul pulak..dengan kenyataan zaid ni..aku rasa PKR makin jadi pelik la!!

    ReplyDelete
  6. semua 2x5.. kata kat orang tapi dia yg lebih...

    ReplyDelete
  7. Semua komentar di atas berbau seperti suara-suara dari ahli UMNO Jangan terlalu fanatik. Biarlah dia berkata-kata.. dia hanya sekadar memberikan pandangan. Manusia tidak sempurna, Terpulanglah kepada kita sebagai ahli keadilan. Yang pasti siasatan harus dilakukan terhadap Rahimi.

    ReplyDelete
  8. sebelah rahimi ialah abg pot sebab masa seyfol sebeklah dia abg pet bila dua2 dah bergabung jadi potpet

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.