Wednesday, October 20, 2010

Wakil kelab UMNO luar negara puji Anwar

Anak muda yang berjiwa merdeka dan bebas dari maklumat terutamanya dari anak muda luar negara sudah pasti fikiran mereka lebih matang dan terbuka.

Mereka sudah bosan dengan cara politik umno dan mereka juga tidak segan silu memuji pemimpin dari Pakatan Rakyat terutamanya Anwar Ibrahim.

Agak MEMALUKAN! Apabila Pemimpin Umno (baik dari pelbagai peringkat) di kritik secara terang-terangan oleh wakil Kelab Umno luar negara, Moscow dan Soul dalam satu program di Astro Awani sempena Perhimpunan Agung Umno 2010..

Dakwa wakil kelab Umno luar Negara ini, pemimpin2 dlm kerajaan (Umno) susah untuk didekati, banyak protokal dan sebagainya, sehingga menjadi punca penolakan anak muda kepada Umno dan Barisan Nasional..

Dalam masa yang sama, mereka telah memuji gaya kepimpinan Pakatan Rakyat, khususnya Anwar Ibrahim sebagai seorang yang humble, sederhana, mudah didekati dan sebagainya..

Kalau dah penyokong (mahasiswa) tegar Umno pun buat pengakuan 'berani mati' ini, korang fikirlah apa reaksi anak muda negara yang lainnya..mungkin di sini menjawab persoalan, kenapa kerajaan begitu bersungguh2 mahu menyekat mahasiswa daripada berpolitik...fikir2kan...wallahua'lam..

p/s: Hipokrit bukan? kata mahasiswa tak boleh berpolitik, tetapi kelab Umno luar negara ini apa boleh pulak ditubuhkan..



Artikel berkaitan:

- [Kemaskini] VIDEO SENSASI: Pensyarah tegar Umno di'terlanjang' secara LIVE di TV3..
- Koleksi Umno salahguna/berpolitk dlm IPT dan sekolah! (bukti bergambar)

Sumber - ruang bicara pria malaya

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

3 comments:

  1. Bab tu memang dipersetujui, sebelum Pilihanraya YANG BERKHIDMAT dah menang YANG BERHORMAT. Jalan mendada nak senyum pun payah kunun dah jadi elit. Tak sedar diri ke apa kita yang memangkah bagi dia menang?

    Pada pemimpin Pakatan, ada juga sebahagian yang macam tu terutamnya dari PKR, lagak lain macam. Tapi majoriti YB dari DAP bukan nak puji tapi diaorang tak lokek senyuman walaupun Lim Kit Siang.

    -wakleman

    ReplyDelete
  2. Sharpshooter: Tak mau laa cam tu walaupun hanya sebahagian kecil.. dr kecil tu laa nanti jadi beso.. lebih lg kalau dah dapat kuasa nanti.. apa yg susah sangat untuk senyum? Senyum, tak perlu kata apa-apa..baru lah kacak luar kacak dalam...

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.