Friday, November 12, 2010

Anwar sedar rakyat marhaen sokong bukan koprat keparat

Oleh Dzulkarnain Taib

AI44SIMPANG RENGGAM 12 Nov - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Umno-Barisan Nasional menerusi agen propagandanya, Utusan Malaysia kini cuba mencetuskan krisis dan suasana tegang dalam parti setelah segala usahanya untuk memfitnah dan mentohmah pemimpinnya menemui kegagalan.

Kata Anwar antara usaha tersebut adalah seruan agar beliau dan Naib Presiden, Azmin Ali mengundur daripada parti yang dibuat oleh individu tertentu dalam KEADILAN atas dakwaan beliau dan Ahli Parlimen Gombak itu punca kepada segala masalah dalam parti.

"Kalau saya umum hari ini, dengan ini saya Anwar mengisytiharkan keluar daripada KEADILAN' Umno akan buat kenduri besar-besaran esok. Malah mereka akan sambut perayaan korban lebih awal daripda Hari Raya Haji," Anwar berseloroh di depan lebih 1,000 penyokong di majlis ramah mesra anjuran KEADILAN Cabang Simpang Renggam semalam.

Dalam nada yang lebih serius Anwar menyakinkan kepada anggota parti bahawa segala usaha dan komplot tersebut tidak akan berjaya.

"Semasa saya dalam kerajaan dan pernah memegang jawatan sebagai Pemangku Perdana Menteri, semua tokoh-tokoh kaya yang berpangkat daripada Datuk, Datuk Seri, Tan Sri, Tun mengelilingi saya dan angguk kepada semua kata-kata saya tetapi selepas saya dipenjarakan, dipukul setengah mati, ditelanjangkan satu satu panggilan kepada Azizah untuk bertanyakan khabar anak-anak pun tidak ada daripada orang seperti ini.

"Siapa yang bantu perjuangan saya, mereka yang tinggal Kampung Kerinci yang setiap malam memasak nasi dan memberi air kepada penyokong, pemandu teksi yang membawa penyokong ke rumah saya tanpa meminta wang tambang dan rakyat biasa yang berkorban tanpa meminta apa-apa pembalasan. Mereka inilah sebenarnya tunggak kekuatan menegakkan keadilan di negara ini.

"Tokoh korporat yang kaya, bekas menteri yang kaya boleh datang dan pergi dalam parti kita tapi yakinlah kalau parti ini menjaga hak dan kebajikan rakyat bawahan kita akan berjaya, insyaAllah.

"Yakinlah kejayaan adalah hampir jangan kita lupa pada PRU-12 Pakatan Rakyat menang di Semenanjung denga 51 peratus undi, Umno-BN hanya dapat 49 peratus, mereka dah kalah. Kita hanya perlukan 5 peratus lagi dan insyaAllah kita akan ambil alih Putrajaya dan buat perubahan untuk rakyat. Jadi saya menyeru semua anggota parti, pendokong pakatan Rakyat serta rakyat berusaha sikit lagi da bersabar," tegas Anwar bersemangat sambil disambil tepukan gemuruh para hadirin.

Anwar berkata media Umno seperti Utusan Malaysia tidak berhenti-henti menyerang KEADILAN dan juga pemimpin Pakatan Rakyat kerana mereka mengetahui potensi besar yang ada pada Pakatan Rakuyat untuk menubuhkan kerajaan persekutuan selepasd PRU-13 nanti.

"Apa yang mereka tidak serang. Utusan kata saya mula-mula agen Amerika, lepas tu agen Yahudi, kemudian agen Hindu, lagi agen Cina. Jadi sekarang ni Anwar dah jadi macam agen 007 James Bond," beliau ketawa.

Beliau menambah Umno-BN melalui jentera media mereka juga memfitnah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai anti-Melayu, juga Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin kerana memberi geran tanah kepada rakyat Cina miskin dan seterusnya menuduh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengamalkan rasuah.

"Apabila Umno tuduh Tok Guru Nik Aziz rasuah, saya tahu Umno-BN sudah sampai ke penghujung modal mereka untuk memfitnah. Sudah tidak ada apa lagi yang mereka ada jadi mereka cuba sabotaj KEADILAN sekarang dari dalam," jelas Anwar.

Menyentuh mengenai keperibadian yang perlu ada kepada anggota KEADILAN, beliau memuji sikap bekas Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng yang tidak meminta-minta sebarang jawatan dalam parti setelah menyertai perjuangan lebih setahun lalu.

"Saya tanya Datuk Chua samada beliau ingin bertanding, Kata beliau beliau masih baru dalam parti dan mahu membantu mengukuhkan jentera parti terutamanya di Johor sebab kita yakin pada pilihan raya umum akan datang kita yakin mampu mengambil alih Johor. saya lihat beliau menjelajah seluruh negeri Johor dan negara membantu parti tanopa meminta jawatan, kedudukan dan sebagainya. Inilah sikap yang baik
sebagai seorang ahli parti. Jadi tidak semua bekas Menteri tidak baik dan ambil kesempatan," sindir Anwar.

Anwar juga sempat menyentuh mengenai Pemilihan Majlis Pimpinan Pusat 2010 dan menggesa agar anggota parti menggunakan hak yang ada pada mereka dengan bijaksana.

"Saya mahu semua anggota parti keluar mengundi. Gunakan hak dengan sebaik mungkin dan jangan cuai. Sekarang kita ada dua calon Timbalan Presiden iaitu Azmin dam Mustaffa, jadi mereka boleh pilih antara kedua-dua calon ini," kata beliau lagi.

Sebelum ini seorang lagi calon bagi jawatan tersebut, Datuk Zaid Ibrahim telah mengumumkan Selasa lalu bahawa beliau menarik diri daripada pertandingan serta melepaskan semua jawatan dalam parti termasuk sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Wilayah Persekutuan.

Anwar sebelum itu mengadakan sidang akhbar bersama Persatuan Koresponden Asing Singapura dan kemudianya mengadakan pertemuan dengan Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Johor pada sebelah petang dan diikuti dengan majlis dialog bersama anggota KEADILAN di Pulai.


Sharpshooter - Baguslah Anwar sudah mula sedar kesilapannya, dulu Anwar juga yang agongkan koprat keparat seperti Zahrain bekas pimpinan umno dan b-end yang kecewa yang parti mereka. Anwar juga gemar memujuk bekas-bekas pemimpin umno dan b-end.

Dalam perjuangan, tidak ada pujuk memujuk, biarlah mereka yang mahu sertai perjuangan ini atas dasar kesedaran bukannya kepentingan. Kalau jenis pujuk memujuk ni susah, kurang kasih sayang sikit mulalah nak melompat.

Selamilah hati rakyat marhaen yang kini sudah banyak terluka, jangan hanya pergunakan rakyat marhaen ketika sebelum menang tetapi bila sudah menang, rakyat marhaen dilupakan malah hati mereka dilukai.Pulihkan kembali keyakinan rakyat kepada Keadilan dan Pakatan Rakyat.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

5 comments:

  1. Secara peribadi, ye, Anwar kena berundur setidak-tidaknya sehingga kes selesai. Lagi pun, Dengan kehadiran Anwar sebagai penasihat, Kak Wan sebagai Presiden dan Nurul Izzah sebagai( bakal) Naib Presiden hanya menjadi modal bagi pihak BN untul menabur fitnah. Jangan ingat semua rakyat Malaysia mendapat akses kepada internet.

    Kak Wan sebagai presiden parti nampaknya sekarang hanya seperti 'puppet' tidak ada kuasa, tidak ada suara. Sebagai presiden parti, sepatutnya Kak Wan yang lebeh kehadapan dalam perbagai isu, bukan sekadar memimpin tangan Anwar di mahkamah.

    Perjalanan parti banyak terganggu akibat fitnah liwat2 yang sepatutnya parti boleh banyak punya masa untuk menjalankan program bersama rakyat. Mungkin ramai yang melenting denagn pendapat saya tapi saya harap berfikiran terbukalah. Kalau Anwar masih ingin 'melangkaui' kuasa presiden (Kak Wan) maka seelok-eloknya Kak Wan meletakkan jawatan. Serahkan kepada mungkin Syed Hussin, yang selama berpolitik ( seingat saya) tidak lagi pernah dia mempunyai masaalah dari segi moralnya. Dan dia juga sudah terbukti 'perjuangan'nya untuk rakyat. Adios!

    ReplyDelete
  2. Anwar lantang cakap tanpa menyedari makan dirinya sendiri. Dia jugak bekas menteri yang kemaruk kuasa sehingga sanggup menggunakan seluruh rakyat marhaen hanya untuk mencapai cita citanya menjadi PM. Dan sedihnya, walaupun apa jua korupsi,nepotism,penyalahgunaan kuasa,politik kotor yang dia guna, org2 pkr masih percaya dia.satu hari kutuk dia,esok lusa dia turun kawasan keluar lidah ular dia,semua lembik lutut dan tunduk pada dia..tak sedar2 lg pkr ni..nak BN tumbang,sokonglah PAS dan pastikan anwar dan azmin tak akan menjadi pemimpin. Kempenlah supaya PAS dpt peruntukan kerusi sama seperti UMNO,insya Allah pas dpt tadbir negara tanpa DAParia dan PKRanjau..

    PS; ni anwar hang lupa ka dulu mcm mana hg kutuk tok guru nik aziz..mcm2 perkataan kesat digunakan semasa gah berkuasa jd pemangku PM.tak abeh2 dok mimpi pemangku zaman dulu.sudahlah,taubat dan pencen lagi bagus.biaq anak hang nurul sorang politik sudah.toksah dok guna bini hang sebagai patung.rakyat dh tak bodoh skrg.hg dgn UMNO sama saja dah sebati.dulu tinggal abim pun sbb gilakan jawatan UMNonono way!!

    Takbir!

    -PAS 4eva-

    ReplyDelete
  3. bodoh punya PAS4EVA..hang duk pakai kronologi cam tu apa hal..dulu memangla pencuri dia mencuri ..perogol dia perogol dan segala macam benda jahat lagi lahh..nama pun dah jahat..tapi klau dia insaf dan bertaubat..sapa hang PAS4EVA nak mengungkit2 kesalahan orang pada masa dia jahil??awat hang tak waktu Sahabat2 Nabi waktu hidup dalam Jahilliah buat benda yg bertentang dgn Islam dan bila peluk Islam cakap lain pulak..awatla otak politik Melayu jumud sangat sampai tara tu!!

    Lagi satu nak habaq kat PKR sat,,,ni toksah duk terima dah mana2 pemimpin bekas umno yg nak masuk PKR pastu gatai ketiak nak bagi jawatan pulak..ramai lagi yg duk dalam KEADILAN dari 1998 yg ada ketokohan sebagai pemimpin!!!Kalu depa nak join hangpa bagitau kat depa mintak sijil pertubuhan S46 dan aktifkab balik S46..sekurangnya kalu nak lompat masuk UMNO balik..org dah ble agak dah!!

    ReplyDelete
  4. Kepada pas4eva dan bunbinban.....two words for both of you.....GET LOST!!!
    Belaci2 umno haprak (mengaku orang pas pulak tu) macam hampa ni adalah syaitan dan iblis yg kemaruk nak rasuk pejuang2 keadilan dan kebenaran. Hampa ni lah yg dok bagi lingkup melayu... kalau tak percaya tanya kat yusoff latif dia boleh cerita panjang.
    Sudahlah tok sah nak buat adu domba.. parti umno hampa dah nak karam dan bakal di humban ke lubang najis di PRU13....mark my words.

    ReplyDelete
  5. ZIK: kalau aku rogol mak hang ngan bini hang,lepas tu aku taubat, ok ka? Sudahla percaya anwar tu,dia akan lingkupkan pakatan.dia ngan mahathir sama saja.depa gaduh kita melayu semua jd mangsa..mahathir yg buat umno kuat lepas tu dia jugak rosakkan umno sbelum dia tinggal umno..anwar pun sama la..mark my word,dia akan kuburkan dn hancurkan pkr sendiri..

    Malaysian: dengaq crita usop latip.p la tgk rumah dia.dulu koperasi masa dia jaga dia la yg plg banyak tibai duit.hg mmg typical org pkr,kena teguq sikit brand aku umno..pirah..hgpa pkr buat pelingkup pakatan rakyat buat busuk nama pas..kami yg penat sediakan jentera utk hgpa,lepas tu hgpa dpt kerusi lebih.bodoh pi amik calon mangkok,skrg ada hati nak lead pakatan..hgpa tunggu la bila tok guru hadi atau tok guru harun din naik mursyidul am dan ustaz nasha naik jd presiden..kami tk perlukan pkr!

    -Pas4eva-

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.