Sunday, November 14, 2010

Chegubard bidas Zaid Ibrahim kata Keadilan sesat.



Chegubard bersama Dato Fauzi telah bertemu dengan Presiden Dato' Seri Wan Azizah petang kelmarin untuk mengantar 6 resolusi "rapat Anak Muda". Pertemuan itu akhirnya membuatkan Presiden parti bersuara buat kali pertama sejak isu pemilihan ditimbulkan.

Chegubard menegaskan beliau tidak bermaksud membuat ugutan kepada Presiden dan parti tetapi beliau mahu tindakan segera diambil bukan lagi akan cuba...akan ambil tindakan.. akan jalankan siasatan dan sebagainya.

"Persoalannya ialah kami minta mesti ada tindakan.." tegas Chegubard.

Dalam masa yang sama Chegubard juga telah membidas Zaid Ibrahim, katanya "Apa yang Zaid buat itu benar-benar salah. saya tidak bersetuju langsung dengan tindakan Zaid. Tindakan Zaid itu tidak betul..banyak kenyataan kenyatannya tidak betul..tidak betul dalam hal yang terlalu melampau..."

" Zaid perlu menggunakan sepenuhnya ruang dalam parti untuk memperbaiki keadaan..perlu menghantar aduan..perlu bertemu..perlu buat rapat dengan anggota.." tambahnya lagi.

Hari ini Zaid sekali lagi telah menyembah Utusan Meloya yang dianggap olah Keadilan dan Pakatan rakyat sebagai "toilet paper" untuk meluahkan rasa derita jiwanya di sini. Tindakan ini sekali lagi tidak betul dan Zaid sepatutnya tidak melakukan kesalahan yang sama.

Zaid dalam wawancara bersama Utusan Meloya di kediamannya di Tropicana Golf & Country Club, Damansara Jumaat lalu berkata "Kalau kita berjuang bersama kumpulan yang sesat kita pun nanti sama macam mereka, nak letak mana prinsip perjuangan kita. Bagi saya yang penting soal prinsip."

Inilah juga bahana hasrat Anwar cuba memperkuatkan Keadilan dengan membawa masuk atau membenarkan kemasukan sesiapa saja tanpa menilai latar belakang serta kesesuaian mereka dengan aspirasi dan perjuangannya selepas itu meletakkannya di tempat tertinggi parti.

Anwar perlu ingat sejarahnya yang sudah pun menjadi orang kesayangan Dr. Mahathir apabila Musa Hitam meletak jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1986 dan pada tahun berikutnya berpakat dengan musuh ketatnya, Tengku Razaleigh Hamzah, untuk menjatuhkan Dr. Mahathir dalam pemilihan parti.

Musa kalah dan Ku Li tidak menang. Ku Li bawa kes ke mahkamah dan Umno diisytiharkan pertubuhan tidak sah. Dalam perebutan mendaftarkan semula Umno, Ku Li kalah lagi dan akhirnya keluar untuk menubuhkan Parti Melayu Semangat 46.

Jika Anwar belajar daripada pengalaman Dr. Mahathir dan mahu terus menerajui Keadilan dan melihat parti terus relevan kepada Pakatan rakyat, Anwar tidak ada jalan lain melainkan terpaksa bertindak tegas bukannya menjadi kempen manager Azmin.

Anwar perlu belajar daripada peristiwa lalu. Kalau Anwar sedar dan belajar, tentulah Anwar lebih berhati-hati sebelum menanam modal yang besar mengalu-alukan kemasukan Zaid ke dalam Keadilan. Siapa yang membawa masuk dan menatangnya "bagai minyak yang penuh" kemasukan Zaid Ibrahim? sudah pasti Anwar bin Ibrahim.

Anwar..bertindaklah..ubah sebelum parah....ubah demi maruah.....

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

4 comments:

  1. Salam Tuan Blog ,,,,,,,,, ada kah Zaid ni termasuk dalam gulungan yg 3juta itu ????

    ReplyDelete
  2. din binjai ni bermuka2 betoi.

    sedap2 je dia putar kata kak wan puji chegubard, calon yg dia jaja. kak wan tak de kata pun, chegubard x gi jumpa kak wan pun. yg pegi jumpa dato' fauzi yg x kenal peribadi chegubard sngt.

    sebelum ni chegubard mengagung2kn zaid ibrahim. ambik duit dari dia smpai ada desas-desus beratus2 ribu jumlahnya.

    cabang dia menangkn zaid ibrahim, sampai calon2 reformis mcm tian chua kalah teruk di rembau. yg menang, tokoh2 "korporat" mcm zaid ibrahim, jonson & gobala.

    tup2 jd mcm ni, chegubard cepat2 maki hamun kawan baik dia. sbb tu aku x percaya kat budak hingus x abih sekolh mcm chegubard ni.

    dia cepat sngt korbankan kawan dia semata2 nak kuasa. idola dia pun Isa Samad, pemimpin umno rasuah sbb dia rasa kehebatan isa samad sbgi cikgu sekolah rendah, mcm dia. Sbb tu agaknya dia snggup buat apa saja, hatta korbankan kawan sendiri & tipu semua orng untuk berkuasa. dah berkuasa, nk jd iso samad la tu.

    si din binjai pulak, dia ada dendam dgn anwar ibrahim. jd semua yg jadi disalahkan utk maki anwar ibrahim.

    hoi din binjai, x yah pakai kopiah la, perangai munafik kau tu orang dah menyampah. kau maki hamun anwar kat sini sama lah mcm zaid ibrahim maki hamun parti.

    kau buat2 cerita fitnah semua orng & rendah2 kn anwar ibrahim, samalah macm utusan malaysia.

    kau nak block komen aku ni?

    yang sebelum2 ni kau delete mcm tu je, klu berani siarkan & jawap la semua ni.

    ReplyDelete
  3. Baguslah Tuan Din, baru ada keberanian sikit sebab siar pendapat 11:20 pm tu. Sama taraf (ketelusan) jugalah Tuan seperti Bro Hishamuddin Blogger TT. Mata pena (blogger media baru) lebih tajam dari mata pedang. Ceitakanlah yang benar walaupun ianya terlalu pahit untuk ditelan kerana demi sayangkan Rasullullah SAW. Kerana itu sunah Rasul. Jangan pula kita menjatuhkan orang lain, tatkala kita tidak mendapat sebarang jawatan atau kedudukan dalam parti. Mungkin itu ada kebaikkannya yang diatur oleh Allah yang maha mengetahui bagi makhluknya. Lebih besar dan tinggi amanahnya, lebih besar pahala dan dosanya... lainlah kalau kita hidup kekal dan terus menetap di dunia ini. Tuan sebagai orang yang bijak, haruslah menggunakan kebijaksanaan tersebut demi menaikkan pemimpin yang mengutamakan kesejahteraan rakyat dan bukan menaikkan pemimpin yang menyusahkan rakyat (termasuk kaum keluarga kita). Kita wajib memilih yang lebih baik sedikit dari yang tidak ada baiknya langsung.

    ReplyDelete
  4. sejak bila sharpshooter tapis komen dari pembaca blog sharpshooter..

    Memang tiada tapisan langsung tetapi biarlah jadi warga malaysia yang merdeka yang berani tampilkan diri dan wajah sebenar...

    Berhujah berdasarkan fakta bukan auta...

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.