Thursday, October 14, 2010

Siasatan Bukit Aman terhadap Sharpshooter dan Zulkifli terhadap laporan Rahimi

Kelmarin 13 Oktober 2010, jam 4.30 petang sharpshooter bersama Zulkifli telah selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Bukit Aman yang tak pernah aman.

Kami hadir ke Ibu Pejabat Bukit Aman bersama dua orang peguam. Kami disoal siasat serentak tetapi di dalam dua bilik yang berasingan.

Kami memilih dan mengguna pakai Seksyen 112 (2) Kanun Prosedur Jenayah untuk tidak menjawab semua persoalan yang diajukan walau pun diasak dan dipaksa menjawab semua persoalan. Hampir 20 soalan yang ditanya dan diasak kepada kami tetapi polis pun memang sudah masak dengan orang Keadilan yang memang tahu hak dan undang-undang

Kami cuma memberi sedikit kenyataan setelah semua persoalan tidak dijawab kecuali yang terakhir - Adakah kamu ingin menambah atau meminda apa-apa kepada kenyataan kamu?

Ringkasnya adalah kami menemani Rahimi di Hotel Quality kerana bimbang apa yang berlaku pada 1998 kepada beberapa staf Datuk Seri Anwar Ibrahim dimana mereka ditahan oleh pihak cawangan khas atau polis dan dipaksa untuk membuat pengakuan palsu.

Sepanjang kami menemani Rahimi di Hotel Quality, keluarga Rahimi ada datang berjumpanya di bilik hotel malah kami diperkenalkan oleh Rahimi kepada keluarganya, inilah dua abang yang menemaninya dengan baik.

Pada malam 29/6/2008, Rahimi telah mengajak kami pergi menonton bola Final Euro di Seri Pentas, Damansara bersamanya. Kami pergi dengan seorang kawan Rahimi bernama Imran dengan menaiki satu kereta iaitu kereta Rahimi. Kami kemudiannya pergi minum di satu kedai mamak bersama Rahimi dan Imran sebelum pulang ke hotel.

Pada sepanjang masa kami menemani Rahimi, kami tidak pernah melihat Rahimi dipaksa, diugut ataupun sebarang kekerasan digunakan ke atasnya oleh sesiapa termasuk oleh kami sendiri.

Selepas membuat kenyataan tersebut, pihak polis sekali lagi telah mendesak kami untuk menjawab soalan berikutnya setelah kami menjawab soalan terakhir. Tetapi polis kecewa dan hampa kerana kami begitu tegas menggunakan Seksyen 112 (2) Kanun Prosedur Jenayah untuk tidak menjawab sebarang soalan tambahan. Polis berang tetapi kami tetap tenang...Jangan takut kepada polis kerana mereka juga adalah makhluk seperti kita. Takbir.

Terimakasih pada semua yang memberi sokongan dan doa lebih-lebih lagi kepada sahabat-sahabat adik beradik seperjuangan seperti gambar di bawah yang sentiasa bersama untuk memperjuangkan kebenaran dan keadilan dan bekerja keras memastikan Chegubard Ketua AMK Malaysia yang baru. InsyaAllah.

Sharpshooter yakin..kebenaran dan keadilan bersama orang-orang yang sabar dan kami yakin Saiful Izham dan Latheefah Koyah tidak pernah memaksa Rahimi dan Rasid untk membuat akuan bersumpah. Ini adalah cubaan untuk memburukkan kredibiliti dua orang peguam Anwar yang profesional serta imej Anwar Ibrahim sendiri.

Kami berdua bersama Imran akan membuat sidang media di Pejabat Keadilan Pusat, Tropicana pada jam 1 tengahari hari ini 14 Oktober 2010. Nantikan berita lanjut akan menyusul.

Terimakasih pada semua sahabat-sahabat yang datang dari Johor, Negeri Sembilan, P.Pinang, Kedah, Wilayah serta adik-adik mahasiswa yang menunggu sehingga kami selesai memberi keterangan kepada polis bukit aman yang tak pernah aman.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

15 comments:

  1. kami sokong perjuangan kalian yg benar & sbenar2nya..sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yg ada di langit dan di bumi..Allahuakbar..

    ReplyDelete
  2. Takbiiiiiiir, kami di Kelantan akan mendoakan sahabat kami ini.
    Ingat pada "Seksyen 112 (2) Kanun Prosedur Jenayah". Jangan biarkan UMNO memperkosa hak kebebasan rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  3. kah kah kah...kesian aku tengok budak2 suruhan dsai ni...mati matian nak sokong perosak negara..tiap2 malam duk mimpi nak p putrajaya...aku rasa hangpa ni bila anak dah besaq, anak2 hangpa pun malu dah mengaku hangpa ni bapak depa..sapa la nak mangaku bapa yang jadi sampah masyarakat dan perosak negara..toksah la duk pakai kupiah duk tunjuk macam hg tu beriman sgt...pakai kupiah , tapi duk kutuk orang mcm hg tu alim sgt....dahla tu..insaf la wahai teman2 ku...apa yg hgpa buat semua ni dosa besaq la...takbir!!!

    ReplyDelete
  4. Depa ni dah karat dah.din bagus hang kena tangkap saja..dari hg dok kat mpsp tu dok kebas duit pasir baik hang masuk isa..lepas tu hang cari la org mcm rasid yg boleh urut hang jaga hang amik air utk hang..hahaha..mcm lovemsia ckp ah mcm mana la hgpa boleh dok sokong si anwar tu lg?pelik sunggoh.butare namanya!

    ReplyDelete
  5. Sorry nama aku din gak.tapi budin (shahbudin) tasik. Ataih tu aku yg tulis.tapi Jgn samakan aku ngan diri hang ok din,malu aku nanti!mcm mana bini hg keluaq jalan ngan hg?tk malu ka?hahaha..ok slamat

    ReplyDelete
  6. Sat demi satu cerita keluaq utk burukkan DSAI.

    Tapi Allah maha kuasa....

    Lagi banyak depa buat cerita...lagi banyak orang simpati kat DSAI....lagi banyak orang membenci dan menyampah pada UMNO.

    Teruskan perjuangan DIN

    ReplyDelete
  7. Kuatkan semangat Bro Din,

    Pada Allah SWT kita berserah.

    ReplyDelete
  8. lovemalaysia...
    Tlg jgn compare dulu dan sekarang..
    klu dulu zaman 80/90an dlu mmg ceramah2 terutamanya pas mmg byk yg kutuk2 atau fitnah pemimpin2 UMNO w'pun sbnarnya tdk pasti fakta trsebut betul/salah krn tiada siasatan tp rakyat pd masa 2 xcelik.Rakyat pd masa dulu xprcaya dgn ceramah2 pas ni terutama mat sabu..Dlu klu UMNO ceramah msti cerita psl pembangunan dan jasa kerajaan.Tp skg sudah terbalik ceramah UMNO pn sdh kutuk2 dan fitnah org itu ini.Klu xcya tgk ceramah UMNO selangor.mcmna diorg kutuk MB selangor gagapla n macam2 lg.skg UMNO telan blik apa yg dilakukan trhadap Malaysia selama lbh 50 thn..hidup PR..blh blah lovemalaysia otak lembab..n xupdate

    ReplyDelete
  9. kesimpulan nya rahimi telh dibeli macam sayfool?jadi ini adalah peluang kepada peguam utk dapatkan bukti mengatakan rahimi adalah telah dipaksa untuk menukar kenyataan..CSI bang..every crimal case has a Clue!! Find that clue and you got the Proof!!

    ReplyDelete
  10. Sat demi satu cerita keluaq utk burukkan DSAI.

    Tapi Allah maha kuasa....

    Lagi banyak depa buat cerita...lagi banyak orang simpati kat DSAI....lagi banyak orang membenci dan menyampah pada UMNO.

    Teruskan perjuangan DIN.....

    Sebenarnya lagi banyak DSAI menipu lagi besaq lubang dia terdedah...aku tunggu dan lihat, kepada Din Binjai teruskan tunjuk kejagohan hang, aku nak tengok sampai tang mana hang dapat bertahan.

    ReplyDelete
  11. tahniah bang Din,

    Lawan tetap lawan !...


    teruskan pendedahan PANAS ini

    ReplyDelete
  12. SYABAS bro, LAWAN TETAP LAWAN.

    ReplyDelete
  13. hgpa ni sokongla pemimpin hgpa...kut2 hgpa dah dpt baik punya la tu..dah sedap ah kut hgpa dpt..kah kah kah...setakat duk jerit tepi jalan mmgla hgpa handal...tapi bila dh bg kuasa , ada yg gagap, ada yg curi pasir , ada yg gila kuari...maslaah hgpa tk penah pegang kuasa..bila hgpa pegang , terus semua pikiaq nk kaya..rakyat tk terbela...hgpa lg truk dari umno sbb hgpa otak pun tadak...otak hgpa semua bg kt bos hgpa ja...nak syok p putrajaya je...tkpala..kita org waras..mcm hgpa nk mimpi ja p putrajaya..hgpa mimpi la sampai bila2...yg pasti, pakatan rakyat tkkn smpai putrajaya..

    ReplyDelete
  14. Steady love msia!btul tu!depa dok pakai agama nak tunjuk depa betoi padahal depa tktau depa la perosak agama.smayang tapi keja dok fitnah saja.ni sejak bila PR ckp pasal pembangunan?bajet hgpa sendiri pun tadak,pembangunan apa?yg hgpa tau bela anwar.pirah.aku berdoa agar Allah mnjawab doa doa para muslimin untuk jatuhkan kerajaan PR terutama yg didahului dan dikepalai oleh DAP!allahuakbar!

    Kareem

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.