Thursday, November 11, 2010

6 resolusi dicapai dalam "Rapat Umum Anak Muda"



Sebanyak enam resolusi berjaya dibentuk melalui Rapat Umum Anak Muda yang dianjurkan salah seorang calon bagi ketua angkatan muda Badrul Hisham Shaharin di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur lewat malam tadi.

Badrul berkata, resolusi berkenaan akan diserahkan oleh ketua perhubungan Keadilan Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman kepada presiden dan majlis pimpinan pusat parti itu dalam tempoh 24 jam.

"(Secara umumnya, resolusi adalah berkaitan) penambahbaikan parti, proses pemilihan dengan mengambil kira kepercayaan rakyat kepada parti itu," katanya kepada media selepas pertemuan lebih dua jam itu.

Tambahnya, Fauzi dipilih sebagai "orang tengah" memandangkan beliau seorang yang disegani dan neutral kerana tidak bertanding apa-apa jawatan dalam pemilihan kali ini.

"Semua pengumuman akan dibuat oleh Datuk Fauzi sendiri dalam tempoh 24 jam kita akan beri respon terhadap perkembangan yang berlaku," katanya.

Ditanya lanjut, beliau berkata pertemuan dengan lebih 200 anggota parti dan pengundi itu tidak membincangkan pilihan sama ada untuk menarik diri daripada bertanding.

Kata Badrul Hisham, pihaknya sudah memutuskan tindakan-tindakan alternatif sekiranya perkara yang diputuskan tidak mendapat perhatian pucuk kepimpinan.

“Kami ada pelan A, pelan B dan pelan C dan seterusnya,” kata beliau sambil menambah, “ia bukan satu bentuk kata dua.”

“Tujuan perjumpaan ialah untuk fokuskan semua ke landasan perjuangan besar demi menyelamatkan negara di samping mengakui ada masalah dalam pemilihan yang perlukan tindakan segera,” katanya lagi.

"Itu bukan dalam kiraan kami. Kita akan terus bertanding, maknanya kekal atau tidak itu tidak termasuk dalam resolusi," katanya lagi dan menambah, sokongan sama ada untuk

"(Sama ada untuk tangguhkan pemilihan), itu akan diumumkan oleh Datuk Fauzi.

"Setakat ini proses pemilihan ahli itu diterima (oleh ahli) dan kita melihat ia adalah proses yang baik dari segi prinsipnya. Tetapi mungkin ada, tidak kita nafikan berlaku kepincangan, kesalahan dan sebagainya, itu yang ingin kita perbaiki.

"Saya rasa parti juga dihuni oleh pemimpin yang berjiwa besar dan sanggup menerima teguran dan sanggup memperbaiki keadaan," katanya lagi ketika ditanya.

Profesor: Jangan bakar kelambur

Dalam pada itu, pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari yang turut memberi ucapan dalam pertemuan tertutup itu berkata, beliau menasihatkan anggota parti berkenaan supaya bersabar dan "tidak mengikut rentak orang luar."

"Walaupun ada kelemahan saya tengok ini satu keberanian di pihak parti untuk kemukakan cara baru (melalui pemilihan langsung)

"(Memang) ada masalah tetapi itulah sebenarnya kekuatannya supaya pemimpin itu naik dengan cara yang terbuka yang telus. Walaupun saya tak nafikan ada pemimpin yang gunakan cara yang tak sihat tapi lama kelamaan orang ini akan terkeluar juga.

"Mungkin sekarang tidak, jadi saya katakan tadi kena bersabarlah, jangan sampai bakar kelambu kerana ada satu dua masalah. Kena bersabar dan gunakan saluran yang ada, saya katakan tak ada benda yang tak ada kelemahan. Ini kali pertama, kena bersabarlah.


Tak hancur

Tambahnya, Keadilan perlu menghadapi masalah yang timbul dalam pemilihan kali ini "dengan berani."

Katanya, mungkin terdapat teguran terhadap parti "mungkin betul" namun sistem parti itu masih perlu dihormati.

Beliau yang ditemui di luar bilik pertemuan tertutup itu juga berkata pemimpin yang tewas dalam pemilihan perlu menghadapinya dengan terbuka.

"Parti akan terus bergerak, bukan kali pertama ada orang mengugut untuk keluar dan sebagainya.

"Sebelum ini ada orang yang lebih besar daripada (pemimpin yang mengugut untuk keluar Keadilan), saya sebut tentang (bekas presiden Umno) Datuk Onn (Jaafar), (ahli parlimen Gua Musang) Tengku Razaleigh (Hamzah), tapi parti tidak hancur.

"Musuh-musuh akan gunakan, itu soal dia. Dalam konteks lain, Keadilan kena hentam juga jadi parti kena faham, sebagai parti yang nak kemukakan cara baru kepada rakyat, dia kena terbukalah," katanya.

Sharpshooter - Semalam program bermula jam 9.00 malam dan memang kita tidak benarkan mana-mana wartawan membuat liputan semasa "rapat umum anak muda" kerana kita nak bincang masalah dalaman parti. Ramai wartawan datang dan mereka menunggu hingga akhir program sekitar jam 12.15 tengah malam.

Program dimulakan dengan mendengar pandangan Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai orang luar parti melihat pemilihan Keadilan 2010. Apa kesan buruk dan baiknya kepada Keadilan, Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia dan ada sesi soal jawab dengan beliau.

Selepas itu YB Nurul Izzah hadir dan mendengar pandangan anak muda dan beberapa keluhan serta keresahan pimpinan bawahan dengan apa yang berlaku kepada parti sekarang yang membimbangkan.

YB Nurul Izzah memulakan ucapan dengan menegaskan bahawa beliau hadir bukan sebagai anak Anwar atau anak Azizah tetapi beliau hadir sebagai anak reformasi yang bersama membina Parti Keadilan Rakyat.

YB Nurul Izzah berkata "Saya bukan benci Azmin, saya bukan benci Zaid, saya bukan benci Mustaffa, saya bukan benci Pak Lah, saya bukan benci Mahathir tetapi saya benci dengan penipuan."

Sharpshooter tidak berhasrat untuk menceritakan secara terperinci kerana ini masalah dalam kelambu tetapi rumusannya semua hadirin amat kagum dengan ketegasan dan keberanian YB Nurul Izzah sebab itu sepanjang ucapannya, beliau mendapat tepukan gemuruh.

Terimakasih pada semua yang anak muda yang sudi hadir dari seluruh Malaysia menggambarkan betapa anak muda Keadilan lebih matang dalam tindakan, lebih dewasa dari cara orang tua bertindak.

Syabas kepada Chegubard yang berusaha mengadakan rapat umum anak muda ini dan tujuan sebenar Chegubard adalah sebagai penyatu, menyejuk, penenang, memberi ruang melepaskan apa yang terbuku di hati, berbincang, bermuzakarah, mencari jalan penyelesaian terbaik untuk selamatkan Parti Keadilan Rakyat dan yang lebih penting jangan lukakan hati rakyat yang memberi harapan baru kepada Keadilan dan Pakatan Rakyat.

Chegubard juga berkata kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang cuba menghancurkan parti. Bukan mudah katanya mahu membina parti ini dan yang lebih sukar adalah membina gelombang gerakan masa yang mendokong perjuangan ini. Chegubard tidak akan sekali-kali membiarkan gelombang ini terkubur hanya kerana ada beberapa individu yang berkepentingan diri sendiri.

Yang paling penting katanya parti ini perlu diselamatkan, perkasakan parti dan kukuhkan Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya dan PRU 13, menurut sumber dalaman umno, PRU 13 akan diadakan dua minggu sebelum Tahun Baru Cina 2011.

Buang yang keruh ambil yang jernih. Semoga pimpinan atasan Keadilan peka dan mendengar suara akar umbi anak muda yang bukan sahaja mahu keadilan tetapi akar umbi anak muda mahu melihat keadilan itu terlaksana.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

6 comments:

  1. INGAT SEMUA AHLI KEADILAN...KITA SEMUA MESTILAH KOMITED DENGAN PERJUANGAN KeAdilan BUKANNYA KEMETOT......MASALAH DALAMAN HARUS DIURUSKAN BIJAKSANA...BUKANNYA PERASAAN.....AMK MESTILAH PERTAHANKAN PERJUANGAN PARTI KEADILAN INI...BIAQ P DENGAN ORANG TUA2 KEADILAN YANG CUMA NAK BERTEMPUR SESAMA SENDIRI MEREBUT JAWATAN SEHINGGA TAK TAU DAHHHH YANG MANA SATU KAH MUSUH YANG SEBENARNYA?????????..........
    bRO dIN UPDATED KERAP SIKIT BLOG...JGN DOK RALETTTTT SGT KEMPEN PT tu.......Insyaallah kalau diizinkan allah tak kemana...jawatan allah bg pinjam nanti sementara didunia nie....

    ReplyDelete
  2. walau berbeza pendapat, cari bagaimana penyelesaian terbaik supaya kedua2 belah pihak x terasa hati kerana matlamat kita sama..
    apa ada dgn jawatan kalau hanya utk kepentingan diri, masalah rakyat marhaen yg paling utama..
    pimpinan atasan perlu belajar menjadi pejuang sejati.. pejuang sejati tidak mengharapkan balasan, cukup dgn amanat yg harus dilaksanakan...

    ReplyDelete
  3. hoi PKR.... soryla gua sound ni ganas sikit... relaksla PKR, ni propaganda pihak LAWAN... kenapa korang nak kecoh... kenapa semangat 1998 hilang.... gua dari Tawau Sabah sanggup terbang p KL 1998 kerna sayangkan ANWAR IBRAHIM!!! SAYANGKAN PERJUANGAN PENGORBANAN ANWAR!!! Kenapa nak rosakan? kenapa? kenapa?

    KENAPA PM DARI YANG DULU HINGGA SEKARANG TETAP JUGA DARI UMNO? KERNA DIOARANG HORMAT DAN SAYANGKAN PM....

    KENAPA UMNO TETAP KUKUH WALAU JELAS MEREKA MEMBUAT SALAH? KERNA MEREKA UMNO TIDAK MAHU MENGAIBKAN PERJUANGAN UMNO.

    JADI PKR KENAPA KORANG TAK HORMAT..... KENAPA KECIL PUNYA HAL NAK HEBOH... NAK UGUT... GUNALAH CARA ISLAM BERBINCANG CARA BAIK... TAK PERLU HEBOH2....

    JANGAN MUSNAHKAN HARAPAN PKR TERUTAMANYA PAKATAN RAKYAT MENJELANG PRU13...

    SALAM REFORMASI ANAK SABAH 1998
    GUA TETAP BERSAMA ANWAR IBRAHIM...

    ReplyDelete
  4. sy sokong dgn ulasan yg kawan2 yg lain,PKR kena berubah dgn brani dan bertindak jika benar ada aduan ttg parti,yg pasti mereka yg cuba hancurkan parti pasti akan kesorangan jg akhirnya sbb mereka ini dlm kategori "batu api"...so jgn patah semangat,anak2 muda ttp menyokong PKR walaupun media byk memfitnah keadaan yg sebenar.

    ReplyDelete
  5. KEADILAN mestilah dilihat dilaksanakan dan dirasakan perlaksanaanya..cth nya kes DSAI..kita sentiasa menuntut DSAI diadili secara adil..diberikan senarai nama saksi, bukti DNA dan sebagainya..samalah juga pemilihan parti...ahli menuntut penyiasatan biar secara adil baiki semua kelemahan..lantik badan bebas memantau pemilihan parti..dulu kita menuntu bandan pematau bebas memantau PRU..jadi tak lojik pulak sekarang pemilihan seolah2 manjadi anak buah SPR..jika ada aduan buat lah siasatan segera dan pangil pengadu..lantik badan penyisata utk dapatkan bukti...apakah KEADILAN akan rugi dengan menegakan integriti dan keadilan dari tidak berbuat apa2??

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.